Kehidupan : Hipokrit

Terlalu taksub dengan kebendaan dan harta duniawi sehingga lupa akan asal usul dan perintah-NYA. Itulah hakikat yang kau perlu terima dalam dunia sekarang. Kau boleh katakan apa sahaja berkenaan dengan kehidupan dan bagaimana kau menjalani sebuah kehidupan yang kau cipta sendiri. Akan tetapi hakikat sebenar kau tidak mampu tempuhinya dan seolah-olah kau hidup dalam bayangan kau sendiri.

Ianya benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian, dimana setelah kau mengecapi saat kemenangan, berjawatan besar, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Atas usaha dan kerja keras kau dapat capai sesuatu kejayaan dan dengan harapan kau terus capai matlamat yang diidamkan dan terus berharap ia kekal sehingga akhir hayat.

Jika kau tidak melakukan kesilapan dalam kehidupan kau sendiri atau kau tahu bersyukur mungkin ianya dapat kekal serta dirahmati sehingga akhir hayat kau. Tetapi yang aku sibuk katakan disini adalah bagi kau yang senang lupa daratan dan dimana kau pernah berpijak.

Sudahlah kau tidak menghargai bantuan yang telah kau dapat, malah kau menghina mereka. Entah-entah kau juga tidak pernah bersyukur dengan apa yang sudah kau miliki. Kau perlu ingat bahawa kau tidak akan selama-lamanya selesa jika kau terus bersikap demikian!

Nasihat percuma aku kepada jenis manusia macam kau, ingat kehidupan ini seperti pusingan roda. Kadang-kadang kau berada di atas dan kadang-kadang kau berada di bawah. Harapan aku semoga kau tidak berada di bawah kerana orang macam kau tidak akan boleh terima kenyataan itu kelak!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

8 Responses to “Kehidupan : Hipokrit”

  1. shila kata :

    Hmmm….dalam hidup ,tak siapa dapat duga masa depan.Mungkin hari ni kita senang dan lupa org yg memerlukan.Tetapi mungkin esok giliran kita pula untuk merasa getirnya…

    Oleh itu kena harus beringat..syukuri apa yg ada sebelum kita kehilangannya!

    [Balas Komen]

  2. syam kata :

    terkesan bila membaca entri ini. akan jadi pedoman kepada aku nanti…

    ps: takut lupa diri bile berada di atas. semoga di jauhkan… amin

    [Balas Komen]

  3. Uncle G kata :

    banyak maksud tersirat nie bro…

    erkh… lawo gambo.. camne buat?

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    shila - tentu cik shila banyak pengalaman kan!? komen dari cik shila seolah datang dari pengalaman dalam hidup.

    syam - insya allah kita saling ingat mengingati diri masing-masing syam.

    uncle g - yer ker? nampak berselirat tak!? ekeke. nnt aku bagi link ;)

    [Balas Komen]

  5. Noranizam Hj Demin kata :

    berpijak pada bumi yg nyata.

    dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

    hipokrit ni kekadang kita sendiri xsedar org lain yg sedar. by predictions, selalu aku betul tp yelah buat apa nk sibuk. aku prefer jaga periuk nasi sendiri sbb nasi dlm periuk aku tu aku yg isi, aku yg masak, kalo kosong xde org lain pun yg nk amek tahu. so kita manusia, kalo org lain boleh tegur boleh nasihat kita tu bermakna kita disayangi.

    adiouss! :P

    [Balas Komen]

  6. Megat kata :

    momok - betul aku setuju. selagi kita boleh tegur kita tegur. klu dah tak boleh tu nak buat macam mana kan? amigos :p

    [Balas Komen]

  7. titan kata :

    yap. semua orang hipokrit sebenarnya. cuma kita tak perasan je..

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    titan - setuju. tapi hipokrit atas kebaikan xpe.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.