Fanatik Siber
Secara umumnya ia memang berlaku kepada cara hidup moden kita yang penuh dengan kecanggihan teknologi. Rata-rata orang kita sudah mengenali apa itu dunia siber atau dikenali dengan dunia tanpa sempadan.
Fanatik atau taksub bermaksud suatu emosi yang penuh dengan semangat yang berlebihan terhadap sesuatu yang diminati. Akan tetapi ia tidak kritikal. Biasanya berlaku apabila ketaksuban ke atas sesuatu perkara yang menjadi budaya hidup dan kegemaran atau hobi.
Cuma kali ini aku ingin mengaitkan tentang ketaksuban kita terhadap dunia tanpa sempadan. Isu ini sudah banyak kali dikupas sama ada di media massa dan media elektronik. Baru-baru ini topik seperti ini telah dibincangkan di dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI), TV3.
Sesetengah masyarakat kita sering mengaitkan dunia siber ini dengan berlakunya gejala-gejala sosial pada masa kini. Aku tidak menafikannya, tapi apa yang aku harapkan mereka faham bahawa dunia siber juga punyai banyak kelebihan secara langsung.
Antara perkara rutin yang menjadikan seseorang taksub ke dalam dunia siber adalah capaian maklumat yang begitu pantas serta terkini dengan hanya duduk di depan komputer. Mereka juga dapat menambah kenalan sosial yang boleh mewujudkan komuniti dalam bidang yang diminati. Mereka yang memilih jalan sebegini punyai banyak keistimewaan dan punyai matlamat.
Aktiviti yang mampu membuatkan seseorang itu fanatik siber adalah seperti menyertai komuniti rangkaian sosial, chatting dan permainan video dalam talian. Ia memang tidak memudaratkan jika dapat dikawal dan sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk memerhati kejadian yang tidak diingini.
Namun dalam dunia siber ini terdapat keburukannya juga, dimana gejala sosial bisa terserap dalam corak hidup yang tidak bermoral kerana penerimaan maklumat yang tidak betul. Mereka selalu terperangkap dengan cara sebegini memandangkan setiap maklumat mendapat capaian secara langsung.
Secara keseluruhannya, fanatik atau tidak bukan persoalannya memandangkan ia boleh berlaku untuk tujuan kebaikan mahu pun keburukan. Sebaiknya anda mendisiplinkan diri ke arah yang boleh memberi faedah dan kebaikan untuk kehidupan yang lebih sihat!
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Sunday, April 27th, 2008 at 6:02 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa dan tag Tags: fanatik, siber. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
April 27th, 2008 at 6:46 am
pokok pangkalnya diri sendiri. bagi aku siber ni byk membantu aku dlm menruskan kehidupan..
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 7:35 am
chot
betul tu bro. rasanya kalau sehari tak berada dalam talian maka tak lengkap hidup eheh.
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 8:34 am
Salam Megat ;)
Fanatik Siber? huhuhu… Biasa la.. macam jugak garam..kalau pandai guna, sedap la masak…kalau lebih guna boleh lah beratur cek tahap garam dalam darah..huhu
Basically, semua bergantung pada diri sendiri…
Siber = Cool! Boleh ada kawan dari merata tempat seluruh dunia. Says Aussie, UK, Indonesia, Singapore, Brunei..Malaysia, all over place…best!
Sebab itu kita ada otak :D Bahasa lebih hormat, ada AKAL :)
Sehari tanpa internet? wa tak dapat fokus kerja lain ooo..pagi2 mesti mao cek email..kalau tak? haha … kalau tak, mcm mana nak stay on the top ;) life is to short to be ordinary right
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 9:09 am
dik mal
betul tu. saya rasa ramai rakan-rakan blog berpendapat sedemikian. apa yang merisaukan adalah apabila ia menjadi punca gejala sosial yang semakin meruncing. :D
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 9:40 am
Sbnrnya ada pro dan kontranya dalam hal nih.Mcm yg chot kata pokok pangkal diri sendiri..Kemudahan ni sebenarnya kalau ikut cara, banyak memudahkan dari merosakkan.Tapi biasalah kalau ada individu yg salah guna,mampu beri impak negatif kpd komuniti masyarakat tu sendiri. Kena ada resolusi yg mantap dn telus untuk atasi perkara ni.
P/S : Seronok saya tengok artikel en Megat yang bertukar hampir setiap hari. Maybe u feel beter now?! Keep up the good worx,ok….
