Drift, Sukan Ekstrem

Sejak kebelakangan ini, sukan ini begitu popular dan semakin melonjak namanya di persada sukan ekstrem negara. Sukan ini juga telah diadaptasikan ke dalam filem oleh beberapa pengarah terkenal. Filem pertama Impak Maksima arahan Ahmad Idham. Dan kini diangkat naik pula oleh Shamsul Yusof dalam filem akan datang iaitu Evolusi : KL Drift.

Aku sendiri mengagumi sukan ini dan aku sendiri punyai sejarah peribadi tentang sukan drift ini. Ya lah ketika itu sukan ini masih belum meluas dan belum begitu popular di negara kita. Dengan berbekalkan kereta pinjam (kawan punya) dan semangat berkobar-kobar untuk mengenali sukan ini lebih dekat. Aku belajar beberapa skill drifting bermula dari bulatan, bulatan 8 dan S corner. Hasil usaha berlatih dan petunjuk dari rakan-rakan yang lebih dulu bermain sukan ini, aku berjaya melakukan beberapa skill tersebut. Yang pastinya ia bukan mudah dan tidak juga susah.

Aku cuma perlu serapkan kemahiran memandu dengan beberapa skill dan tindakbalas logik ketika melakukan drift. Seperti menulis di blog juga. Aku dan kereta perlu bersatu untuk dapatkan mood pemanduan dan saiz kereta.

Malangnya ada beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku menjadikan aku seperti fobia untuk meneruskan sukan ekstrem ini. Tapi alhamdulillah ia tidak meninggalkan kesan yang kekal. Hanya retak tulang rusuk yang ke 6 - 7. Tapi sebenarnya aku tidak pernah serik. Cuma berehat dan tidak aktif seperti dulu. Apa yang aku nak kongsikan ialah sukan drift ini adalah satu-satunya sukan ekstrem yang aku minati!

Kini minat yang terpendam ini terbakar kembali. Seperti memanggil-manggil untuk bergiat aktif kembali. Kalau dulu aku menggunakan kereta pinjam, tapi sekarang aku sedang berusaha untuk mendapatkan kereta drift sendiri.

Yang lebih memeranjatkan aku, anak aku yang baru berusia 5 tahun (Danish Iskandar) tahun pun sudah pun menunjukkan minat seperti aku. Aku akan beri galakan selagi ia tiadk bercampur dengan budaya kotor. Untuk pengetahuan korang anak aku nie selalu ikut aku tengok drift dan sprint test.

Technorati Tags: , , , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

23 Responses to “Drift, Sukan Ekstrem”

  1. shila kata :

    Sukan yg menarik dan tak kurang cabarannya,tapi kalau bleh biarlah tak dicampuri unsur negatif;pertaruhan wang,wanita dan dadah. Apa pun,drift berpotensi untuk beri kepuasan sebenar bagi peminat sukan ekstrim. Suami saya pun suka aktiviti ni…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Betul memang puas. Amalan budaya bersih.

    [Balas Komen]

  2. humbleandmodest kata :

    brape masa nak amek tok blaja wt basic skill tuh..??

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Depend pada kredibiliti seseorang juga. Dan keberanian dan kerajinan utk praktis menjadi tunggak.

    Klu ada kereta sendiri lagi cepat kot!? Macam aku pasal guna kereta pinjam, jadi aku dapat belaja skill tu dalam masa 1/2 tahun.

    [Balas Komen]

  3. chot kata :

    dasyat tu megat…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Dasayat menda nyer bro. Kereta pinjam wakaka.

    [Balas Komen]

  4. kita kata :

    aikkk tak sangka yeaaa..u punya hobi sukan “ganas” :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Ganas ker!? Aku pun tak sangka juga. Tapi sejak dari kecil aku suka benda ekstrem camtu.

    Aku tak suka F1 tapi aku suka drift dan sprint uhuhu

    [Balas Komen]

  5. asuhara sue kata :

    mmg syiok kan dapat buat benda yg ekstrim nih. macam saya dulu pernah try water rafting kat jeram. Memang takutttt tapi lepas tu puasssss…

    as long as tidak memudaratkan,ok tu!

    p/s: maksima jugak impak felem anak YH ni yek!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    eSukan ekstrem juga tue :D

    [Balas Komen]

  6. Affuan kata :

    impak maksima? hahahahaahahahahaha!!! - aku gelak sambil berguling jatuh dari balkoni.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Mungkin garapan cerita yang tak seronok. Tapi pendedahan tentangnya bagus.

    [Balas Komen]

  7. Afzai Afandi kata :

    macam tak caya ko minat giler kat drift ni…tengok pada wajah ko memang tak caya… :)

    apapun..ko mmg dahsyat krana boleh berkecimpung dalam sukan ektrem sebegini.

    Bro: Kuah tak kemana tumpahnya kalau tidak ke nasi..hehehehe

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Sebenarnya banyak lagi yang belum diketahui umum eheh :p

    [Balas Komen]

  8. hafifi kata :

    drift mmg best tp klu xkena crnya..abislah…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Betul. Sebab itu kita dengan kenderaan kena sejiwa!

    [Balas Komen]

  9. KiMiE kata :

    aku 1st time wat drift pakai kete datsun 120Y..tengah syiok men drift tayar belakang belah kanan pecah..hampeh tol..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Tak kisah keta apa janji boleh drift. Kalau front wheel & 4 wheel aku belum terer. Back wheel senang skit eheh.

    [Balas Komen]

  10. azrn kata :

    ngee… takut…takut…
    ishk.. slalu terbayang perkara yg menakotkan kalo naek kete berdrift2 ni :D

    [Balas Komen]

  11. neeziee kata :

    wuyo

    [Balas Komen]

  12. humbleandmodest kata :

    ko blaja sndri @ dr tunjuk ajar org??

    [Balas Komen]

  13. Megat kata :

    Datin - Klu dh minat apa-apa pun blh jadi :p

    Neez - Uiks lama tak nampak!!??

    Humble - Uiks mustilah tunjuk ajar. Klu sendiri mau jadi lain wakaka

    [Balas Komen]

  14. sarah kata :

    aku memng gila…benda neh….
    ia 1 kpuasan………….

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.