Isu Sosial Negara, Bila Ketamakan Menjadi Pegangan

Apa yang aku tulis pada hari ini bukan bermaksud untuk menghasut atau mencari kesalahan orang lain tetapi ada baiknya aku dan kau renungkan bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan umat Islam, agama yang suci.

Sebelum itu aku nak kau lakukan beberapa perkara sebelum membaca selanjutnya. Mula-mula  tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan perlahan. Dalam masa yang sama tenangkan fikiran kau, lupakan seketika sebarang masalah yang kau sedang fikirkan.

Kurangkan perederan darah ke dalam hati yang secara tak langsung mengurangkan permainan emosi kau. Hanya perlukan logik akal sahaja tanpa menggunakan sebarang emosi.

Ok jika sudah bersedia. Aku ingin kau baca ini, rasuah dalam UMNO yang ditulis oleh Tun Mahathir di dalam blognya.

Sudah selesai membacanya? Apa relevannya entri tersebut dengan entri aku kali ini? Ya aku nak kau dan kau sedar bahawa kita bakal berada dalam dunia dimana ketamakan manusia menjadi-jadi tanpa mengambil kira pandangan dari sisi agama.

Mungkin bukan semua. Mungkin juga hanya segelintir. Mungkin juga ada yang berselindung disebalik ‘wayang’ mereka.  Tapi yang pasti isu ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu jalan penyelesaian seberapa segera, jika tidak kita akan hadapi masalah yang lebih merumitkan dan rakyat lebih terbeban!

Sejauh mana kesedaran kau dan kau tentang perkara ini? Berfikirlah dengan kematangan yang kau miliki. Berfikirlah dengan kebijaksanaan yang kau ada. Berfikirlah dengan fakta-fakta yang boleh merembeskan akal logik kau demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Jika kau sudah berkahwin dan punyai anak, sudah tentu kau akan merasakan apa yang aku rasa. Ya masa depan anak-anak aku terancam.

Dunia mereka semakin gelap. Huru-hara dan peperangan pasti akan berlaku. Agama dipermainkan dan tiada pegangan. Negara musnah. Maruah tergadai.  Hidup merempat. Bukankah ianya memberi gambaran sebelum kau dan aku menyambut kemerdekaan!?

Sekarang bukan masanya untuk kita menyalahi sesiapa. Berfikir atas fikiran yang waras tanpa disulami perasaan dendam, marah, sedih dan kecewa, kau dan aku perlu memikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah ini.

Apa pendapat jujur dari kau semua? Aku tak nak kau bagi kesimpulan dari sikap prejudis terhadap sesuatu organisasi tetapi berilah pendapat yang jujur. Pendapat yang datangnya dari salah seorang rakyat Malaysia yang ada pendirian demi agama, negara dan bangsa.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

28 Responses to “Isu Sosial Negara, Bila Ketamakan Menjadi Pegangan”

  1. |1f34|-|1r3 kata :

    bagi aku tamak tuh sifat semula jadi manusia, mmg ko xleh pisahkan dari manusia. tp kita sbg manusia yg ada akal dan fikiran perlu tahu mengawal perasaan tamak kita.

    tamak boleh didefinasikan dalam pelbagai istilah. tamak dalam mencari harta benda, tamakkan kuasa, yang mana kita selalu dengar. tp kita juga boleh gunakan tamak dalam mencari ilmu pengetahuan dan tamak dalam membuat kebajikan.

    moga2 kita semua tamak ke arah kebaikan dan bukannya tamak ke arah yg memudaratkan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju dengan apa yang kau sampaikan. tapi isu yang aku tulis adalah tamak ke atas keburukan yang bisa memporak perandakan masyarakat kita.

    ini penting demi keselamatan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. kena fikir simbolik dari apa yang dah berlaku.

    nampak mudah tapi menyakitkan!

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    aku memang nak komen panjang lg…tp takut mengata atau menambahkan dosa kering seperti apa yg ko cakap tuh…member aku yg PTD ada cakap..salah satu drpd modul BTN yg dia dapat dulu bertajuk “Kenapa rasuah penting dalam pentadbiran”. Aku xnak komen lebih2..tp ko pikir2 la sendiri camana..sbb tuh la aku komen secara general..benda ni jadi sebab tamak…tuh jer..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    mungkin juga dikira sebagai strategi sesebuah organisasi. terpulang kepada pendirian masing-masing.

    klu semua orang dapat info yang sama dan percayai benda yang sama, mungkin tiada selisihan faham. info yang ada sungguh mengelirukan sbb itu rakyat mulai gusar kan!?

