Dunia Yang Gelap, Masa Depan Yang Pudar
Tak perlu terkebil-kebil atau mengosok mata kau kerana memang aku letak warna hitam. Dan bukan bermakna aku nak menulis mengenai warna hitam. Gambarkan seperti kau berada di suatu sudut dalam sebuah bilik yang gelap dan tiada setitik cahaya sekali pun.
Kali ini aku ingin kau gambarkan apa yang aku rasa dan alami. Maafkan aku jika bermain dengan emosi seketika. Blog ini lah peneman setia aku dan tempat aku meluahkan perasan aku. Bukankah tidak lengkap asal kejadian manusia jika tiada perasaan!?
Ya, gelap. Itulah yang aku gambarkan kehidupan aku ketika ini. Sejak aku terbaring kesakitan, semuanya terasa gelap. Kerjaya, masa depan, hubungan sosial, kekeluargaan dan macam-macam lagi. Adakah ini permainan emosi semata-mata?
Tidak mengharapkan simpati tapi cukuplah sekadar membuatkan aku rasa wujud dan dihargai. Nampaknya tidak semua orang boleh gambarkan apa yang aku rasai ketika ini. Kadang-kadang rasa seperti tak berguna lagi.
Mungkin ini mainan perasaan aku ketika aku menghadapi dugaan seperti ini. Selagi aku masih dalam keadaan seperti ini tiada apa yang dapat aku lakukan kecuali menjadi seperti penulis sepenuh masa di blog ini (uhuhu).
Yang nyata aku seperti merasai kehilangan sesuatu yang aku sendiri kurang pasti.
Aku juga memerlukan penyemarak untuk bangkit bersemangat untuk meneruskan hidup ini. Aku tidak mahu dibayangi dengan perkara-perkara buruk yang tidak pasti berlaku. Aku mesti terus bersemangat! Dan terus berjuang!
July 27th, 2008 at 2:46 pm
insyaAllah.. Allah akan sembuhkan apapun penyakit yang ko hadapi.. sakit itukan penghapus dosa.. =)
sabar itu sgt sgt perlu..
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 4:01 pm
mael - insya allah. aku pun berharap macam tu. cuma ingin meluahkan perasaan yang aku alami supaya kurang stress eheh. terima kasih.
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 4:47 pm
aku tidak suka gelap…..jd tidor dlm terang pon aku boleh….
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 5:57 pm
Aku setuju dengan Mael, bila sakit kita perlu sabar dan ingatlah dia sllu..
Semoga cepat sembuh..
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 6:10 pm
bila stress kita digalakkan memandang kepada alam semulajadi. mungkin sudah sampai masa untuk menikmati alam semulajadi di malaysia
apa lagi tunggu! cuti2 malaysia lah. hehe :)
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 6:10 pm
Salam Megat,
Lama tidak meninggalkan kata di sini. Apapun, terima kasih kerana selalu memberikan kata semangat kepada saya sekeluarga pada waktu kami begitu dilanda kepayahan.
Apapun, kita semua adalah hamba-Nya. Setiap dugaan yang datang, sebenarnya membuatkan kita lebih dekat kepada-Nya. Insya Allah, dengan mengingatinya selalu membuatkan rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Banyakkan sabar. Semua ini pasti berlalu.
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 8:40 pm
hidup ini satu perjuangan, berjuanglah utk perkara yg benar hingga akhir hayat…
[Balas Komen]
July 27th, 2008 at 11:35 pm
zen - aku tidak suka terang :(
mohdhafifi - aku bukan tak boleh sabar cuma kesakitan itu amat perit untuk aku tahan. terima kasih.
knizam - hoho mcm mana aku nak bercuti sedangkan sakit ini masih belum sembuh. rindukan suasana percutian. terima kasih bro.
fajar - salam fajar. disamping aku memberi kata-kata perangsang kepada kau, aku juga cuba untuk kuatkan semangat yang kau lebih menghadapi keperitan demi anak kau. terima kasih. insya allah semuanya akan kembali pulih dengan izinnya.
usri - insya allah kita sama-sama memperjuangkan demi agama, bangsa dan negara.
[Balas Komen]
July 28th, 2008 at 9:33 am
bro,
zetai akira menai!
( don’t ever give-up)
[Balas Komen]
July 28th, 2008 at 1:14 pm
insyaALLAH kitorang akan sokong dari belakang.. :D
[Balas Komen]
July 28th, 2008 at 1:39 pm
asuhara - insya allah. disini juga aku mendapat kekuatan apabila ada rakan-rakan seperti kamu.
aman - insya allah, terima kasih aman ;)
[Balas Komen]
July 28th, 2008 at 4:24 pm
jgn rasa camtu bro..kekadang ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..tandanya Dia masih sygkan kita..sabarlah bro ek..mesti kena kuat semangat dan cekalkan hati..
Bila dengan ujian ni ko makin dekat kat Allah maksudnya ujian ni juga bleh dikira rahmat darinya..tapi bila sesuatu ujian tu menjauhkan dari pencipta(ujian kaya) mungkin tu tandanya Allah tak sayangkan kita..
[Balas Komen]
July 28th, 2008 at 5:33 pm
acai - terima kasih acai. terkesan juga aku membaca komen dari ko. mungkin aku lupa. terima kasih kerana mengingatkan aku tentang perkara ini. insya allah aku bertambah tenang.
[Balas Komen]
July 29th, 2008 at 2:43 pm
Berusahalah bersungguh-sunguh untuk keluar dari kegelapan dan carilah cahaya kedamaian pasti Megat akan tenang selamanya……
[Balas Komen]