Hati Yang Tidak Sihat
Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dimana ia dapat menjana kebolehan manusia bermain dengan emosi. Ia boleh terbentuk dalam keadaan yang baik atau pun sebaliknya.
Hari ini aku ingin menyentuh mengenai penyakit bawaan hati yang agak kronik dalam kehidupan moden kita. Kau pasti sudah tahu, kebanyakan gejala-gejala yang tidak baik sejak kebelakangan ini adalah datang dari hati atau emosi yang tak terkawal dari setiap sesetengah individu. Gejala-gejala yang berlaku seperti bunuh diri, membunuh, rogol, melakukan perkara diluar kawalan dan sebagainya. Mengapa harus berlakunya sedemikian?
Dalam dunia yang semakin mencabar, serba moden dan keinginan untuk mencapai sesuatu. Kau sering lupa kehidupan kita sebenarnya dipenuhi dengan tekanan. Kau akan lebih cenderung untuk mendapat mendapat penyakit hati tersebut. Sebenarnya, terdapat banyak sebab yang boleh kita sentuh untuk menyelami penyakit bawaan hati ini dan kebanyakkannya kau sudah tahu puncanya. Apa yang aku nak tekankan adalah punca utamanya iaitu kawalan emosi.
Emosi yang sering tidak stabil adalah punca utama penyakit hati boleh berlaku. Kau tahu jika kau tidak menjaga hati kau sendiri, siapa lagi. Jangan biarkan kau berendam dengan emosi yang tidak sihat terlalu lama dan terbawa-bawa sehingga ke dalam kehidupan kau seharian. Perkara yang paling buruk jika terlalu bermain dengan emosi ialah apabila ia bakal memusnahkan keseluruhan hidup kau. Kenapa harus musnahkan hidup kau sendiri sedangkan kau mampu pergi lebih jauh dari apa yang kau miliki sekarang? Jangan ikut perasaan, kau harus belajar cara untuk mengatasinya.
Atasinya dengan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan terdekat atau orang yang paling kau percaya, sentiasa menghindari kisah sedih, bersangka baik dan yang paling afdal sebagai orang islam ialah mengadulah kepada yang ESA. Ini penting kerana sekurang-kurangnya kau tidak disalut dengan keadaan emosi yang kronik. Belajarlah cara mengawalnya kerana ia adalah pengalaman yang penuh makna untuk menempuhi hidup yang mendatang.
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Thursday, July 17th, 2008 at 6:49 pm dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa dan tag Tags: emosi, hati, kronik, sihat. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
July 18th, 2008 at 2:07 am
En Megat,
Selalu saya kira masalah itu datang dalam konteks dan perspektif yang berlainan bg stiap individu.Kadangkala apa yang kita tempuh itu amat menyakitkan hingga hati kita tak mampu menangung lagi.
Atas kapasiti kita sebagai manusia biasa,kita mungkin mampu mengurangkan,mengawal.
Namun yang terjadi itu tetap dah berlaku dan tak mampu nak diputar semula.
Sungguh hati saya bukan pualam…..
[Balas Komen]
July 18th, 2008 at 4:39 am
Slm bro, aku kalau rase cam ni biasanya aku tepon member rapat aku 2 orang tu pastu makan malam sesama..:) borak dan cerita lama2..benda tu bleh kurangkan rase camni..bykkan istigfar bro ye..
[Balas Komen]
July 18th, 2008 at 7:19 am
shila - benar setiap kejadian yang melibatkan apa sekali pun harus dilihat dalam perspektif yang berbeza dalam kata mudah dilihat dari setiap sudut cuma kita tak boleh hidup dalam bayangan. kita mesti tolak jauh-jauh. hidup harus diteruskan juga walaupun hati sukar menerimanya.
acai - salam acai, antara langkah yang kita patut ambil bila kita dlm keadaan sedemikian. terima kasih bro!
[Balas Komen]
July 18th, 2008 at 11:55 pm
salam
hmm..rasanya untuk mengelakkan penyakit bawaan hati ni kita kenalah rajin bersihkan hati kita dengan zikir dan selawat kan?macam lirk lagu tu..”kalau hati sudah dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran” ehehehe…
[Balas Komen]
July 19th, 2008 at 6:47 am
cintamiloais - salam. itu yang sebaik-baiknya… insya allah berkesan. ia juga melibatkan pembersihan minda yang mengawal seluruh proses hati dan anggota.
[Balas Komen]
July 20th, 2008 at 11:17 pm
Cara mengubat hati yang paling baik ialah dengan beribadah pada yang Esa.
[Balas Komen]