    [Balas Komen]

  2. negaraku.net kata :

    Isu Sosial Negara, Bila Ketamakan Menjadi Pegangan | MEGAT…

    Apa yang aku tulis pada hari ini bukan bermaksud untuk menghasut atau mencari kesalahan orang lain tetapi ada baiknya aku dan kau renungkan bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara…

  3. bunga kata :

    hurm.
    kalo nak kire bukan dlm UMNO je. Kat mesia nie semua bende mmg berkait dengan rasuah. xde rasuah mmg x sah. Contoh la kan. Segala projek2 kat Mesia nie kenapa x bole siap dlm 3 tahun? smp mase 3 tahun itu tak ckup la ini tak ckup la untuk tampung segala kos pembinaan yg konon2nya kata da naik harga. Tp hakikatnye ke mane duit tu pergi? Mmg tak nafikan kos naik tp bila mintak harga. sgt x relevan.

    Skang pula cite pasal Umno. Org yg selama ni kata jgn ambil rasuah pun huhu.. tah la nak tuduh bedosa. tp bila tgk keadaan Umno skang mungkin juga kenyataan dr Tun tu betul. Teringat lagu anak kecil main api. rindu sgt lagu nie.

    Anak kecil main api
    terbakar hatinya yang sepi
    air mata darah bercampur keringat
    bumi dipijak milik orang

    nenek moyang kaya raya
    tergadai seluruh harta benda
    akibat sengketa sesamalah kita
    cinta lenyap diarus zaman

    indahnya bumi kita ini
    warisan berkurun lamanya
    hasil mengalir ke tangan yang lain
    pribumi merintih sendiri

    masa depan sungguh kelam
    kan lenyap peristiwa semalam
    tertutuplah hati terkunci mati
    maruah peribadi dah hilang

    kini kita cuma tinggal kuasa
    yang akan menentukan bangsa
    bersatulah hati bersama berbakti
    pulih kembali harga diri

    kita sudah tiada masa
    majulah dengan gagah perkasa
    janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayukan gagah di Nusantara

    sori bro. bole plak taruk lirik kat sini. :D

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya lah susah nak cakap. cakap lelebih kang dosa kering lak. kita cuma nak elak perkara yang salah.

    wah dah lama tak dengar lagu tu. kena cari dan dengar kembali.

    [Balas Komen]

  4. shila kata :

    Salam En Megat,

    Entri tipikal yang selalu dimainkan rakyat masakini. Saya tak menyangkalnya dan saya rasa ianya fitrah manusia.Kita sebenarnya bercakap bukan dalam skop parti (kalau dilihat sedalamnya).Kita bercakap ttg realiti sikap sesetengah individu yang dipanggil manusia.
    Rasuah di musim pemilihan bahagian seperti yangs edang berlaku sekarang merupakan fenomena yang melalui perubahan drastik pada tahun ini (menurut kajian jabatan saya). Sebelum ini tidak pula pemilihan bahagian disulami dengan kegiatan tak bermoral ini (mungkin sedikit)
    Tapi ianya melibatkan pemilihan peringkat tertinggi juga (pada disember nanti).Ramai perwakilan yang masih sedar dan ‘kebal’ rasuah (Alhamdulillah..di Johor kes sebegini ditangani dengan bijaksana).Dan saya bercakap atas fakta je. Kerana bila kita membaca sesuatu kenyataan yang terlalu umum,sebenarnya kita perlu buat lebih kajian mengenai kebenarannya.Dan rata-ratanya calon yang mengamalkan rasuah ni akan dilapor pada Badan Perhubungan UMNO Malaysia dan sudah pun diambil tindakan.
    Saya rasa gen ‘melayu’ sekarang (spt rakan2 blogger)dah pandai menilai buruk baik sesuatu perkara kan? Begitulah juga melayu di luar sana.Mereka bergelut antara kepentingan diri dan anak cucu.Dan saya yakin melayu kita semakin bijak.Ada yang mencetus perlakuan rasuah ni.Tapi tak semua yang menerima rasuah.

    Saya katakan TIDAK pada rasuah.Tapi kadangkala mereka yang selalu menyebutnya yang akan menerima rasuah ini lebih-lebih lagi jika kehidupan memerlukan nilai ‘tunai’ yg berlebihan.
    Sama-sama kita mengubah kelemahan bangsa kita ni dan saya harap supaya fenomena sebegini tidak akan diteruskan pada musim pemilihan penggal depan.

