Glitterati - Kelab Eksklusif Nuffnang

Mungkin ini adalah berita baik bagi penulis blog yang menharapkan pendapatan hasil mengiklankan iklan-iklan dari Nuffnang. Nuffnang membuka peluang baru yang lebih spesifik iaitu Kelab Eksklusif - Glitterati!.

Apa tujuan Kelab Eksklusif ini!? Ia lebih kepada kesetiaan dan menumpukan kepada hanya satu rangkaian syarikat iklan sahaja iaitu Nuffnang. Tidak boleh ada iklan-iklan dari rangkaian syarikat pengiklanan yang terdapat di asia tenggara.

Bagaimana jika ingin memohon untuk kelab ini!? Anda tak perlu memohon, ia akan bertindak secara automatik selagi anda tidak meletak iklan-iklan selain dari Nuffnang atau dari rangkaian pengiklan yang berasal asia tenggara. Pengampu-pengampu (crawlers) secara automatik memasuki blog anda dalam masa 48 jam. Ingat! Jika anda meletakkan iklan-iklan dari rangkaian iklan lain maka secara automatik penyertaan anda dibatalkan!

Sila lawat laman ini untuk mengetahui lebih lanjut!

Aku cuba menyertainya untuk melihat keberkesanan program ini. Rasanya makin banyak masalah-masalah yang timbul dari rangkaian syarikat-syarikat pengiklanan di Malaysia. Yer lah masih baru la katakan. Aku rasa patut diberi peluang untuk mereka buktikan matlamat mereka.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

Entri ini telah di pos pada Wednesday, January 9th, 2008 at 3:44 am dan dibawah kategori Diari Penulis, Kisah Santai Dan Kisah Hidup dan tag . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

8 Responses to “Glitterati - Kelab Eksklusif Nuffnang”

  1. Azhar Ahmad kata :

    Dan encik Megat. Saya sudah jadi ahli eksklusif Glitterati! Yehaaaa

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Wah tahniah En Azhar!

    Sebenarnya bagaimana ia dilakukan!? Hanya membuang koding-koding iklan lain ker!?

    [Balas Komen]

    Dik Mal Reply:

    Yup Megat, buang saja coding2 program advertising yg lain.. automatik dia akan detect VIP

    [Balas Komen]

  2. Rjuna kata :

    Jom megat kita jadi VIP, aku dah jatuh chenta ngan nuffnang nih, aku setia selagi tak jadi cam iklan yang expired tu hehe ;)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Yup aku sedang uji keberkesanan program ini. Memang sebelum ini, nuffnang agak laju dr advertlets.

    [Balas Komen]

  3. zool kata :

    aku pnye web pon dah jd Glitterati..huhuhu…btol tu megat…nuffnang mmg laju dari advertlets…huhuhu…kt tungu dan lihat je ngn program VIP die ni…aku pro nuffnang skrg!!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Senang setia pada yang satu. Tapi kita kena tgk keberkesanannya.

    [Balas Komen]

  4. azlan a.raof kata :

    wah semua nak jadi VIP nampak jeje

    camner income nufnang ?

    saya ornag baru tak reti sangat
    baru cuba2 jerk

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.