E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
Kamus sangat penting untuk menyemak perkataan-perkataan yang mungkin kita tidak tahu atau tidak pasti akan maksudnya terutama dalam bahasa antarabangsa seperti bahasa inggeris.
Ketika zaman aku belajar dulu, aku terpaksa mengusung kamus yang tebal-tebal dan dibawa kehulu kehilir supaya aku tidak ketinggalan untuk mencari maksud sesuatu perkataan yang aku tak tahu. Ya lah banyak nak kena buat kertas kerja dan tesis (hu3).
Kini segalanya amat mudah, cepat dan berkesan. Aku tak perlu mengusung kamus tebal kesana kemari. Tak perlu menyelak setiap helaian untuk mencari perkataan yang diingini. Tak perlu takut jika tiada perkataan yang dicari tidak terdapat dalam kamus tebal tersebut.
Hasil dari teknologi perisian kini, apa yang dikehendaki menjadi kenyataan. Perisian kamus yang dikenali sebagai e-kamus telah dicipta untuk kemudahan dan keberkesanannya terbukti!
Kalau lah masa aku belajar dulu dah ada, kan senang (hu3). Silap-silap aku boleh skor dalam tesis yang ditulis dalam bahasa inggeris.
E-kamus Versi 5.02 sesuai untuk pelajar sekolah, siswazah dan kegunaan seharian anda. Apa yang menarik mengenai e-kamus tersebut ialah :
Pencarian Automatik. Ya dengan hanya satu klik pada perkataan yang anda inginkan, perisian tersebut secara automatik akan mencari maksud dan ejaan perkataan tersebut. Dan yang paling penting anda dapat menjimatkan masa untuk mencari sesuatu perkataan!
Pengkalan Data Perkataan Yang Sentiasa Dikemaskini. Memiliki kamus yang memiliki melebihi setengah juta (500,000) perkataan bukan perkara mustahil lagi. Perkataan-perkataan disimpan dalam pengkalan data perisian tersebut. Dan pengkalan data tersebut sentiasa di kemaskini. Kalau dalam buku pasti lagi tebal (hu3).
Audio Sebutan Perkataan. Ini yang paling menarik. Kalau dulu kita hanya tahu ejaan dan maksud perkataan sahaja. Kini dilengkapi dengan sebutan bahasa inggeris yang betul untuk perkataan yang kita cari!
E-kamus menjadikan sesuatu pengalaman yang menyeronokkan! Dan ia berbaloi untuk dimiliki. Jangan buang masa dapatkannya sementara dalam promosi. Anda boleh dapatkan demo disini.
Technorati Tags: e-kamus, perniagaan internet, affiliate, software
August 19th, 2008 at 12:35 am
fuh..ni affiliate baek punya ni..hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 12:52 am
insyaallah. gunakan kesempatan yang ada. he3.
[Balas Komen]
|1f34|-|1r3 Reply:
August 19th, 2008 at 12:58 am
ni satu strategi perniagaan yg bagus…hehe…ko xsemestinya beli kamus tuh tp bila ada org beli kamus tuh..ko pon dpt komisyen gak..hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 1:08 am
itu antara kelebihan blog kan!?
yang paling menarik e-kamus ini disediakan demo!
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 2:36 am
dah pernah guna kamus ni.. version brapa ntah tak ingat.. yg lama punya, kat skolah dulu hehe..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 2:58 am
memang ada version lama ke!? tak tahu pula aku. tapi setelah aku cuba kamus ni. memang ianya berbaloi.
ya lah time aku sekolah dulu susah, cam mana nak ada kemudahan untuk guna kamis nie. hu3.
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 7:05 am
Salam En Megat..
Bagus jugak En Megat kenalkan E-kamus ni..sebab skrg saya pun sdg sibuk dengan kerja-kerja translate bahasa kerana terpaksa menulis buku dalam bahasa inggeris untuk syarikat penerbitan buku kanak-kanak…
Saya akan mencuba edisi demonya….:)
Selamat menjalani kehidupan …
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:28 am
salam cik shila.
sudah pasti ia bakal menjadikan penggunaan rutin cik shila. ia sememangnya memudahkan dalam aspek translasi bahasa.
cubalah! selamat juga untuk cik shila.
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 7:35 am
e kamus aku hanyalah google sahaja di handphone aku. hehe :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:54 am
bagi orang macam kita goggle jer la. tapi bagi mereka yang ada kepentingan lain spt student terpaksa la menggunakannya. he3.
goggle pun nak kena carik juga kan!?. hu3.
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 7:37 am
ku masih lagi mencari kamus yang sesuai utk diletakkan di dalam henfon ku.
lagi senang nk bawa.. hehe
p/s - bos.. nape x seragamkan gravatar ni ye.. kamu punye je yg kelihatan lagi besar.. wajah saya kelihatan kecil saje..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:56 am
hoho sama macam zam juga la ni. he3. betul juga kan, lagi senang nak bawa dan boleh katakan setiap orang ada henpon.
ps - setahu aku dah seragamkan. mungkin ada sesuatu yang tak kena. nnt aku tgk, thanks tegur.
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 9:38 am
hua bro..
kamus ni versi pdf xde ke?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:29 pm
versi pdf!? kena la tunggu sesiapa yang sanggup buat. he3.
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 2:24 pm
la kena bayar rupanya..igtkan free…hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:30 pm
barang baik bro! hasil dari tangan orang tempatan lak tu. dan ianya berbaloi.
[Balas Komen]
August 20th, 2008 at 1:43 am
Megat dah mengorak langkah. Ini aku kira langkah2 awal Megat dalam misinya memenuhkan kantung kewangan. Bagus bro, jadikan blog sebagai platform untuk menjana pendapatan disamping kita menyampaikan ilmu dan perkongsian maklumat
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 20th, 2008 at 2:16 am
terima kasih bro! semangat ini datang dari bro dan rakan-rakan lain juga. tanpa bro dan rakan-rakan lain rasanya tak sampai tahap ini.
insya allah kita bersama-sama menyahut cabaran tersebut dan berkongsi ilmu dan maklumat dengan mereka yang memerlukan!
[Balas Komen]
August 20th, 2008 at 11:05 pm
nak jugak satu! :( Tapi……xder duit nak beli e-kamus! :((
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 20th, 2008 at 11:23 pm
nnt awk dh dpt duit nuffnang. dpt la beli. he3.
rugi tak beli. hu3.
[Balas Komen]
saffa Reply:
August 21st, 2008 at 10:29 am
Bila entah nak dapat…………… LOL
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 21st, 2008 at 5:34 pm
memula mmg lama skit psl kena cari trafik. kena la rajin cari trafik. ho3.
klu trafik dah capai hit 400-500 sehari. pendapatan di nuffnang laju. syok pula. he3.
[Balas Komen]
August 21st, 2008 at 11:39 pm
aku pnah try ekamus nih..best gak la…
industri perisian tempatan pun bleh buat duit perr…hehehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 21st, 2008 at 11:49 pm
betul. aku tak tahu pula sejauh mana kebolehan atau kemampuan orang kita menerbitkan perisian tempatan yang berunsurkan kemersial?
jika ada peluang kearah itu, insyaallah pasti ada harapan atau masa depan yang cerah!
[Balas Komen]