    Selamat menjalani kehidupan :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam cik shila,

    terima kasih mengulas panjang. sedikit sebanyak kebenaran tentang sesuatu kejadian dapat dilihat dan diperjelaskan kepada pembaca. seperti yang saya katakan dalam entri tersebut ianya tidak melibatkan semua, mungkin sebahagian saja.

    berbeza dengan gejala rasuah dalam bidang lain. apabila ianya berlaku dalam politik ia seperti memberi kesan mendalam pula disebabkan perpecahan yang berlaku dari dalam organisasi itu sendiri (sesama sendiri).

    ya lah mungkin bila dah nampak nilai tunai, sesetengah orang mula gelap mata kena pula dalam nilai yang besar! dan kerana rakyat sudah bijaklah yang menjadikan mereka semakin keliru ibarat “ditelan mati mak, diluah mati bapa”.

    senyum selalu ;)

    [Balas Komen]

  5. myadlan kata :

    actually semua orang kene sedar hakikat yang harta, pangkat dan kemuliaan itu semuanya pinjaman dr Allah.

    ya mereka mmg bleh dpt apa yang mereka nk dgn apa cara sekalipun, tapi Allah itu Maha Kuasa dan Maha Adil, bila2 saja Dia boleh ambil balik apa yang mereka dapat. itu semua hal2 yang menguji keimanan seseorang.

    p/s - nmpk nya saiz gravatar sudah sama. cuma en. megat nye 35×35. sy 32×32. takpe2. saje sibuk tny.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tak dinafikan itu pandangan dari sisi agama. dan itu juga janji allah kepada kita sebagai makhluk ciptaannya dan menurut suruhan persuruhnya, rasulullah.

    tapi apa yg nak disampaikan disini ialah bagaimana kita sebagai rakyat nak hapuskan mereka yang bersikap tamak hingga menjejaskan sesebuah organisasi dan bebankan rakyat!?

    ps - mungkin kerana plugin yg dipasang. insyaallah akan diperbaiki lg. tq

    [Balas Komen]

  6. Extremist Thinker kata :

    letak tags malaysiakini leh masuk index dia org nie. hehe. leh la dpt hit 5-6 ratus. bese la. manusia mane xnk berkose. dulu zmn nabi, orang takot nk jd pemimpin takot dgn tanggungjawab. tp skang org ske nk jd pemimpin sbb yakin dpt bawak tanggungjawab.

    tapikan, kes kes kes… nak masuk politik semasa skit. seorang cakap pasal kroni xleh, seorang cakap pasal die xde kroni. kelakar la! lg nk bes, dulu2 gegar satu parti cakap zmn nabi pun askar islam ckit leh mng, tp yg nie xde plak nk ckp camtue. huhu. mmg rakyat kena kuda. jom lalok bro. layan kuda!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    idea gak tu, letak tag malaysiakini. aku nak test lor mat (ntah nak panggil ko apa eh?).

    nampaknya macam tu lah mat. aku ada contoh, member rapat (time sekolah). masa sekolah punya la takut nak pegang tanggungjawab tapi bila abis sekolah tup-tup jadi wakil pemuda. kaji selidik, eheh ada udang sebalik batu (projek dan kepentingan peribadi).

    ala apa yang mereka cakap pada tahun lepas tak sama dengan apa yang mereka katakan pada hari ini. setiap hari berbeza mengikut isu semasa juga.

    lalok lagi bagus eh mat. hu3.

    [Balas Komen]

  7. ezad kata :

    Bukan saja yang dah “Kahwin” dan ada “Anak” yang terancam,tapi yang belum kahwin ni lagi terancam hidup,hari-hari memikirkan apa jadi esok?esok?esok?..tindakan drastik dari pemikir bijak pandai Melayu harus dilakukan sekarang..turunkan Pemimpin Kayu..eh silap Kaku..dari takhta..

    Aku Sayang Agamaku,Aku Sayang Bangsaku,Aku Sayang Negaraku..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    klu kau sendiri yang perlu bertindak, apa langkah-langkah atau tindakan yang akan kau lakukan?

    amat berbeza mereka yang bertindak demi agama, bangsa dan negara berbaanding dengan hanya demi periuk nasi atau kepentingan sendiri. hu3.

    [Balas Komen]

  8. diya kata :

    “Dunia mereka semakin gelap. Huru-hara dan peperangan pasti akan berlaku. Agama dipermainkan dan tiada pegangan. Negara musnah. Maruah tergadai. Hidup merempat. Bukankah ianya memberi gambaran sebelum kau dan aku menyambut kemerdekaan!?”

    macamnya malaysia “nak” kembali ke masa sblm merdeka… nauzubillah.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sudah tentu jika tiada tindakan secara total yang dilakukan sama ada dari pihak organisasi dan kita sebagai rakyat!

    perasaan spt itu yg menakutkan. kembali dijajah dan ditindas. hu3.

    [Balas Komen]

  9. rohaizad kata :

    bagus entri ni megat.
    dan congrats jugak sebab dah maju setapak (announce kat mudah.com.my), moga bisnes bertambah maju! :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih zad.

    insyaallah. mudah-mudahan.

    ps - ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan kau. nnt aku email.

