Fleksibeliti Dalam Memilih Kerjaya

Definisi kerja itu sendiri membawa maksud kegiatan atau urusan yang menghasilkan sesuatu. Di *zaman atom ini ia juga membawa maksud tugas atau urusan yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab, kewajipan dan peranan ke atas individu itu sendiri.

Kerja diperlukan oleh setiap individu untuk merealisasikan maksud sebenar sebuah kehidupan yang lebih terurus. Makan, minum, pakaian, perlindungan dan keselesaan hidup merupakan punca untuk kau dan aku perlu melakukan kerja. Dengan melakukan kerja kita boleh mendapatkan hasil atau habuan sebagai punca pendapatan.

Apa yang aku cuba fokuskan ialah mengenai kerjaya iaitu profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai untuk  nafkah. Ada perbezaan disini dimana kau perlu tahu hakikat maksud sebenar kerja dan kerjaya. Kerja yang kau sedang lakukan boleh dianggap kerjaya tetapi kerjaya disebaliknya.

Persoalan disini apabila kau terlalu taksub melakukan kerja yang langsung menganggapnya sebagai suatu kerjaya. Ironinya ialah apabila kerjaya yang dilakukan tidak membawa makna kerja sebenar yang mewakili tanggungjawab atau profesion sebagai pekerjaan.

Kerjaya merupakan sesuatu pekerjaan yang mampu membuatkan kau memiliki kejayaan dalam profesion yang kau miliki. Biasanya ia diselaraskan dengan visi atau matlamat setiap individu itu sendiri dan

Kerjaya tidak berlaku semata kerana kau memilih bidang yang diminati atau berkaitan dengan ilmu yang dimiliki. Perlu ditegaskan supaya tidak menjadi pegangan kepada golongan yang baru mengenali dunia pekerjaan.

Jadi, kau perlu fleksibel dalam memilih kerjaya supaya dapat membentuk sahsiah masyarakat yang semakin perlu diperbaiki disamping dapat manjana kehidupan yang lebih baik. Jangan terlalu memilih kerana ia dapat mengurangkan masalah pengangguran yang semakin menjadi dinegara kita. Buka minda dan menerima ubah persepsi hidup demi masa depan yang lebih gemilang!

* zaman moden

Technorati Tags: , , profesion, fleksibel

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

6 Responses to “Fleksibeliti Dalam Memilih Kerjaya”

  1. cyza kata :

    Kita perlu fleksible, memang setuju. Tapi kekadang kita tak dapat apa yang kita nak. Ataupun kita dapat lambat, mcm kes aku la…aku impikan kerjaya idaman aku tapi lambat dapat…still dapat, kira nasib baik…kalau tak dapat lagi sedih siuttt….
    Pokok pangkal kena sabar la kalau kita belum dapat kerjaya yang kita nak..

    Kalau tak dapat gak, kena realistik la, pilih kerjaya kedua terbaik….

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    memang perit klu kita x dpt spt apa yg kita mahukan tapi kita perlu bersedia sebarang kemungkinan yang bakal terjadi, perlu fleksibel!

    setuju, realistik. pilih kerja lain sebagai pilihan. mana tahu kerja lain dapat jadi kerjaya. he3.

    [Balas Komen]

  2. aeropama dot com kata :

    aku pilih kerjaya yang aku pasti aku sendiri yang mahu. bukan sebab dipengaruhi orang luar…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kerjaya yang mudah untuk dilaksanakan ialah kerja yang kita minat.

    entri diatas aku maksudkan kepada mereka yang tidak bernasib baik mendapat pekerjaan seperti yang diidamkan sebagai kerjaya. malah masih menunggu dan tidak mahu cuba ke bidang kerja lain.

    kadang-kadang ada juga bidang kerja lain yang boleh datang minat kemudian dan akshirnya menjadi kerja. he3.

    [Balas Komen]

    aeropama dot com Reply:

    kau ada point di sini. aku teringat ketika proses transisi dari SPM ke diploma, aku amik peluang untuk buat kerja sendiri. keje jadi buruh tu. duit dpt byk beb. proses transisi dr diploma ke degree (2 bulan0 aku masih buat kerja buruh. tapi selepas tamat ijazah, aku tak kesempatan untuk buat kerja buruh lagi…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku juga telah melakukan banyak jenis kerja dari seteruk-teruk kerja ketika masih dalam dunia belajar.

    keadaan sebegini tidak akan datang kepada kita. mereka sepatutnya punyai inisiatif sendiri untuk mencapai kecemerlangan ke atas diri mereka sendiri.

    susah nak bentuk generasi yang kununnya semakin genius tetapi malas untuk melakukan sesuatu.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.