Fast Update IV

Kerja

Benar lah kata-kata yang diambil dari dialog salah sebuah filem melayu yang di arah oleh allahyarham P.Ramlee.

Selagi belum tutup mata kerja… kerja… kerja” - Dato’ Aziz Satar

Dan itu lah yang aku sedang lakukan kebelakangan ini, terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang kadang-kadang aku tak faham!? Dalam satu masa deiberi tugas-tugas yang aku rasa sudah keluar dari ‘tajuk’nya! Apakan daya hanya itulah satu-satu nya punca pendapatan rezeki untuk aku terus menyara hidup ini (lainlah kalau dapat buat duit dari internet uhuhu).

IT Master Plan, se gah namanya. Itu lah yang aku nak sebutkan selama ini. Aku berkerja di dalam Bahagian Teknologi Maklumat & Komuniskasi, sudah tentu ia berkait rapat dengan pembekal-pembekal, sub-sub kontrak, outsourcing dan macam-macam lagi. Itu belum masuk kertas-kertas kerja yang terbabit.

Lompat blog ke blog

Dalam kesibukan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang entah keberapa kali, sempat juga aku menjenguk blog kawan-kawan. Aku senarai kan blog-blog yang sempat aku lawati dan beserta sedikit komen :

 

  1. Masyarakat Kita Semakin Sensitif - memang benar apa yang dihuraikan saudara Azhar atas kesensitivitian masyarakat kita sekarang yang tidak kena pada tempatnya dan ianya semakin meruncing. Bak kata orang-orang dulu ’sayangkan anak ditangan-tangankan’. Kalau zaman aku dulu, dah berbirat badan aku dengan macam-macam senjata yang digunakan orang tua aku, tali pinggang, rotan, dan lain-lain. Lambat sampai rumah balik dari mengaji pun dah kena tidur luar rumah uhuhu.
  2. Tolong Tau? - apa maksud kau saudara Lan!? kalau ianya kearah kebaikan, elok ia diteruskan tapi kalau sebaliknya rasanya dia mengambil kesempatan… mungkin!? Dalam keadaan sekarang ini, aku rasa kau akan berada dalam keadaan dilema. Lebih baik kau tanya pendapat kawan-kawan dan fikirkan untuk kebaikan kau.
  3. Kawanster - saudari Azreen ni nak citer pasal kawanster atau friendster!!?? Apa yang dimaksudkan adalah kemudahan jaringan-jaringan sosial yang semakin menjadi igauan penggemar-penggemarnya! Aku pun dah lama tak mengemaskinikan akaun aku, masa mula-mula dulu terasa seronok sehinggakan sehari tak dapat jenguk boleh jadi tak senang duduk eheh. Tapi aku lebih popular di komuniti hasil dari ciptaan anak tempatan saudara Faizal Salehan aka Faceless iaitu Virtualfriends.
  4. E-book : Download Section - hasil dari usaha keras saudara Mazudi dapat menyediakan ruangan untuk memuat turun e-book dari blognya.

 

Dinner

Malam ini aku sediakan sedikit ruang untuk aku mengurangkan tekanan/stress yang menimpa aku sejak kebelakangan ini. Akumerancang untuk bersua muka dan makan dan minum bersama rakan-rakan blog Azhar, Lan Rasso dan E inn. Jumpa anda semua!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

Entri ini telah di pos pada Friday, November 9th, 2007 at 9:40 am dan dibawah kategori Diari Penulis, Kisah Santai Dan Kisah Hidup dan tag . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

7 Responses to “Fast Update IV”

  1. rasso kata :

    Saya sungguh celaru…
    itu maksudnya… ehehee
    tapi perlukan jiwa tenang…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    cuba tenangkan diri anda malam nie eheh

    [Balas Komen]

  2. Azhar Ahmad kata :

    Hahhah, teringat kena belasah ngan abah, pasal merayau pas maghrib. Bukan denga rotan, tapi getah paip…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tapi kita bukan jadi anak derhaka malah menjadi anak yang lebih menghormati orang tua kan!?

    [Balas Komen]

  3. WaWa kata :

    E inn? Ha ha ha. Nama manja azreen. :P

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    pasni nama manja dia “e-in” wakaka

    [Balas Komen]

    rasso Reply:

    Bukan Datink Ririn?
    ha ha ha..

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.