Jangan Terlalu Taksub, Ubah Persepsi Kau!
Memang dah menjadi kebiasaan atau mungkin menjadi ikutan atau apa-apa sahaja dalam erti kata yang hampir sama maksudnya, apabila berlaku trajedi seperti dalam cerita pendek diatas pasti akan dikaitkan dengan kisah seram (huhu).
Psikologi dari generasi terdahulu yang sering menakut-nakutkan anak-anak atau budak-budak dengan kisah seram sehinggakan menjadi budaya dalam kehidupan orang kita.
“Jangan main kat tempat gelap tu, ada momok!”
Dialog seperti diatas banyak kedengaran apabila tidak membenarkan anak-anak bermain di satu kawasan yang agak kurang keselamatannya. Kau perasankah?
Kesannya akan tinggal pada kau yang sedia takut dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehingga ada yang terbawa sehingga dewasa. Aku tak nafikan perkara ini terjadi, memandangkan ramai antara rakan-rakan aku yang sebegitu.
Kesimpulannya mampukah kita mengubah warisan seperti itu dari terus menular kepada masyarakat melayu pada masa akan datang?
Technorati Tags: psikologi, renungan
September 29th, 2008 at 3:12 am
Ada baiknya apa yang disampai oleh generasi terdahulu .
jangan salahkan mereka , ini sememangnya realiti .
Mereka cuba nak kita berjaga-jaga agar tidak ditimpa masalah . itu saja .
*Bakar-bakar !
Entri terkini yang dikemaskini asx diblognya : Tak salah untuk rasa bersalah .
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 29th, 2008 at 3:33 am
yang mana baik, baiklah. aku maksud kepada yang tak baik.
terlalu sinonim, apabila anak-anak terjerat dalam budaya penakut.
ini akan lebih memburukkan keadaan, pemikiran mereka di sekat.
[Balas Komen]
September 29th, 2008 at 10:33 am
Jangan Terlalu Taksub, Ubah Persepsi Kau! | MEGAT…
Memang dah menjadi kebiasaan atau mungkin menjadi ikutan atau apa-apa sahaja dalam erti kata yang hampir sama maksudnya, apabila berlaku trajedi seperti dalam cerita pendek diatas pasti akan dikaitkan dengan kisah seram (huhu)….
September 29th, 2008 at 11:41 am
hahaha…. biasalah… itu yg dikata stereotyping…. akibat dari brainwashing…. hehhe
Entri terkini yang dikemaskini shaxx diblognya : PageRank Updated
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 29th, 2008 at 5:43 pm
tetapi kebenarannya orang yg dibayangi dengan kisah tersebut akan menyusahkan diri kita juga huhu.
aku bercakap atas asas dimana bini dan anak-anak aku penakut, aku nak kuar rumah sorang pun tak leh huhu.
[Balas Komen]
September 29th, 2008 at 4:43 pm
terpulang kepada ibu bapa nya.. bagaimana ibu bapa mencorakkan kain putih anaknya itu..
harap2 en. megat dapatlah melatih anak2 berfikiran terbuka, rasional dan islamik!
Entri terkini yang dikemaskini myadlan diblognya : Replacing bus tyre
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 29th, 2008 at 5:44 pm
insya allah, itulah perkara asas yang perlu diberi priority, ia tidak sukar jika diasuh sejak mereka kecil.
[Balas Komen]
September 30th, 2008 at 12:01 am
agaknya…budak-budak skang nie percaya lagi ke semua tue???hahaha.selamat hari raya bro.
Entri terkini yang dikemaskini paan diblognya : Google Page Rank.
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 30th, 2008 at 8:41 am
ada. masih ada lagi yang percaya eheh.
selamat hari raya ;)
[Balas Komen]
September 30th, 2008 at 2:21 am
btol2…org tua2 dulu cakap something pasal ada benda yg dia nak larang…tp part “Jangan main kat tempat gelap tu, ada momok!” aku xpernah dengar, maybe sebab bahasa asal kita lain kot…hehe
Entri terkini yang dikemaskini |1f34|-|1r3 diblognya : Freegan = Dumpster Diving
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 30th, 2008 at 8:42 am
atau mungkin kau tidak diberi pendekatan seperti itu, mungkin cara lain eheh.
apa pun contoh yang aku beri tetap memberi kesan, ia berlaku kepada orang persekitaran aku.
[Balas Komen]
September 30th, 2008 at 3:11 am
“Jangan main kat tempat gelap tu, ada momok!” dulu masa aku kecik-kecik memang nenek aku selalu cakap macam tu. kalau dah senja dekat nak maghrib lagilah pulak. nak turun tanah pun tak bagi.
Tapi sekarang aku tak pernah pulak cakap macam tu kat anak-anak aku. Tapi aku lebih mengingatkan kepada perkara yang realiti ( pada pendapat akulah…)
“Jangan kekedai sorang-sorang, takut kena culik”
“Mak, ayah nak keluar sekejab, kunci grill, jangan keluar rumah”
“Jangan mani mancis, takut nanti rumah terbakar”
Dan macam-macam pesan yang aku beri pada anak, tapi anak sekarang tak macam masa aku kecik-kecik dulu….. Kepatuhan dan ketaatan tu dah semakin longgar….
Sebab tu Dr Mohd Fadzilah Kamsah kata kalau nak cakap dengan anak kena ulang 80 kali, tapi kalau kita ulang-ulang, anak kata kita membebel…
Entri terkini yang dikemaskini ardzham diblognya : Selesai Sudah
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 30th, 2008 at 8:46 am
ya, realiti yang berlaku pada zaman kita dulu dan kesan yang berlaku kpd orang yang ditakuti pada zaman itulah yang membuatkan mereka mengulangnya kepada anak-anak mereka.
pendekatan psikologi yang digunakan kini memang berbeza. yang peritnya bebudak skang ni x mcm bebudak dulu. mereka susah nak dengar cakap.
ada kebenarannya apa yg DR katakan kan? :)
[Balas Komen]
October 8th, 2008 at 6:48 pm
hahahhaha ni momok sudah datang…
pd aku benda ni ada rasionalnya.. bukan nk takotkan dak2 pun… yelah dlu pun bkn ada lampu kang ko main dlm gelap jatuh dlm perigi ker .. hmmm susah gak..
cuma skrg ni apply dgn keadaan semasa agar tidak lari dr batasan.
Entri terkini yang dikemaskini cmomoc diblognya : Bob’s Homestay Resort
[Balas Komen]