Doa, Demi Kesejahteraan Dan Kesihatan Amir Yusof

Amir Yusof adalah seorang anak lelaki kepada sahabat blog yang kini berada di bumi Scotland. Amir Yusof telah dilahirkan didunia ini pada 3 bulan yang lalu pada 27 Jun 2008 di Hospital Yorkyill, Glasgow.

Sungguh pun telah dilahirkan 3 bulan yang lalu, Amir masih belum tinggal dapat bersama keluarganya ibu, ayah dan kakaknya memandangkan dia punyai pelbagai komplikasi kesihatan yang hingga kini masih belum dapat diselesaikan.

Sudah pasti kelahiran Amir Yusof dinantikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan ibu dan ayahnya. Namun kesabaran seorang ibu dan ayah masih terus diuji dengan masalah kesihatan yang menimpa Amir Yusof.

Sebagai seorang rakan, seorang yang menjalani tanggungjawab sebagai seorang islam dan juga seorang bapa, aku begitu tersentuh bila membaca kemaskini rentetan peristiwa dari seorang ayah yang begitu cekal menghadapi takdir yang menimpa anaknya.

Aku tidak pandai untuk berkias-kias, juga tidak pandai untuk menulis berbunga-bunga tetapi aku punyai hati dan perasaan dan aku ingin kongsikan bersama rakan-rakan blog lain dan juga pembaca blog ini.

Aku harap rakan-rakan dan pembaca blog ini dapat ikuti rentetan kisah di blog ayah Amir Yusof. Terus terang aku katakan setiap kali aku membaca di blog ayah Amir Yusof pasti penglihatan aku semakin kabur, walaupun tidak menangis tersedu-sedu tapi naluri seorang bapa pasti tersentuh dan air mata mengalir tanpa dapat disekang.

Bacalah dengan minda yang terbuka dan emosi yang tetap. Sebagai seorang rakan dan saudara seislam pasti kau akan turut terkesan. Sebagai seorang bapa, pasti kau begitu mementingkan akan nilai kasih sayang terhadap seorang anaknya.

Kepada ibu dan ayah Amir Yusof tabahkan hati dan terus memberi kasih sayang kepada Amir Yusof. Sesungguhnya Amir Yusof punyai semangat dan kekuatan untuk terus manjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Ketika aku menulis entri ini aku sedang mendengar lagu Musafir Di Aidilfitri - S. Jibeng. Tak dapat membayangkan kehidupan keluarga Amir Yusof jauh diperantauan dan sudah pastilah jiwa aku tersentuh.

Akhir kata dari aku, sempena hari baik bulan baik ini aku menyeru semua rakan-rakan blog dan pembaca bersama-sama dapat mendoakan kesihatan Amir Yusof.

Berdoalah dengan penuh kasih sayang seperti doa  seorang ibu dan bapa ke atas kesejahteraan anak-anaknya.

Semoga kesucian bulan Ramadhan ini dapat doa-doa aku dan kalian terus dimakbulkan oleh-NYA.

Diharapkan Amir Yusof dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain yang sihat dan secara tak langsung dapat menceriakan kehidupan ayah dan ibunya.

Mungkin semua ini berlaku ada hikmah disebaliknya tetapi aku juga mengharapkan keajaiban berlaku ke atas Amir Yusof.

Technorati Tags: , , ramadhan

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

38 Responses to “Doa, Demi Kesejahteraan Dan Kesihatan Amir Yusof”

  1. aeropama dot com kata :

    ku panjatkan doa demi kesihatan adik Amir. akan aku bacakan yaasin di malam ini. semoga keberkatannya mampu meringankan pebderitaan beliau…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah bersama-sama kita lakukannya.

    [Balas Komen]

  2. kita kata :

    baca entry yg u tulis aku dah rasa sedih…jap aku nak baca dalam blog beliau

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    silakan. jangan lupa panjatkan doa deminya.

    [Balas Komen]

  3. negaraku.net kata :

    Doa, Demi Kesejahteraan Dan Kesihatan Amir Yusof | MEGAT…

    Amir Yusof adalah seorang anak lelaki kepada sahabat blog yang kini berada di bumi Scotland. Amir Yusof telah dilahirkan didunia ini pada 3 bulan yang lalu pada 27 Jun 2008 di Hospital Yorkyill, Glasgow….

  4. shila kata :

    salam..

    Sebenarnya saya juga selalu membaca rentetan perjalanan kecekalan en fajar dan keluarganya dalam menghadapi situasi genting adik Amir Yusuf yang dilahirkan dengan masalah kesihatan..
    Jujur sekali saya amat tersentuh,dan sememangnya saya kerap berdoa untuk mereka sekeluarga,sunguhpun saya langsug tidak mengenali mereka.
    Semoga juga doa dan kalimah suci Al-Quran yang saya sedekahkan untuk beliau sekeluarga dapat meringankan penderitaan tersebut.
    Terus cekal,wahai Amir Yusuf….saya sentiasa doakan!

    Selamat menjalani ramadhan,en megat :)

    Entri terakhir shila yang dikemaskini : Lelaki Lebih Pendek Usia???

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam cik shila,

    insya allah atas kekuatan senjata orang islam iaitu al-quran bakal berlaku keajaiban ke atas Amiru Yusof.

    amin.

    senyum selalu dan salam ramadhan ;)

    [Balas Komen]

  5. rohaizad kata :

    sama-samalah kita berdoa.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya teruskan, insya allah.

