Evolusi Dalam Mencapai Matlamat Dalam Blog
Setiap penulis blog ada menyimpan matlamat masing-masing. Sudah tentulah kau mengharapkan perkara terbaik yang bakal berlaku ke atas diri kau. Siapa yang nak susah kan? Yang pasti kau dan aku mengharapkan sesuatu perubahan berlaku bukan secara mendadak atau membabi buta!
Biarlah perubahan tersebut berlaku secara perlahan-lahan dan ia lebih dikenali sebagai evolusi. Mengikut kamus melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), evolusi bermaksud perubahan secara beransur-ansur dari satu generasi ke satu generasi atau dari satu bentuk ke satu bentuk yang lebih kompleks.
Aku juga mengharapkan sesuatu berlaku kepada diri aku dan sesuatu yang aku miliki terutamanya blog. Seiring dengan matlamat yang aku ingin capai iaitu menjana pendapatan melalui internet! Ini pun setelah aku menceburi dunia internet khususnya dunia blogging beberapa tahun sebelum ini.
Pada mulanya memang aku sekadar menulis sebagai blog peribadi yang ingin berkongsi cerita, pengalaman dan lebih kepada nasihat kepada orang lain. Tapi kini aku ingin lebih fokus disamping menjana pendapatan sampingan tatkala aku punyai peluang atau akses ke internet dari rumah.
Setelah aku mendapat bayaran tertentu dari hasil dari keterlibatan aku di internet, aku semakin bersemangat dan ingin terus belajar mengenainya. Jadikan aset tersebut sebagai kemudahan kau menjana pendapatan di internet!
Kini antara evolusi yang aku lakukan ialah meletakkan ruang iklan berbayar dan iklan program affiliate yang aku sertai. Insyaallah akan ada perubahan dan aku cuba untuk memberi fokus ke atasnya. Aku masih baru dalam dunia perniagaan internet dan masih mencari peluang. Dalam masa yang sama aku tidak meninggalkan kriteria penulisan aku sebelumnya.
PS : alhamdulillah sebagai permulaan aku juga dijemput menulis di Kongsiblog.
Technorati Tags: blog, resolusi, buat duit, affilliate, internet, megat, kongsiblog
August 16th, 2008 at 2:37 am
Bagus tu megat ada semangat mcm tue…ganbatte kudasai (berusahalah kata org jepun) :D
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 3:37 am
terima kasih fahmi. insyaallah aku perlahan-lahan lakukan perubahan.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 4:07 am
megat…ko nyer link last skali salah tuh…yg pegi kongsiblog tuh..salah eja beb…
anyway..aku pon dalam usaha dan misi aku yg sama ngan ko..dulu macam2 aku dh wat duit dr internet..lepas tuh aku stop…skang ni aku nak mulakan balik…moga kita sama2 berjaya !!
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 4:11 am
erk yer ker!? terima kasih tegur aku. he3.
insyaallah lebihkan fokus dan teruskan usaha kau. sekurang-kurangnya kau dah ada pengalaman kan!?
[Balas Komen]
|1f34|-|1r3 Reply:
August 16th, 2008 at 4:13 am
tarak hal punya..aku pon td..nasib baik jer perasan broken link tuh…dulu aku terlibat dalam bahagian lain..skang ni aku nak libatkan diri dalam bahagian lain plak…
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 4:53 am
wah… dah bertambah maju.. tahniah!!
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 5:09 am
terima kasih. setiap orang perlu ada perubahan kan!? he3
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 8:33 am
Tahniah En Megat..dan saya harapkan semangat macam ni kekal hingga memperoleh kejayaan…
Maju bertambah maju! Selamat menjalani kehidupan…. :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:49 am
terima kasih cik shila.
insyaallah selagi semangat saya berada pada tahap sekarang, semua perkara tidak mustahil.
setiap orang boleh lakukannya jika minda mengawal segalanya!
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 12:11 pm
moga tercapai hasrat ko megat…tahniah jua dgn theme ko nih
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 3:37 pm
insyaallah. terima kasih atas segalanya. he3.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 1:45 pm
aku mahu juga cuba buat duit dari blog aku ni. tapi aku sedang memikirkan cara yang bukan konvensional. senang cerita aku tgh pikirkan model perniagaan laut biru untuk buat duit melalui blog…
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 3:40 pm
kau memang penuh dengan idea, aku suka. aku juga masih memikirkan apa lagi yang boleh aku terapkan dalam perniagaan internet.
kadang-kadang benda senang kita susahkan (he3). cuma hendak menjadi pelopor agak payah untuk bermula tapi ianya tak mustahil kan!?
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 5:39 pm
huhu. Bagus. Perubahan itu tidak mustahil. Persoalannya, bagaimana mahu maintain momentum perubahan tu. Huhu :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:32 pm
betul. mengekalkan momentumnya yang agak payah. ironinya apabila ia melibatkan kehendak semasa pengguna internet.
tapi kita sentiasa menerima perubahan yang merupakan strategi dalam bidang tersebut kan!?
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 9:50 pm
syabas kawan… anjakan paradigma tu…moga2 dipermudahkan segala urusan ko setiap hari dan tercapai objektif.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 10:24 pm
terima kasih bro!
insyaallah, aku pun masih belajar mengenali dunia ini lebih dekat dan akan cuba merealisasikan satu persatu.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 10:51 pm
megat…thanks link tu……klu kawan-kawan lain yang ingin serta..di alu-alukan…berat sama dijinjing..senang sama di rasa..baru ler sentiasa cool :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 11:03 pm
no prob. perkara yang dilakukan bersama atas tanggungjawab bersama mmg cool. he3.
[Balas Komen]