Jika Aku Pemimpin Malaysia
Kali ini aku menulis sebagai menyahut seruan dari peraduan yang dianjurkan oleh saudara Azammudin. Anjuran tersebut telah di war-warkan pelancarannya di blog beliau.
Aku menyahut cabaran ini kerana ada ianya ada kena mengena dengan prinsip kepimpinan yang aku telah lalui sama ada dalam komuniti dan pekerjaan. Tanggungjawab yang telah diberikan telah aku jalankan sebaik mungkin.
Cuma kali ini aku bersuara sebagai pemimpin dalam skop yang lebih besar iaitu sebagai pemimpin negara kita iaitu Malaysia. Aku tahu untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin negara bukannya mudah tetapi perlukan prinsip dan jati diri yang kuat supaya tidak mudah kalah dengan anasir-anasir yang sentiasa tidak senang hati dan buruk sangka. Sudah tentu Tun Mahathir adalah idola dan contoh kepimpinan yang aku minati.
Jika aku pemimpim malaysia, aku akan menerapkan beberapa perkara yang bakal menjadikan malaysia negara yang maju dan keluar dari cengkaman penjajahan secara total. Prinsip-prinsip dan visi-visi yang bakal aku terapkan akan aku sampaikan melalui penulisan blog aku sendiri secara peribadi. Antaranya ialah :
Kaji semula kekuatan ekonomi negara. Ekonomi negara pula menjadi tulang belakang dan perlu diberi keutamaan dari segi kekuatan bajet dan perbelanjaan negara. Prospek dan khazanah negara perlu dititikberatkan demi menjana ekonomi yang lebih stabil dan demi pembangunan yang lebih terurus serta diawasi penguatkuasaannya supaya tidak berlaku pembaziran.
Memperkuatkan institusi keagamaan. Sebagai negara yang agama rasminya adalah islam, aku perlu perkuatkan institusi ini sebelum visi-visi lain. Institusi tersebut aku jadikan sebagai rujukan utama untuk menjadikan petunjuk demi menegakkan syiar islam dan sahsiah insan yang lebih sempurna. Perlu diperalusi undang-undang islam dalam undang-undang negara.
Hapuskan korupsi yang berleluasa. Gejala tersebut perlu dihapuskan secara menyeluruh kerana sebagai pemimpin aku tidak mahu masyarakat memandang rendah kreadibiliti seseorang pemimpin. Gejala ini merupakan punca utama sesebuah negara boleh lumpuh! Jika gejala ini dapat dihapuskan dan diberi keutamaan dalam pencegahan, insyaallah perkara menjadi mudah untuk dilaksanakan supaya tiada ketirisan dalam pentadbiran negara.
Perluaskan visi modal insan. Masyarakat juga memainkan peranan demi menjadikan negara yang lebih berwibawa dan aman damai. Aku perlu bertindak menyelamatkan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi demi mencapai modal insan yang cemerlang. Perlu diingatkan kebanyakkan gejala sosial berlaku kepada golongan muda yang bakal menjadi perintis kepada kepimpinan negara. Visi modal insan perlu disempurnakan sepenuhnya dari rumah dimana perlu dititikberatkan ‘kasih sayang keluarga’. Visi ini juga akan terus diperjuangkan di institusi pendidikan dan diterapkan beberapa etika sebagai insan yang sempurna dan lebih kreatif dalam menjalani kehidupan yang selesa.
Penguatkuasaan ke atas badan penguatkuasa. Demi mencapai kesempurnaan dalam kesejahteraan, keselamatan negara dan rakyatnya, aku dengan tegas perlu menumpukan penguatkuasaan oleh badan-badan pernguatkuasa. Perlu lebih diperincikan keanggotaan penguatkuasa untuk mencapai matlamat negara yang dapat mengurangkan aktiviti jenayah. Ini perlu diambil kira dan diberi keutamaan kerana ianya melibatkan keselesaan rakyat yang berada di negara sendiri.
Visi-visi yang aku sampaikan ialah yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum merungkai visi-visi lain dalam pentadbiran negara. Tugas seperti bukan mudah jika tidak dapat sokongan majoriti dari rakyat dan pemimpin-pemimpin dari organisasi aku. Insya allah jika ianya diperhalusi dan diberi kepercayaan, ianya tidak mustahil aku mampu menjadikan negara tercinta ini sebagai negara yang penuh dengan kasih sayang dan terjana ekonominya. Merdeka! Merdeka! merdeka!
Technorati Tags: visi, wawasan, malaysia, megat, tun mahathir, pemimpin, ekonomi, korupsi, agama
August 17th, 2008 at 6:12 am
Lepas tu dah jadi pemimpin, ko pun dah tak sempat nak update blog ni lagi… :(
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 6:18 am
insyaallah perkara utama yang aku perlu selesaikan ialah menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan cara menulis di blog!
zaman sekarang semakin mudah. penyampaian sesuatu ucapan dan idea boleh dilakukan hanya dihujung jari. he3.
[Balas Komen]
ImamKhalid Reply:
August 17th, 2008 at 6:23 am
Lepas bersara bolehla nak tulis blog, macam chedet. pastu ribu2 lemon orang mengomen he3…
P/s: Cepatnya balas, ko kat ner? Pagi2 buta duk depan PC dah ker?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 6:29 am
aku rasa sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan melakukan kerja demi rakyat, masa tetap ada. kriteria seperti ini yang perlu dimiliki oleh pemimpin kan!?
ps - aku sedang siapkan beberapa projek offline. masih blom tido. mungkin selepas menunaikan solat subuh.