    [Balas Komen]

  6. menteil kata :

    erm… baru tau pasal blog tu..

    baca secara lalu pon tau mesti perit..

    aku nak sambung baca blog tu..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya silakan. doa untuk kesejahteraannya.

    [Balas Komen]

  7. Kujie kata :

    Saya juga mengikuti kisah Amir Yusof..doa saya tidak putus untuk kesejahteraan nya..moga keluarganya tidak berputus ada dan lebih tabah menghadapi semua ini.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam kak ku,

    ya, semoga berlaku keajaiban ke atas amir yusof. sy juga mengharapkan jika lebih ramai yang mendoakan kesejahteraannya, mungkin lebih afdal.

    saya juga menyeru jika kisah ini dipanjangkan.

    [Balas Komen]

  8. |1f34|-|1r3 kata :

    sedih beb aku baca entry2 dia…mmg terasa pilu ngan setiap kata2 dia..walaupon 3 baris jer entry dia tuh…tp tetap bermakna !

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya memang tak dapat dinafikan. ayah amir yusof seorang penulis yang berjiwa besar!

    setiap kata dari tulisannya memang puitis dan memberi makna.

    [Balas Komen]

  9. Princess Liyana kata :

    Semoga Amir Yusof cepat sembuh. Aminnn

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah, amin.

    [Balas Komen]

  10. Afzai Afandi kata :

    Masa anak aku demam panas dan dimasukkan ke wad itu hari pun aku dah tak karuan…inikan pula penderitaan yang teruk ditanggung oleh beliau sekeluarga. Aku hanya mampu berdoa moga2 doa2 kita semua diperkenankan olehNYA.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya, begitulah kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.

    bagaimana rasanya klu ianya berlaku kepada kita huhu.

    insya allah kita panjatkan doa untuknya.

    [Balas Komen]

  11. KNizam kata :

    semoga beliau cepat sembuh. amin

    p/s - bencinyer aku blog aku down lagi. hehe.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah. amin.

    ps: naper eh down!? kita satu server kan!?

    [Balas Komen]

    azwan Reply:

    aku pun dah beberapa kali x boleh masuk ke knizam.com

    Entri terakhir azwan yang dikemaskini : Aku.Highway.Burung

    [Balas Komen]

  12. azwan kata :

    aku doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. amin

    Entri terakhir azwan yang dikemaskini : Aku.Highway.Burung

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah amin.

    [Balas Komen]

  13. Extremist Thinker kata :

    selamat berbuka bro.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aik rajin betul kau mengomen. sebab xde entri baru eh eheh.

    selamat berbuka ;)

    [Balas Komen]

  14. melayubuntu kata :

    ujian hidup ni pelbagai btul…huhu

    Entri terakhir melayubuntu yang dikemaskini : Tempah tshirt ubuntu anda sekarang!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya. sebagai umatnya yang beriman, kita perlu hadapinya dengan redha

    [Balas Komen]

  15. xmindfreakx kata :

    terima kasih kepada kau megat sebab membawa satu entri yang bermakna..buat aku sebagai umat islam serta buat keluarga adik itu..sama-sama kita doakan..

    aku juga mendoakan kesihatan kau wahai kawanku megat…moga sihat..moga semua umat islam mendapat keberkatan dibulan Ramadhan ini..amin

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih,

    insya allah dalam barakah bulan mulia ini, semoga kita mendapat hidayah untuk melalui hari muka pada masa akan datang.

    [Balas Komen]

  16. asuhara kata :

    yup, saban hari menantikan perkhabaran mereka sekeluarga melalui blog sang ayah.
    Moga mereka lebih tabah dan amir semakin gagah!

    Entri terakhir asuhara yang dikemaskini : Ramadhan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya mengharapkan sesuatu yang baik berlaku… insyaallah

    [Balas Komen]

  17. Adila kata :

    sedihla!!

    smoga adik amir cepat2 sembuh
    amin

    Entri terakhir Adila yang dikemaskini : Jigsaw Puzzle DONE!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    segera kita berdoa untuk dengan bersungguh-sungguh semoga adik amir yusof segera pulih sepenuhnya dan berada disamping keluarga tercinta.

    [Balas Komen]

  18. fajar kata :

    Salam,

    Megat, terima kasih atas entri khusus ini. Kami sekeluarga sudah tentu rasa terharu dengan keprihatinan Megat. Juga kepada pengunjung di sini dan sama-sama mendoakan. Moga keberkatan Ramadan ini akan membawa keberkatan atas segala doa yang dipohonkan.

    Insya Allah, moga Allah melimpahkan rahmat kepada semua.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam fajar,

    insyaallah perkara baik elok kita panjangkan demi kebaikan bersama. lagipun sebagai saudara islam, aku turut berasa simpati dan ingin sekali melihat amir yusof pulih dan dapat bersama dengan kau sekeluarga.

    penantian sememangnya suatu penyiksaan, namun apalah daya kita selain memohon pertolongan dari yang esa. bagi aku, lagi ramai yang turut mendoakannya bersempena bulan ibadah ini pula, insyaallah akan mendapat seribu rahmat dan keberkatan.

    secara tak langsung dapat juga memberi kekuatan kepada kau sekeluarga untuk menempuhi saat sukar tersebut.

    insyaallah dengan izinnya mungkin ada sinar disebaliknya.

    [Balas Komen]

  19. muhafis kata :

    xde gambar budaq amir nie ke?

    Entri terakhir muhafis yang dikemaskini : Zaman Sekolahku

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tengok gambar kat blog bapa dia.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.