Kaum Hawa Sungguh Istimewa, Hargailah

Istimewa sungguh kaum hawa ni. Masakan tidak, kau boleh renungkan artikel ini di blog saudara Rohaizad. Ditujukan khas untuk kaum adam yang terdiri daripada lelaki, suami, abang dan adik lelaki.

Apa yang dinyatakan disana bukan semata-mata cerita dongeng tetapi itulah kebenarannya.

Aku perlu akui disini mereka begitu rajin menjalani rutin harian mereka. Membasuh, mengemas, menyusu anak, memasak dan macam-macam lagi. Dari mana mereka mendapat tenaga mereka walaupun mereka juga bekerja!?

Dalam dunia yang semakin maju ini, aku semakin takut apabila melihat kaum hawa di jadikan mangsa kepada kaum adam yang tidak bertanggungjawab. Sudah banyak kisah-kisah benar yang kita dengar sejak kebelakangan ini yang melibatkan penganiayaan kepada kaum tersebut. Bukankah aku dan kau (kaum adam) sepatutnya mempertahankan maruah dan melindungi kaum hawa!?

Imbas kembali, fikirkan sejenak. Apakah kaum hawa yang merupakan keturunan dari ibu kau telah lakukan untuk membesarkan kau? Apakah kau sanggup mengkhianati kaum sejenis ibu kau?

Janganlah kau terlalu bongkak! Kau perlu tahu yang kau keluar dari perut kaum hawa. Dan dalam agama kita (islam) sendiri meletakkan kaum hawa ditangga paling atas.

Kesimpulannya, hargailah kaum ini (hawa) kerana tanpa tangisan mereka mendoakan kesejahteraan kau (kaum adam), kau tidak akan dapat seperti yang kau ingin miliki sekarang. Tanpa mereka siapalah kau dan aku!

Muat turun lagu Sampai Syurga - Faizal Tahir.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

14 Responses to “Kaum Hawa Sungguh Istimewa, Hargailah”

  1. negaraku.net kata :

    Kaum Hawa Sungguh Istimewa, Hargailah — MEGAT…

    Istimewa sungguh kaum hawa ni. Masakan tidak, kau boleh renungkan artikel ini di blog saudara Rohaizad. Ditujukan khas untuk kaum adam yang terdiri daripada lelaki, suami, abang dan adik lelaki….

  2. Kujie kata :

    ingat tidak kata seorg menteri, dr 10′000 blogger yang menganggur, 8,000 adalah wanita.

    saya suri rumah , bukan penggangur dan berbangga kerana menjadi wanita, isteri, kakak, ibu dan anak

    [Balas Komen]

  3. farahaznil kata :

    wah..bgs betul entry ni..hehehe..hmm namun kaum hawa masih tidak dihargai..tanpa mrk sape nak iron baju..kemas rmh..msk n mcm2 lg la..huhuu..sdih2..cuba byngkan klu 1 hr nnt bini xde kat rmh…mst tunggang langgang…mcm kapal pecah agaknya rmh..hahaha

    [Balas Komen]

  4. Mohd Hafifi kata :

    seperti komen aku kat blog Rohaizad, wanita ni sgt2 kita perlukan. Kita ni kan saling perlu antara satu sama lain.

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    kujie - benar, kau harus berasa bangga atas status surirumah bkn kerana penganggur. tanggungjawab di rumah lebih dari segala-galanya.

    farahaznil - setuju. kena pula lelaki yang mmg tak ambil tahu dimana letak pakai pakaiannya sendiri eheh

    mohd hafifi - saling perlu sama lain, mmg betul. tapi wanita lagi tinggi martabatnya. ingat mereka yang melahirkan kita ke dunia ini. kesakitan itulah yang perlu diberi penekanan.

    [Balas Komen]

  6. rohaizad kata :

    megat, thanks sebab ko pun suka dengan entri ini. dan terima kasih juga kerana memperpanjang lagi kesedaran mengenai siapa wanita itu di sisi lelaki.

    anyway, aku dok kat Kg Melayu.

    [Balas Komen]

  7. Megat kata :

    rohaizad - insyaallah zad, perkara baik kita panjangkan. mungkin sedikit sebanyak penulis mcm kita akan menyedarkan masyarakat akan kepentingan ini.

    ok, nnt cari ruang utk berjumpa ko ;)

    [Balas Komen]

  8. adi kata :

    wanita ni lebih tabah drp laki dlm hal2 tertentu tp tidak setabah laki dr segi emosi :)

    [Balas Komen]

  9. Megat kata :

    adi - mengikut doktor yg merawat aku, kaum wanita 10 kali ganda tahan tekanan dari kaum lelaki

    [Balas Komen]

  10. snria kata :

    saya alami jd mangsa pd lelaki yang x bertaggjwb ni tapi hatinya dah keras batu…

    sekalipn pnh su nasihatkn tentang kaun hawa sama dgn ibunya…dia tetap x berubah n berhnti dr merosakkan masa depan kaum hawa ni
    tapi cukup marah kalau ank n is3nyer diganggu..

    su kdg mkn x faham apa yang mrk nk sebenarnya…

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    suria - seolah ada sesuatu yang tak kena dengannya. mungkin suatu hari nanti dia akan sedar apabila buku bertemu ruas. memang wujud lelaki yang lebih buruk dari itu.

    [Balas Komen]

  12. KNizam kata :

    cantik rose tuh. hehe :)

    [Balas Komen]

  13. Megat kata :

    knizam - cantikkan eheh. apa yang kau bayangkan!?

    [Balas Komen]

  14. zamz kata :

    takde ke org nak buat artikel..lelaki sungguh berharga plak hehehe

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.