Demi Negara Tercinta!
Dalam keadaan negara kita bergolak dengan suasana politik yang agak mencemaskan dan permainan politik yang semakin tidak keruan, aku sering tergambarkan perkara yang tidak melambangkan budaya yang sopan selama ini diwarisi dari generasi terdahulu.
Apa yang perlu dipersoalkan adalah sejauh mana kita sanggup melakukan sesuatu untuk negara! Banyak yang mempersoalkan tentang sesuatu isu yang bagi aku tidak sepatutnya timbul. Negara kita ada rukun iaitu Rukun Negara. Segala perkara yang perlu dititikberatkan sudah termaktub dalam rukun tersebut. Cuma kita perlu rungkaikan untuk perlaksanaan dan meneruskan pewarisan kepada generasi akan datang. Atau anda sudah lupa akan Rukun Negara kita!?
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Aku rasa rukun negara kita seperti yang aku tulisa diatas telah merangkap asas kepada kestabilan negara. Aku tak perlu huraikan dibawah setiap rukun tersebut, anda lebih bijak untuk terjemahkannya.
Aku bukan nak huraikan permasalahan dalam politik negara semata-mata, tapi ia berkaitan dengan perangai orang kita dan percayalah atas kealpaan mereka pasti akan ada perkara buruk berlaku. Apa tidak cukupkah keselesaan yang anda miliki sekarang!? Atau anda megharapkan keselesaan anda perlu ditambah dengan melakukan beberapa perkara yang di luar jangkaan!?
Maaf aku agak sensitif sekarang ini. Bukan berkenaan politik tapi apabila telinga aku terdengar orang mempermainkan isu agama dan kerajaan negara kita!
May 23rd, 2008 at 2:31 am
aku bab org mainkan agama mmg pantangla..tp aku kena selidik dahulu betul atau tidak…kekadang org yg menyampaikannya yg menambah2 cerita..
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 2:40 am
Nampak gaya mmg ramai yg da lupakn Rukun Negara kita, x caya g srh dorang ckp.. mesti berbelit urat otak nak kasi ingat balik itu rukun.. pasrah kn je laa..
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 3:43 am
chot
betul tue. sebagai rakyat yang semakin bijak memainkan peranan, kita mampu utk mencari kebenarannya.
shida
kenyataan orang kita selepas kemerdekaan. sepatutnya jika mereka ingin kekalkan kemerdekaan negara, mereka sepatutnya sahut seruan rukun tersebut. demi negara!
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 8:30 am
catatan rukun negara dan perlembagaan sepatuntya diberikan tempat teratas aka first priority
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 8:45 am
Kalu bangsa kita sndiri dah lupa Rukunegara,ini kan bangsa lain nak ingat Rukunegara ni..sedangkan Agama kita sendiri pun diorang nak permainkan..pape pun Rukun Iman & Rukun Islam jangan lak lupe..hikhikhik…
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 3:33 pm
trucker
betul dan setuju!
ezad
sudah tentu. dalam rukun negara kan dah termaktub agama tempat paling atas
[Balas Komen]
May 23rd, 2008 at 4:49 pm
Kepercayaan kepada Tuhan : Daripada pemimpin sampai ke rakyat biasa, berapa kerat yang betul2 memahami. Pada mulut jer lafaz percaya pada Tuhan tetapi pelaksanaannya masih diperingkat rendah.
Kesetiaan kepada Raja & Negara : Bak kata dalam satu dialog filem melayu “Raja Adil Raja disembah Raja Zalim Raja disanggah”
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang2 : Undang2 ciptaan manusia tidak seperfect ciptaan Tuhan. Semakin hari jenayah semakin menjadi2.
Kesopanan dan kesusilaan : Adat ketimuran semakin dilupakan. Bebas bergaul, tiada halal haram…. hiburan diutamakan baik di kaca TV mahupun di sana sini.
kesimpulannya, jika kita sendiri sebagai orang Islam mampu menderhaka kepada suruhan ALLAH maka tidak mustahil orang kafir akan mencapai kemenangan.
[Balas Komen]
May 24th, 2008 at 12:40 am
afzai afandi
memang sedia maklum mengenai perkara pertama sebab itulah orang kita semakin teruk.
aku tertarik dengan ayat dalam kesimpulan. ya aku juga dapat merasakan orang kita sudah ke arah itu. sedikit sebyk akhir hayat ko menginsafkan!
[Balas Komen]
May 24th, 2008 at 2:41 am
Kita kalah dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.Berapa ramai rakyat malaysia ambil tahu kes itu?
[Balas Komen]
May 24th, 2008 at 3:49 am
xmindfreakx
benar. dalam kelompok kejiranan aku pun tidak ramai yang memperkatakan tentang isu batu putih. padahal is benar-benar isu negara!
[Balas Komen]
May 24th, 2008 at 4:26 pm
macam-macam sekarang ni, kalau kita sendiri yang lemah, macam tu lah jadinya.
[Balas Komen]
May 25th, 2008 at 2:22 pm
azwan
perlu diterapkan semangat cintakan negara. jangan hanya mencari kelemahan.
[Balas Komen]
May 26th, 2008 at 5:23 am
bagaimana nak respek dgn rukun negara yang dicipta oleh manusia sdgkn rukun islam (suruhan Tuhan yg Maha Esa) pun diorg tak tahu dan tak ikut. Tu lah sebabnya segalanya hancuuuusss……
[Balas Komen]