Emosi : Bagaimana Anda Mengawalnya!?

Apa itu emosi!? Emosi adalah satu keadaan dimana rohani dan fisiologikal bersekutu dengan pelbagai perasaan, pemikiran dan juga kelakuan. Ia juga menjadi penentu utama dalam permainan perasaan semulajadi manusia dan kelihatan sentiasa memainkan peranan terhadap aktiviti-aktiviti kemanusian. Oleh kerana ianya terlalu subjektif, maka agak kontroversi untuk kita mendefinisikan maksud sebenar dan bagaimana emosi boleh berlaku.

Untuk pengetahuan kita bersama, sebenarnya emosi bersangkut paut dengan perasaan kita sendiri. Emosi boleh terjadi tanpa kita sedari, seringkali terjadi mengikut rentak perasaan yang wujud ketika itu. Emosi adalah satu fenomena dimana kadang-kadang ia terkeluar dari kawalan pemikiran kita.

Siapa yang tidak pernah beremosi!? Jika benar anda tidak pernah beremosi bermakna anda dicipta tanpa hati yang mengeluarkan pelbagai bentuk perasaan. Sebenarnya ia lebih kepada bagaimana anda mengawal emosi anda dalam keadaan anda punyai kewarasan dan logikal fikiran yang mampu mengatasi emosi.

Emosi yang tidak stabil menghasilkan pelbagai rasa yang tidak menentu dan ia bergantung sejauh mana anda melayani emosi anda. Jika anda terlalu melayani emosi anda maka anda menjadi lemah, fikiran anda tidak menentu dan sentiasa tertekan.

Jadi apa yang anda harus lakukan ialah sentiasa berfikiran positif dan cuba mencari jalan atau punca setiap masalah yang menyebabkan emosi anda terganggu. Mungkin anda perlukan teman untuk meluahkan atau membicarakan tentangnya. Mungkin juga anda perlu mencari suasana yang lebih tenteram dan damai untuk anda seperti bercuti atau keluar beriadah bersama-sama teman atau keluarga.

Sebenarnya emosi aku semakin tidak stabil sejak kebelakangan ini. Aku sedang cuba mnegatasinya.

Technorati Tags: , , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

10 Responses to “Emosi : Bagaimana Anda Mengawalnya!?”

  1. syam kata :

    patutlah kebelakangan ni entri2 kau berkisar pasal perasaan. kau sedang beremosi rupanya. aku sarankan kau puasa dan buat byk2 solat tahajud. baca quran byk2 dan zikir byk2. mesti kau akan tenang. percayalah. itu ubat paling mujarab bro

    Entri terakhir syam yang dikemaskini : Blogger Don’ts

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    syam - insya allah. selalu juga lakukan perkara spt yang ko sarankan. adakalanya ia menghantui diri. apa pun insyaallah ianya akan berlalu juga.

    [Balas Komen]

  3. ezad kata :

    Sy pun tgh beremosi..rasanya semua org tgh beremosi..harap sedikit sbnyak dapat membantu…

    JANGAN MENGELUH ………..
    Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya……………..

    KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

    QURAN MENJAWAB
    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

    QURAN MENJAWAB
    “Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
    - Surah Al-Baqarah ayat 216

    KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

    QURAN MENJAWAB
    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
    - Surah Al-Baqarah ayat 286

    KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

    QURAN MENJAWAB
    “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
    - Surah Al-Imran ayat 139

    KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

    QURAN MENJAWAB
    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

    KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

    QURAN MENJAWAB
    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
    - Surah Al-Baqarah ayat 45

    KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

    QURAN MENJAWAB
    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
    - Surah At-Taubah ayat 111

    KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    QURAN MENJAWAB
    “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
    - Surah At-Taubah ayat 129

    KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

    QURAN MENJAWAB
    “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
    - Surah Yusuf ayat 12

    [Balas Komen]

  4. bash kata :

    new readers here…oooo akhirnya paham jugak maksud entry ini diakhir kalam…hikhik…tgh beremosi rupanya…take a deep breath ok..

    Entri terakhir bash yang dikemaskini : Jangan Hina Anak Kampung….

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    ezad - insya allah dan terima kasih.

    bash - selamat berkenalan.

    [Balas Komen]

  6. fajar kata :

    kekuatan seorang manusia itu tidak diukur dari kekuatan fizikalnya.
    tapi, bagaimana ia mampu mengawal rasa marahnya.

    benar, bukan mudah mengawal emosi.
    saya pula cepat tersasar, terutamanya dalam keadaan penat!

    [Balas Komen]

  7. fajar kata :

    banyakkan selawat.
    sabar ye megat.

    [Balas Komen]

  8. chot kata :

    ko ni byk betul bermain dgn emosi…

    Entri terakhir chot yang dikemaskini : Eh Euro!

    [Balas Komen]

  9. Megat kata :

    fajar - setuju, kekuatan manusia bkn diukur dari fizikalnya. terima kasih fajar.

    chot - tak salah bermain dengan emosi kerana ia bisa menjadikan kita lebih sensitif dgn persekitaran kita. cuma dlm kes aku ianya agak berat. aku sdg mengatasinya.

    [Balas Komen]

  10. acai kata :

    aku kalau emosi or marah seseorang aku sibukkan diri kat kebun,hehe..
    mmg takleh fikirkan sangat..biasalah manusia, mmg beginilah ujian yg kekadang kita kena hadapi untuk hidup..

    Entri terakhir acai yang dikemaskini : Projek Baru Aku ??

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.