Islam Menggalakkan Umatnya Meniaga

Sebagai seorang yang beragama islam, sudah tentu anda ingin melakukan semua perkara yang berlandaskan panduan agama. Ini penting untuk mendapatkan hasil yang diberkati dan halal. Tetapi adakah anda sedari sejauh mana kita tahu mengenai perniagaan yang berasaskan islam!?

Adakah perniagaan yang berlandaskan islam kini benar-benar berada pada landasan yang betul!? Ya lah kita selalu dimomokkan dengan isu halal haram sehinggakan kita sendiri tidak mengerti bagaimana etika perniagaan dalam islam.

Islam amat menggalakkan umatnya meniaga. Menjalankan perniagaan berlandaskan kriteria yang ditentukan agama adalah lebih berkat dan dirahmati dari memikirkan keuntungan semata-mata. Janganlah diikut cara yang tak betul atau trend yang dibentuk oleh orang bukan islam.

Beza antara kita orang islam dan bukan islam ialah keberkatan dalam perniagaan. Ingat sejauh mana kita mendapat keuntungan dalam perniagaan jika tidak diberkati tiada gunanya. Hasil yang kita dapat akan diberi kepada anak bini makan dan bakal berkembangkan zuriat islam pada masa akan datang.

Apa yang aku nak sampaikan ialah betapa islam menggalakkan kita meniaga kerana dengan melakukan demikian kita akan mendapat punca pendapatan dari hasil usaha sendiri. Ini bermakna jika kita lakukan dengan penuh keredhaan dan tiada ketirisan serta ikhlas maka perniagaan kita akan diberkati. Keberkatan itulah yang menjadi ukuran keuntungan dan ketelusan hasil dari perniagaan kita.

Begitu juga bentuk perniagaan baru di dunia moden ini iaitu perniagaan di internet. Konsepnya lebih kurang sama je dengan pernigaan konvensional, perlukan lebih keikhlasan, jujur, telus dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

Insyaallah, lakukan demi agama dan bangsa.

Technorati Tags: buat duit, usahawan internet, ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

7 Responses to “Islam Menggalakkan Umatnya Meniaga”

  1. Extremist Thinker kata :

    btol tue. sumber rezeki utama adalah perniagaan. tp jgn korunk meniaga awek lak. awek utk akoo je. korunk niaga len. hehhe!

    [Balas Komen]

  2. azam kata :

    Pengalaman sedikit berniaga satu ketika dulu, dapat lihat macam jenis peniaga sesama bangsa kita ada yang mahu membantu, ada yang tak jujur dan amanah…banyak dugaan waktu tuh tapi kalau nak berniaga lama kejujuran dan amanah paling penting

    [Balas Komen]

  3. Megat kata :

    merah - uiks macam tu ka wakaka.

    azam - setuju. aku rasa tak rugi pun klu kita ikut panduan yg ditetapkan dalam islam. “kesabaran kan separuh dari iman kita”.

    [Balas Komen]

  4. bantingboy kata :

    bagus apa meniaga. Lagi-lagi kalau guna platform internet. Memang banyak leh wat duit maa..

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    bantingboy - tapi kena la ikut undang-undangnya

    [Balas Komen]

  6. aeropama dot com kata :

    ermm.. memang patut dipupuk minat berniaga di kalangan rakyat kita.

    bagi aku, bidang perniagaan bukan menjadi bidang pilihan paling popular semuanya disebabkan oleh dasar pendidikan kita yang hasilkan kuli berbanding bos. nak wat cmne?

    [Balas Komen]

  7. Megat kata :

    syam - mungkin kita menjadi pemangkin untuk alami perubahan besar dlm minda orang kita. jika tidak siapa lagi kan!?

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.