Dunia Baru!

Alhamdulillah hidup aku bertambah tenang dan aku sentiasa belajar untuk mengawal stress atau tekanan. Semuanya terasa damai dan aku telah bentuk dunia baru aku sendiri. Siapa lagi yang hendak ubah diri anda kecuali anda sendiri yang bertindak!

Sejak aku memiliki Megpy yang dijana oleh sistem operasi berlandaskan linux Ubuntu 8.04 (hardy heron), dunia dalam talian aku menjadi mudah dan sentiasa di kemaskinikan dengan berita baru dan terkini. Cuma sekarang ini aku masih mengharapkan talian tanpa wayar di pejabat mahupun di tempat awam seperti di restoran-restoran. Mungkin bulan depan aku akan dapatkan khidmat celcom broadband!

Dalam kesempatan yang ada aku cuba mencipta tema blog aku dengan hasil kreativiti sendiri yang  diberi nama Akubuntu Ver 1.0 (baru belajar sebenarnya uhuhu). Sebenarnya tema baru ini banyak dipengaruhi oleh OS yang aku guna sekarang ini. Apa pendapat korang!!?? Aku mengharapkan komen yang membina untuk peningkatan tarag pengetahuan aku dalam pembinaan tema wordpress ini.

Alhamdulillah sekarang ini pun banyak projek-projek luar talian (offline) yang datang kepada aku. Dan aku sentiasa mengharapkan rezeki aku dimurahkan dan diberkati-NYA.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

Entri ini telah di pos pada Wednesday, May 28th, 2008 at 1:49 am dan dibawah kategori Diari Penulis, Kisah Santai Dan Kisah Hidup dan tag Tags: . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

12 Responses to “Dunia Baru!”

  1. asuhara kata :

    wahhhhh…orengggg
    warna ni katanya memberi kesan lapar pada org yg melihatnya.
    apapun dia juga warna2 ceria. oren pun sodap!
    have a nice day ya!

    [Balas Komen]

  2. melayubuntu kata :

    wah2..
    dunia baru ke??
    aku nk cari dunia baru gak lah camni..

    [Balas Komen]

  3. Megat kata :

    asuhara
    erk beri kesan lapar!? ohoho aku x bermaksud untuk bila korang masuk blog aku terus rasa lapar ekeke. aku mengharapkan korang rasa keceriaannya ;)

    syahid
    nampak gaya camtu lah. penangan ubuntu la nie ehehe. yok reramai dunia baru!

    [Balas Komen]

  4. syam kata :

    temanya menarik… cuma aku rs aku xdpt melihat kecantikan tema kau sepenuhnya krn aku menggunakan IE6 yg mmg xmesra internet. mklumlah pc company

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    syam
    aku tau maksud ko dan aku sedang berusaha untuk memudahkan pengguna IE melayari blog aku.

    [Balas Komen]

  6. chot kata :

    ubuntu tu bole run cs3 tak?

    [Balas Komen]

  7. mazudi kata :

    Wooo… api ni bro. panass.
    Apa maksud “mudah dan sentiasa di kemaskinikan dengan berita baru dan terkini” tu bro, pakai Ubuntu lebih mudah ker?
    jeles ni.

    [Balas Komen]

  8. topo kata :

    hohoho lapa gak la tgok theme ni..

    [Balas Komen]

  9. Megat kata :

    chot
    alamak bro. aku belum explore lagi psl tu. maybe akan datang.

    mazudi
    nampak gaya camtu lah. paling seronok apabila layan youtube. hampir tiada buffer!

    topo
    wakaka. yer ker!? lapar tapi ceria :p

    [Balas Komen]

  10. Afzai Afandi kata :

    Pergh!! tahniah megat…. sememangnya warna ni “warna nafsu makan” tapi aku suka keceriannya.

    Pesanan Datuk Fadzilah Khamsah…warna ni kurang sesuai untuk pakaian bayi n kanak2 kerana ianya mempengaruhi keagresifan sikap mereka :)

    Themes ni taknak kongsikan kat kengkawan ker…??

    Afzai Afandi entri terkahir dikemaskini 3+Free Wordpress Themes Magazine Style

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    afzai
    terima kasih en afzai. ini baru versi pengenalan bahawa aku sedang dalam proses mengenali balik tabir tema-tema wordpress (asas). kongsi!? tengok sambutan dl kot!?

    [Balas Komen]

  12. ezad kata :

    Warna Hiperaktif,kalu boleh ditambah sikit warna lain..psl xsemua pengunjung yang suka warna ni..kalu boleh cuba wat theme button yang boleh dipilih pengunjung mengikut warna kesukaan mereka..hahaha

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.