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 11:08 am
Bagi saya pemimpin tak semstinya duduk di atas.Setiap org yang mampu menyuarakan benda positif dan boleh merubah keadaan dari buruk kepada baik,maka saya anggap org itu pemimpin…
Dan dalam isu sebegini,sesiapa saja mampu memberi buah fikiran dan cadangan.Bagi saya semua cadangan En Megat amat berguna kepada ‘pemimpin’ sekarang khususnya untuk merombak corak pemerintahan yang sedia ada.
Sebagai rakyat,kita berhak bersuara dan mencadangkan pelbagai perkara.Tidak semestinya yang duduk di atas tu mampu memimpin dengan baik dan tak semstinya juga mereka yang menyebabkan kemusnahan bangsa dan negara secara total…
Kita harus belajar memberi dan menerima..dan saya rasa bersyukur kerana kita masih punya ramai blogger yang sayangkan Malaysia ini dengan mengeluarkan pendapat masing-masing untuk membina negara dengan lebih maju ….
Semoga berjaya! :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 2:05 pm
rasanya ramai yang ingin bersuara dan meluahkan apa yang mereka inginkan kepada pemimpin walau pun telah diwar-warkan beberapa kemudahan saluran tertentu.
tetapi semakin saluran untuk rakyat diwujudkan makin jauh pula hubungan pemimpin dan rakyatnya.
dan menjadi pemimpin bukan perkara yang mudah. pemimpin perlu bersama rakyat dn rkyt perlu bersama pemimpin.
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 11:43 am
post yg menarik sempena merdeka :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 2:06 pm
terima kasih dan untuk peraduan juga. he3.
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 3:03 pm
setiap manusia adalah pemimpin. memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 9:12 pm
setuju. semuny bermula dari rumah!
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 3:53 pm
xda maknanya tips diatas, haha…
belum naik jadi pak menteri bolehlah kata macam2, tapi kalau dah naik tengok duit, ppuan, pangkat da jadi kelabu mata.
sama2lah berpesan sesama sendiri, semoga kita dijauhi apa yang xbaik… peace
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 9:15 pm
mungkin juga sebab aku x pernah jadi pemimpin negara. he3.
aku boleh berkata impian atau peranan sebagai seorang pemimpin. realitinya banyak perkara yang perlu ditempuh.
aku fikir pemimpin yang ada sekarang pun niat asalnya mungkin seperti diatas tapi setelah diberi mandat oleh rakyat, lain pula jadinya.
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 6:15 pm
wah! saingan yang cukup mantap..:-)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 9:16 pm
saingan!? he3.
anggap sajalah kita menjalankan peranan masing-masing dalam mencapai hasrat sebagai seorang rakyat yang sayangkan negara tercinta. ha3.
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 6:57 pm
visi untuk negara malaysia. memang kena ada visi yang tersendiri untuk bersaing dengan negara-negara luar sana…. all the best…
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 9:17 pm
sebagai seorang pemimpin sudah pasti kita nak yang terbaik seperti mana mereka janjikan macam-macam ketika berkempen. he3.
kita sebagai rakyatlah yang sepatutnya menentukannya!
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 9:57 pm
haha..kalo anwar jadi pm, dia ler pm pertama ngan blog..haha
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 10:38 pm
betul juga eh. he3.
mereka sedar akan kekuatan blog
[Balas Komen]
August 17th, 2008 at 10:43 pm
aku tanak jadi PM. Aku nak jadi rakyat jelata yang tiada masalah dengan kewangan..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 17th, 2008 at 10:50 pm
sama la aku pong. he3.
sebab sampai skang aku x jadi pemimpin negara. ha3. jadi pemimpin komuniti dah tak menang tangan dan sakit kepala. hu3.
[Balas Komen]
August 18th, 2008 at 1:11 am
salam ziarah…
Semoga menjadi kenyataan… masalah leadership dah kronik
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 18th, 2008 at 1:20 am
salam. hu3. nak jadi kenyataan rasanya dah tak sempat. masa aku sibuk mencari identiti aku pernah lah join pemuda tapi amat sukar jika tiada sumber.
kalau nak jadi pemimpin kena la mula dari muda-muda. he3
[Balas Komen]
August 18th, 2008 at 11:57 am
[...] , Syam , Megat , Topo , [...]
August 19th, 2008 at 7:27 am
wah.. kamu ni sangat berwawasan. bagus2..
lepas ni bleh la berusaha utk bertanding dlm pilihan raya..
duit kn banyak wat bisnes tenet ni.. huhu
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:33 am
kepimpinan memang sudah wujud dalam setiap individu yang kadang-kadang kita tidak mahu kaji ke atas diri sendiri.
tidak lah sampai masuk bertanding. he3. klu duit dah banyak lagi la tak mahu bertanding, baik dok umah goyang kaki. hu3.
[Balas Komen]
August 19th, 2008 at 10:16 pm
[...] kata MEGAT PEMIMPIN perlu ada beberapa kriteria seorang pemimpin seperti mana yang MEGAT cerita dalam [...]