Entri Blog, Panjang Atau Pendek!?

Semakin ramai yang menyedari kelebihan blog. Semakin ramai yang menceburkan diri didalam dunia blog kini. Mungkin juga kesan dari buat duit melalui blog. Maka timbullah persoalan dari bakal penulis blog atau penulis blog yang baru. Persoalan seperti ini juga pernah timbul dalam kepala aku ketika memula berjinak-jinak dengan bidang penulisan surat cinta blog.

Disini aku juga ingin huraikan persoalan yang ditimbulkan yang disampaikan melalui email, messenger dan juga sms. Mungkin anda boleh menjadikan panduan pada penulisan anda.

Sebenarnya panjang atau pendeknya sesuatu penulisan entri anda tidak menentukan sama ada entri anda berkualiti atau tidak. Jika apa yang anda nak sampaikan, sampai kepada pembaca maka penulisan anda dianggap berjaya. Jika tidak, ianya akan bakal menjadi penulisan yang sia-sia.

Yang paling penting ialah cara anda mengolah sesuatu pengisian dan juga penyampaian sesuatu topik. Ini penting untuk mendapatkan minat pembaca yang secara tak langsung menarikkan trafik dan populariti sesuatu blog!

Sebagai contoh, aku sendiri suka menulis entri pendek dalam 150 hingga 300 perkataan. Mungkin menjadi kebiasaan aku menulis entri pendek. Mungkin kerana ketika aku mulai serius menulis di blog, aku menulis di pejabat yang ketika itu aku tiada kemudahan seperti laptop dan broadband.

Dan sehingga kini menjadi kebiasaan tetapi aku cuba sebaik mungkin sampaikan fakta dan huraian sebaik mungkin dan boleh diterima oleh pembaca. Buktinya!? Bukankah trafik ke blog aku semakin meningkat!? Ya walaupun masih belum mencapai tahap yang begitu membanggakan tetapi cukup indah jika anda mencapai ke tahap ini. Dan aku juga perasaan terdapat ramai silent reader (eheh mereka selalu ber YM dengan aku).

Jadi persoalan sama ada entri di blog anda panjang atau pendek tidak timbul tetapi penyampaian dan pengolahan anda yang penting!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

19 Responses to “Entri Blog, Panjang Atau Pendek!?”

  1. Mohd Hafifi kata :

    setuju dengan Megat..pengolahan ayat itu penting..sekiranya terlau panjang, orang naik bosan pulak..

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    mohd hafifi - ya lah kekadang kena faham juga biasanya trafik tinggi semasa pembaca berada di pejabat. jadi sudah tentu mereka ingin kan info pantas.

    [Balas Komen]

  3. taukey kata :

    a’ah teknik penulisan ni aku mmg belum mahir. Aku bila baca blog orang lain cam blog bro, blog noktahhitam, blog knizam, dan blog aeropama aku dapat rasa sesuatu. Cam ada something yang menarik minat aku membaca. Mgkn ni X-Factor dalam penulisan. ehehhe

    [Balas Komen]

  4. Mohd Hafifi kata :

    penulisan kita kena ade “roh” baru orang teruskan pembacaan..

    [Balas Komen]

  5. nald kata :

    betul… pendek takpe asalkan berkualiti

    [Balas Komen]

  6. Megat kata :

    taukey - insyaallah. aku pun masih belajar dan memperbaiki. pastinya setiap orang ada keistimewaan masing-masing kan!? aku pun belajar dari pengalaman ;)

    mohd hafifi - setuju. ko boleh cari penulisan aku sebelum ini kat sini.

    nald - insyaallah. dengan pengekalan sebegitu pasti ada kebaikan.

    [Balas Komen]

  7. KNizam kata :

    aku jarang baca blog yg style perenggan. aku suka style simple2 je ayat dia. mcm chedet.com yang ada numbering pun ok gak. hehe :)

    [Balas Komen]

  8. azwanhadzree kata :

    aku ikut mood. tapi aku blog dalam bahasa inggeris dan selalunya panjang. mungkin bulan ni start pendek, sebab dah masuk last cycle project.

    [Balas Komen]

  9. Afzai Afandi kata :

    isu panjang pendek dalam penulisan blog adalah fleksibel..pada aku brgantung kepada apa yang ingin disampaikan.

    Tapi untuk teknik SEO…penulisan yang panjang adalah lebih baik berbanding pendek.

    Pembaca blog juga adalah fleksibel kerana tidak semua yang sukakan penulisan pendek dan begitu juga sebaliknya.

    Kesimpulannya pada aku, tulislah selagi mana kita rasa apa yg ingin kita sampaikan itu tercapai maksudnya.

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    knizam - klu byk point blg wat mcm tu zam. tp klu setakat satu point kena la huraikan skit ehehe

    azwanhadzree - ko dah popular eheh :p

    afzai afandi - teknik seo. perkara yg msh baru untuk aku ketahui. aku cuba dptkan gambaran sebenar bagaimana ia berfungsi. thank bro!

    [Balas Komen]

  11. zen kata :

    aku suka tulis yg pependek sj…hmm aku nak tambah sikit pasal seo nih

    panjang/pendek post aku rasa xpenting sgt dlm seo nih - ada faktor lain lg aku rasa mempengaruhi

    -site autority
    -site PR
    -keywords dll

    tuh semua bole pengaruhi SEO - aku rasa ler

    [Balas Komen]

  12. Megat kata :

    zen - uik yer ker!? secara x langsung aku dpt info juga ya kat sini.

    [Balas Komen]

  13. aeropama dot com kata :

    huhuhu…bila aku baca entri kau ni baru aku perasan yang entri aku semua panjang2. tu pasal aku cuba tulis intro yang agak santai utk pastikan pembaca baca sampai habis.

    tp tak tahulah aku diorang baca habis ke tak.

    lg satu silent reader aku ramai. pening kepala aku pikirkan cmne nak buatkan diorang participate dlm setiap entri aku…

    [Balas Komen]

  14. NoktahHitam kata :

    PENDEK!!!!

    tp ade syarat jugak kalau nak tules panjang, contoh cerpen, nukilan peribadi.

    panjang tak semestinye best.

    [Balas Komen]

  15. Megat kata :

    syam - macam kau ok syam. walaupun panjang tapi ada pengisian dan santai. itu aku cakap pada pengalaman aku baca entri di blog kau. bila entri menarik dan dapat tarikan maka lebih ramai yang sudi membacanya. silent reader xpe janji mereka membantu trafik kita eheh

    noktahhitam - untuk mereka yang memang dilahirkan untuk bercerita, mudah bg mereka. yang jadi tanda tanya apabila menulis tiada isi uhuhu

    [Balas Komen]

  16. titan kata :

    hoho..kekadang pendek. kekadang panjang. Tengok blog la..

    [Balas Komen]

  17. Megat kata :

    titan - tengok pada apa topiknya kan!?

    [Balas Komen]

  18. titan kata :

    kalau ada benda nak tulis, aku tulis la. tengok bila dah takde benda nak letak. tapi aku make sure, tak bersepah la post tu..

    kalau takde topik. tak yah la tulis. hehe :D

    [Balas Komen]

  19. Megat kata :

    titan - klu banyak blog yang nak ditulis macam mana agaknya ya eheh

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.