    [Balas Komen]

  10. aeropama dot com kata :

    bila makin besar kedudukan kita makin besar lak dugaan rasuah tu megat…

    ps: teringat kawan YB aku berkata “sejak aku jadi YB ni susah betul nak jumpa orang yg menegur. Yang byk mengampu je…”

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju syam. dianggap sbg life balancing kot. he3. tapi lagi besar dugaan yg kita dapat tempuhi, kita akan jadi semakin hebat bukan!?

    kawan ramai kan? tp kawan yang ada niat. he3.

    [Balas Komen]

  11. Extremist Thinker kata :

    gerun nye akoo ngan komen visitor ko nie. semua panjang panjang. ekeke. akoo selalu usha malaysiakini. pastu yg top blog tue. hari hari mesti ada je belog ntah ape ape yang naik dalam list dia. rajawang.net vs rajawang.com la. bila akoo chk balik, cehz… die letak malaysiakini dalam artikel ngan tags die. ape lagi. akoo belasah same la. mane la taw leh masuk dlm top blogs tue. haha. skang kan rmi orang ske politik bro. ape lagi. amek peluang sementara belog xbuat hal. hehe. sori ar komen pnjang xde kena mengena ngan artikel. lalallala.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    biasanya apabila kita berkongsi pendapatan terhasillah komen yang panjang camni mat (sape ntah nama ko ah!?) he3.

    bagus juga idea ko. habis la aku pun C&P idea ko he3.

    at least ada juga idea yg boleh di kongsi ;)

    [Balas Komen]

  12. KNizam kata :

    kita dah hidup dalam dunia yang caca merba sekarang neh kan. hehe :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    betul. dan itu juga yang membuatkan kita hidup semakin tertekan. bila hidup semakin menekan maka lagi ramai lah yang bakal huru hara. hu3.

    [Balas Komen]

  13. myadlan kata :

    sy sokong jugak. soal kontrak sosial ni..
    xtau la mcm mana dgn masa dpn negara kita.
    syg nya xsemua org dpt fikir btul2.. masih dikuasai emosi
    sekurang2nya blogger mcm kamu sudah memainkan peranan dlm menyampaikan kesedaran kpd pembaca2..
    syabas. sy masih blum mampu menulis mcm kamu. masih blum ckup matang utk bincang isu2 negara. :P

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    lakukannya demi agama, lakukan demi bangsa, lakukan demi negara tercinta dan lakukan demi generasi akan datang! lakukan bersama!

    insyaallah kesedaran akan sesuatu akan meningkat selaras dengan pengalaman dan usia.

    kadang-kadang minda dan emosi tidak blh dicampur adukkan. rasionalnya kita perlu fikir dari segala sudut.

    [Balas Komen]

  14. semutbesi kata :

    assalammualaikum,

    menarik topik ‘TAMAK’ ko nih untuk dibincangkan. Reply aku nih akan lebih menjurus kepada sebab rasuah.
    Seperti yang kita ketahui rasuah adalah sejenis penyakit kronik yang sememangnya sengaja dirancang untuk suatu tujuan/niat tertentu.

    aku nak balas entry ko dari secara umum sahaja, sbb kalau kita detailkan, mata kail pasti tersangkut dan sekali gus mencetuskan rasa panas dan tak puas hati.

    Point aku adalah berikut:

    1. Agama
    Seperti yg kita ketahui atau mungkin yg buat tak tahu, dalam ISLAM perbuatan rasuah adalah haram hukumnya. Sebab, mendorong kepada ketamakan dan akibatnya untuk satu jangka panjang.. korang pasti tahu yang penindasan akan berlaku.. aku suka quote “yang kaya semakin kaya, yang miskin makin kebulur”. Kita sendiri boleh pikir ayat tuh…

    2. Undang-Undang
    Negara kita ada badan yg bertanggung jawab untuk bertindak atas isu ini. Setakat ini, pegawai2 mereka melaksanakan dengan baik. Tapi masih belum tegas. Maksud ‘TEGAS’ ada kecacatan dari segi perlaksanaan yg mana ia tidak kepada keseluruhan tapi hanya yang segelintir.

    3. Individualistik
    Mmg kita patut mencari kemewahan, tapi bukan dengan cara salah. Sikap mementingkan diri tanpa memikirkan risiko secara umum enjadi penyebab kepada kehancuran organisasi dan masyarakat. Kesan bukan setahun ke dua tahun, tapi munkin puluhan tahun. Apa bila penyakit sudah tidak terkawal, usaha untuk membasmi/mencegah menjadi rumit. Bila disoal nanti baru kita tahu ia suatu rantaian yg besar.

    4. will be cont..

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.