Demi Masa Depan Yang Cemerlang, Kejarlah Peluang!

Dalam melihat kemajuan dunia yang semakin pesat dan zaman yang mengalami perubahan yang mendadak, rasanya banyak peluang yang boleh diambil untuk menjana kehidupan pada masa akan datang. Yang mnejadi persoalannya ialah diri kita sendiri sama ada hendak atau tidak.

Kalau dulu, peluang yang ada boleh diambil sambil lewa. Mungkin kerana tidak banyak saingan dan sesiapa yang dapat cekup peluang berkenaan maka akan lebih berjaya dan maju dalam hidupnya.

Tapi kini peluang-peluang yang ada terlalu cepat dicekup oleh mereka yang punyai minda yang sentiasa fokus dan bijak menggunakan peluang.

Namun tidak semua orang dapat peluang yang sama atau dapat memikirkan dengan bijak bagaimana merealisasikan peluang yang ada demi menuju kearah kecemerlangan dan jati diri di kemudian hari! Malah masih ada mereka yang masih takut untuk mencapai peluang sekalipun tersedia didepan mata.

Cuma ada sesetengah dari mereka terlalu memikirkan bagaimana peluang didepan mata hendak direalisasikan sehinggakan akhirnya tiada satu pun yang berjaya dilakukan.

Ianya terjadi pada diri aku sendiri sebenarnya, tapi aku tak pernah serik untuk mencari peluang-peluang baru malah cuba merealisasikan peluang dan kemahiran yang aku miliki. Aku cuba untuk membuang istilah-istilah yang membuatkan aku selalu bertangguh dan takut untuk meletakkan sesuatu harapan walaupun demi masa depan sendiri.

Sebenarnya rahsia untuk berjaya ialah berani. Berani untuk cekup peluang. Berani untuk meredah dunia global. Berani untuk menunjukkan kemahiran. Yang paling penting berani untuk mengambil langkah pertama.

Terkesima seketika apabila mendengar nasihat seorang pakcik yang terlalu merendah diri tanpa pelajaran tetpai ada simpanan sebanyak RM5 juta!

Kata kunci utama dari pakcik tersebut ialah langkah pertama dan berani.

PS : gambar diatas menunjukkan aku dan rakan kongsi selepas perbincangan mengenai projek seterusnya.

PSS : entri diatas juga adalah entri pantas disebabkan aku sedang mengkaji peluang-peluang untuk menjalankan projek aku huhu.

Technorati Tags: bisnes

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

29 Responses to “Demi Masa Depan Yang Cemerlang, Kejarlah Peluang!”

  1. negaraku.net kata :

    Demi Masa Depan Yang Cemerlang, Kejarlah Peluang! | MEGAT…

    Kejarlah peluang di depan mata!…

  2. aeropama dot com kata :

    beza antara orang yang berjaya dan tidak:

    orang berjaya —> orang yang mencari peluang
    orang yg tidak ke mana-mana (tidak berjaya) —> menunggu peluang & rasa cepat selesa.

    Entri terakhir aeropama dot com yang dikemaskini : Majlis Buka Puasa Anjuran Negaraku Dot Net 2008

    [Balas Komen]

    ImamKhalid Reply:

    Betul tu, bak kata Dr Fadhilah Kamsah, “Orang yang berjaya suka buat apa yang orang tak berjaya tak suka buat.”

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    boleh juga dikatakan tip menarik ;)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sudah pasti! peluang kena cari dan tiada peluang datang camtu je.
    yang menjadi persoalan apabila peluang itu tidak digunakan dengan baik.

    [Balas Komen]

  3. Extremist Thinker kata :

    a ah kena berani. lagi satu licik. ibarat politik, org baik akan selalu tido, org baik akan kecewa awal. hehe!

    Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Trend Perempuan Cantik Malaya

    [Balas Komen]

    ImamKhalid Reply:

    Orang baik akan selalu tido? Dah tu orang yang selalu tido (dalam meeting) tu adalah orang yang baik ker? Yakk bokte! ;P

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    hoho bukankah tido lebih baik? dari melihat perkara yang tak betul (jaga mata lah kunun wakaka).

    uiks cam dah lari topik lak sume ET nyer pasal!

    [Balas Komen]

    Extremist Thinker Reply:

    ye la org baik yg ske tdo dlm meeting la keciwa awal. org licik dan kerja keras akan keras!

    Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Trend Perempuan Cantik Malaya

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    benar. kadang-kadang bukan kita kalah dalam mencari peluang tetapi peluang tersebut sudah menjadi barang dagangan seperti yang kau maksudkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.

    kecewa lalu, tidak mahu mencari peluang lain. seolah dipermain-mainkan!

    [Balas Komen]

  4. KNizam kata :

    aku takde project pun setakat ini. hehe

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    xde projek tapi keje best, sesuatu yang berbeza eheh.
    klu ada projek lagi lah bertambah pendapatan dan pengalaman.

    teringin untuk ada projek sendiri dan lari dari di maki hamun setiap hari huhu.

