Hilangkah Moral!?
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kisah-kisah yang kurang enak didengar dan dipandang. Berita-berita di media massa dan elektronik berlumba-lumba menyiarkan kisah-kisah lantas mewar-warkan keaiban bangsa sendiri. Jika diamati dan difikirkan walaupun sejenak, zaman memang benar-benar sudah berubah!
Kisah-kisah seperti gadis-gadis lari rumah ikut lelaki yang penuh pujuk rayu dan janji manis, kisah pembunuhan kejam tanpa belas, rogol yang berleluasa dan sumbang mahram yang dilaknat sudah menjadi perkara biasa untuk menjadi santapan pembaca didada akhbar. Apa yang menjadi kejutan ialah ia berlaku dalam kalangan orang melayu bangsa kita (tanpa melibatkan fahaman politik!).
Dimanakah hilangnya sopan santun dan nilai budaya yang tinggi orang kita!?
Tiada lagi nilai santun orang lelaki sebagai pelindung kesucian wanita baik yang bernama bapa, abang, kawan dan jiran-jiran, tiada lagi kesopanan antara masyarakat sekeliling dan keramahan mesraan sesama sendiri. Apa akan berlaku pada masa akan datang?
Sedih, sebak serta adakalanya marah dengan sikap sesetengah orang kita yang sudah tidak tahu menilai yang mana baik atau buruk, yang mana benar atau salah malah tidak malu dengan maha pencipta!
“Ya allah ya tuhanku, apa bakal terjadi kepada generasi akan datang“
Ya. Apa akan terjadi kepada generasi anak-anak bangsa kita sendiri pada masa akan datang!? Adakah kita akan duduk diam diri tanpa melakukan sesuatu!?
May 10th, 2008 at 7:34 am
mmg teruk apa yg berlaku skg ni. nk kata sbb pengaruh media (newspaper, internet, tv n bla3) pn ada gk memberi sumbangn kpd gejala demikian. apa2 pn yg plg pening adlh didikan ibu-bapa pd anak yg aku rs menentukn samada ank diorg tu bsr jd org atau jd setan. dan yg kedua, adalah ilmu yg ada di otak. tp klu ada ilmu taktau nk guna pn xde guna nya gak. sm je trf ngn binatang
[Balas Komen]
May 10th, 2008 at 11:43 am
yup, sekarang ni dah nampak mentaliti dan moral sebenar masyarakat kita hasil kurang didikan dan pendedahan yang bermutu dari segi moral dan agama.
[Balas Komen]
May 11th, 2008 at 5:39 am
syam
yg paling utama adalah didikan dari rumah. klu dh ibubapa tak betul, mcm mana anak nak ikut jadi betul!?
norhafiz
klu dh namanya negara islam sepatutnya pendedahan dalam islam diutamakan.
[Balas Komen]
May 11th, 2008 at 6:15 am
megat… btol ape yg ko kata tu. kebanyakan anak jd porak peranda, sbb family die porak peranda. kecuali anak itu sendiri mempunyai tekad utk berubah, pasti diorg xkn jd porak peranda.
[Balas Komen]
May 11th, 2008 at 12:29 pm
Apa nak buat cik Megat!! Dunia sekarang dunia hiburan, dunia nyanyian, dunia lakonan dan dunia yg penuh kemaksiatan.
Itulah tandanya dunia akhir zaman. Yang membuat dosa tanpa segan silu pamerkan untuk tontonan umum manakala nak berbuat kebajikan seolah2 malu dengan keadaan.
Faktor keagamaan tidak begitu dititik beratkan cuma gah pada nama…tapi pelaksanaannya hampeh!!!! Lihat saja di sekolah,mata pelajaran agama tidak dikira untuk keputusan UPSR…ini bermakna dari akar umbi kurangnya penekanan kepada kepentingan agama. So..tidak hairanlah apa yg terjadi pada hari ini.
Ibu bapa kena begitu kuat memainkan peranan untuk mendidik anak menjadi insan terbaik kerana faktor luaran sekarang begitu kuat mempengaruhi minda anak2 kita. Bukak saja TV, pelbagai perkara tak elok ditayangkan. Sbg contoh…..watak HERO begitu bebas bergaul…boleh berpelukan, boleh membunuh org yang memegang watak jahat dan sbgnya.
Pemimpin hari ini penentu generasi akan datang.