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 10:01 am
slm bro, aku ewalaupun keje bahagian ICT rasenya lum sampai tahap taksub lagi ngan dunia cyber nih,hehhe..kat umh aku pun takde connection internet,hehe..ada hasler programmer kat ofis aku nih langsung takde komputer or laptop kat umh..dia ckp nak tumpu kat keluarga,huhu…dia kira cam idol aku jugaklah,hehe..
aku kalau ada internet kat umh, mmg tak tengok kebun2 aku tu nnti,hehehee
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 11:16 am
Emm.. Setuju dengan pandangan di atas. Apa-apa pun semuanya bergantung pada diri kita.
Hari tu abah saya telefon, dia kata. ‘Exam ni, tutup komputer seminggu. Tak payah la bukak internet tu.’
Saya iya kan aja. Tapi dalam hati, ‘Tak hidup la saya kalau tak bukak komputer, bah.’ he he
Saya anak tak baik. Memang. ;P
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 12:18 pm
pandai2 la diri kita untuk mengawal semua tu..
kalau kita anggap menda tu baik kita takkan mempersalahgunakan ia..
[betul ker bahasa aku?]
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 4:12 pm
i always look at difference angle of life… same but it always difference ;)
[Balas Komen]
April 28th, 2008 at 6:22 am
Kalau isu berkenaan fanatik syber ni aku tak tau nak komen apa geng sebab aku fanatik kepada benda-benda yang cool dan hot. Bukan untuk dipoyokan tapi bila aku dapat control satu sistem/aplikasi atau berbentuk API macam facebook hmmm web 2.0 kasi aku buka mata tanpa sijil kelulusan diguna. yes memang aku fanatik syber. thank pasal komen ko kat blog aku.
[Balas Komen]
April 28th, 2008 at 6:45 am
hmm…fanatic cyber. Dulu ms skolah aku mmg addict gile ngn internet ni. bile aku masuk u, aku mengalami zaman kemurungan cyber sbb aku rs tak ade ape lg yg perlu aku cr kt internet ni. tp bile aku dh terjebak masuk dlm bidang blogging, aku jd fanatik balik.addicted to blogging. ari2 mesti nk bc blog org n update blog aku gak
[Balas Komen]
April 28th, 2008 at 9:06 am
shila
saya lagi seronok cik shila dapat bertandang ke blog saya setiap hari. doakan kesihatan saya. terima kasih.
acai
aku rasa baik ko maintain cam skang. aku bangga ada anak
jawamelayu macam ko yang multitask! aku kok teringin jadi koyo kuey eheh.atiqah
kalau ia kearah kebaikan seperti mengulangkaji dan mencari bahan utk belajar, rasanya tiada masalah.
menteil
kompom ko kata dalam bahasa melayu uhuhu.
momok
yeah agree. you always be my sahabat ini my life mok ;)
mr godam
no prob. aku pun lebih kurang macam ko juga. walaupun kerjaya aku dalam bidang IT tapi aku tak berminat untuk menulis tentang IT. tapi aku bangga ada orang macam ko yang memang expert IT. ramai yang dapat rujuk ke blog ko nanti. teringin juga nak jadi AI :p
syam
alhamdulillah sekurang-kurangnya ko masih berada dalam landasan yang betul. ;)
[Balas Komen]
April 28th, 2008 at 10:10 am
Sdr Megat,
assalamu’alaikum.
terima kasih menjengok blog saya…
penulisan/ bahan yang baik untuk pengunjung di sini.
[Balas Komen]
April 28th, 2008 at 10:21 am
sab2
wa’alaikum salam. terima kasih juga.
[Balas Komen]
April 28th, 2008 at 4:01 pm
Kata2 sahabat kat atas tu betul…medium internet dicipta untuk kebaikan. Hanya tangan2 kita sahaja yang merosakkannya.
Yang penting limitkan masa di depan PC ketika melayari internet. Jangan terlalu taksub kerana kesan terlalau di dpan PC boleh menjejaskan kesihatan anda terutama pancaindera mata.
[Balas Komen]
April 29th, 2008 at 2:53 am
setuju sama enche megat itu sey :-D
Tapi Mr Ah Fa memang dah tak sempat sangat nak hanyut dalam gejala internet ni sekarang.
Hohohohohohoho, alhamdulillah L-D
[Balas Komen]
April 29th, 2008 at 3:26 am
en afzai
benar katamu. terima kasih kerana sudi kongsi ilmu.
ah fa
alhamdulillah tak terjebak eheh. mungkin kita boleh berpesan-pesan mereka yang sentiasa terjebak terutama kepada yang baru mengenali dunia siber ni.
[Balas Komen]
April 29th, 2008 at 4:28 am
fanatik siber??aku pernah gak tgk orang depan kompuet dari maghrib sampai ke pagi..tk fhm aku..
[Balas Komen]
April 29th, 2008 at 4:42 am
hafifi
malah ada yang lebih dari itu. 8-12 jam depan PC tanpa makanan pun ada.
[Balas Komen]