    [Balas Komen]

    KNizam Reply:

    kadang2 aku rasa nak berhenti kerja dan buat something yg aku suka. macam jalan2 cuti2 malaysia sambil buat review tempat2 menarik kat malaysia. mungkin juga edisi jjcm knizam artwerk. tak pun bela ikan je lah. hehe :)

    Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : M.A.P.S

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    mungkin suatu hari nanti semua akan punyai projek sendiri melalui kemahiran masing-masing. penyertaan orang kita dalam perniagaan di internet masih kecil marginnya dan masih banyak yang perlu diterokai.

    apakah orang macam kita yang selalu berada di dunia tanpa sempadan ini akan ketinggalan!? kita juga tak ketinggalan utk rebut peluang tersebut kan?

    [Balas Komen]

  5. |1f34|-|1r3 kata :

    ko tgh bincang projek kat mana tuh? depan umah kt tepi jalan raya ke? projek pegi dangdut ek? =)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    gambar tu bukan gmabar ‘tengah’ atau ’sedang’ dalam perbincangan tapi ’selepas’. dalam perjalanan pulang ke kenderaan eheh.

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    haha..itu macam ka? patut la…

    [Balas Komen]

  6. shila kata :

    kadang-kadang peluang yang baik tidak datang banyak kali…dan kadangkala bila kita terlepas peluang,baru kita akan sedar,betapa kita dianugerahi dengan peluang yg bisa merubah hidup kita.
    rebut peluang selagi ada,en megat…
    saya yakin dengan kredibiliti,kemahiran dan kesabaran yang awak ada…pasti peluang itu akan datang

    Entri terakhir shila yang dikemaskini : Antara Sahabat Dan Kekasih..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    nampaknya cik shila lebih mengenali saya dari saya sendiri eheh.

    ya, kesedaran itu datang bukan kerana tiadanya usaha kearah tersebut tetapi ditolak campur dengan karenah birokrasi dan manusia tamak haloba.

    jika ianya datang dari sesuatu yang bersih mungkin tidak sesusah yang disangka. tapi apa yang perlu kita pegang ialah jujur dan ikhlas.

    [Balas Komen]

  7. rohaizad kata :

    bak kata Aziz Satar:
    “selagi kita hidup… kerja.. kijer.. keroje….”

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    keje mmg keje zad tapi keje jadi kuli dgn keje sendiri berbeza huhu.
    jadi kuli, mengkayakan orang lain.

    [Balas Komen]

  8. titan kata :

    peluang kene cari..

    tapi kekadang, peluang cari kita jugak. :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alahai peluang dah berlari-lari depan mata pun buat tak nampak je eheh.

    [Balas Komen]

  9. cmomoc kata :

    dh puas dah kejar peluang ..ambik peluang… hingga kwn sendiri ambil peluang atas kita. pd aku lebih baik biar kalo tak berani. kalo berani akhirnya menjerat diri pun apa gunanya. hutang sendiri tanggung. sakit sendiri tanggung. poket sendiri isi.

    pendek kata sendiri mau ingat… kalo kail panjang cuma sejengkal jangan lautan hendak diduga. fikir dulu sebelum bertindak. cerita kejayaan org mmg manis… tapi kita dengar ke citer tentang kesusahannya.

    cuma meluahkan apa yg terlintas…..

    Entri terakhir cmomoc yang dikemaskini : merdeka merdeka merdeka…!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    meluahkan apa yang terlintas?
    pengalaman tu eheh.

    macam mana sekali pun itu dinamakan pengalaman. tanpa pengalaman tersebut maka kita takkan tahu dimana letaknya sesuatu keadaan.

    apa yang aku belajar cuma biarlah terima sesuatu peluang itu atas kelogikannya bukan main taruk je.

    [Balas Komen]

  10. cmomoc kata :

    peluang tu general sgt… byk yg boleh diertikan @ (secara logiknya…) cth: ada seorg tua dtg & bgtau ‘dlm gua itu ada emas’ ~ padahal kita hari² lalu depan gua tu… kekadang budak² kuar masuk gua tu… in our thinking “logik @ tidak”
    so itu adalah peluang yg dtg… samaada kita pegi @ tidak. kalo logik kita pegi kalo tak sure kita ckp ‘ah! gila la org tu..’

    dlm cth tu ada benda tersirat & tersurat…
    byk benda dtg pd aku lately.. but aku masih sedar.
    kalo aku buat aku boleh kaya, kalo aku tak buat aku masih ada benda lain aku boleh buat(tapi xkaya lah) … dan aku agree ‘berani’ tu 1 elemen utk berjaya…
    tapi kalo hanya berbekalkan berani belum tentu kau boleh berjaya.

    MLM ~ satu peluang… ada yg berani? ada… gak tapi…???
    FOREK ~ peluang… risiko?
    INSURANS ~ pelaburan ~ peluang… tapi…???

    bak kata nabil lah ~ sendiri mau pk la hehe..
    hehehhe… panjang plak aku berceloteh kuikuikui..

    Entri terakhir cmomoc yang dikemaskini : merdeka merdeka merdeka…!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku cuma ceritakan asas untuk memulakan sesuatu. keberanian itu yang paling asas. tak perlu menyusahkan perkara yang mudah.

    [Balas Komen]

  11. myadlan kata :

    masih blum cukup berani la nak kejar peluang itu.. tak tau nak tunggu smp bila..

    eh. en megat citer psl peluang ape kali ni?

    Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : Preparation for Raya

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tetap kena lakukan tatkala usia masih muda dan masih bernyawa. klu tidak kita takkan tahu sejauh mana kemampuan diri.

    untuk capai ke arah, kena lah atasi atasi minda kita sendiri.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.