[Balas Komen]
May 11th, 2008 at 2:59 pm
Ermm..saya sokong semua komen dia ats..kiranya skrg kita kena berwaspada dalam mendidik anak-anak.Mungkin perlu lebih pendedahan utk anak-anak muda dari pelbagai aspek supaya mereka tak terjebak dengan masalah moral ni.TV..media massa dan pelbagai bentuk bahan tayangan kenalah ditapis.Tapi musatahil jugak dapat dihindari 100% sbb sekarang sumber bahan tersebut amatlah mudah didapati.Sekolah,ibu bapa dan masyarakat kena peka.Jangan tahu complaint tapi tak mahu sama-sama membantu usaha utk kurangkan masalah ni. Pendek kata,inilah masalah yg punya seribu satu faktor penyebab namun masih tiada jalan keluar yang jitu….sedihnya!
[Balas Komen]
May 11th, 2008 at 3:17 pm
syam
walau bagaimana pun setiap apa yg dilakukan mestilah mempunyai asas.
afzai afandi
asas yang baik dapat menjadikan platform utk mereka teruskan ke arah kebaikan.
shila
yg penting asas dari rumah cukup kuat. ibubapa patut ada pendirian utk membentuk mereka. jika asas cukup kuat utk maka eloklah jalan mereka.
[Balas Komen]
May 12th, 2008 at 7:02 am
Memang agak menakutkan hidup zaman sekarang..
[Balas Komen]
May 13th, 2008 at 6:17 am
itu lah tanda dunia akhir zaman..pihak media paling suka isu mcm tu coz membawa keuntungan kepada mereka sedangkan dalam tidak sedar mengaibkan bangsa sendiri…sepatutnya tak yah ler bagi publisiti yg melampau
[Balas Komen]
May 13th, 2008 at 11:33 am
Ekceli apa yang berlaku skrg kerana terdapatnya kelemahan di dalam sesebuah institusi keluarga sbg permulaannya….kan?
Kalo dari segi agama plak.. kekadang saya tak paham kenapa sesetengah manusia ini tidak takot akan dosa dan balasan dari Tuhan?
Saya tidak la sebaik mana pun… tp saya hari2 mau pikir pasal mati…hehehe
[Balas Komen]
May 13th, 2008 at 1:57 pm
zool
perubahan zaman dan tabiat manusia.
kita
tapi mereka perlukan berita yang merupakan periuk nasi mereka!?
reen
memang menakutkan dan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang!? bakal menjadi titik hitam dalam kehidupan dunia skang.
[Balas Komen]
May 13th, 2008 at 9:28 pm
bala dr allah…
[Balas Komen]
May 13th, 2008 at 10:41 pm
Allah takkan turunkan bala kalau sesuatu kaum itu tidak melakukan apa-apa kesalahan..
renung ke dalam diri & masyarakat sekeliling.. ada yang perlu di’perbetulkan..
[Balas Komen]
May 14th, 2008 at 4:50 am
mari mainkan peranan. Mendidik anak bangsa. hehe, tahun depan da posting. Sama2la kita buat sesuatu untk membantu anak2 muda zaman ini.
Salam kenal and salam singgah:)
[Balas Komen]
May 14th, 2008 at 5:29 am
syahid
mungkin tanda-tanda nya mulai kelihatan.
mael
benar. byk perkara perlu direnungi bersama dan diperbetulkan.
liyana
salam kenal. ya bersama-sama membantu mencegah dan merawat mereka.
[Balas Komen]
May 14th, 2008 at 7:14 am
inilah umat akhir zaman~
[Balas Komen]
May 14th, 2008 at 7:18 am
sosial meningkat bila pesatnya pembangunan…channel tv pun dah berpuluh2..so senang copy perkara yg xelok…insaf2…
[Balas Komen]
May 14th, 2008 at 8:03 am
darkz
mungkin juga. alamat-alamatnya sudah ditunjukkan satu persatu. bumi sudah tua.
chot
dan manusia semakin leka dan terabai tanggungjawab.
[Balas Komen]
May 14th, 2008 at 7:20 pm
sewajarnya manusia kembali kepada Allah. menyedari dan memahami hakikat kita diciptakan. satu hari nanti, setiap apa yang kita kerjakan bakal ditanya.
golongan barat yang didokong oleh zionis telah banyak mempengaruhi umat manusia dan Islam secara khususnya tanpa kita sedari. sedikit demi sedikit, nilai yang diwarisi semakin meluntur. moga kita tidak menjadi orang yang pelupa, bahkan sama-sama mengingatkan.
[Balas Komen]
May 18th, 2008 at 8:07 am
bila dah berlaku. Ia akan kembali dan berlaku lagi. Masalahnya, manusia mudah alpa..
[Balas Komen]
May 18th, 2008 at 3:10 pm
fajar
setuju. zionis barat mempengaruhi secara halus dan dapat menembusi jiwa orang kita tanpa disedari.
titan
benar. dek kerana sikap alpa bisa merubah segala bentuk kehidupan.
[Balas Komen]