Kekurangan Imunisasi Dan Stress

Apa yang pasti aku sedang dalam kesakitan, dimana tindakbalas kimia dalam badan aku tidak sama dengan tindakbalas luar badan aku. Badan aku mengalami infeksi bengkak-bengkak dan tanda-tanda merah (ruam-ruam) di muka, mulut, tangan dan kaki dan yang paling tidak dapat aku tahan tekak aku luka!?

Bermula pada isnin, aku tak dapat bangun walhal mahu mengangkat kepala sekali pun. Badan aku seperti ditindih barang yang berat berikutan kaki aku yang kebas, belakang aku yang tak boleh nak sokong kedudukan aku untuk mengangkat bahagian atas dan kepala aku yang terlalu pening sehinggakan aku tak boleh berfikir walaupun fikirkan “bangun”. Aku terus tumbang sampai ke petang, nak pegi klinik pun tak berdaya.

Selasa, aku gagahkan diri untuk sampai ke tempat kerja. Aku bimbang kerana kerja yang ditanggungjawabkan ke atas aku memang selama ini tiada pengganti kalau aku sedang bercuti atau cuti sakit. Tengahari, badan mula goyah, aku tak bisa berdiri lama dan badan aku berpeluh. Memula aku fikir peluh demam nak baik tapi andaian aku salah, aku perasan bintik-bintik merah mulai tumbuh ditangan dan kaki.

Kelmarin aku tak dapat tidur kerana aku rasakan badan aku semakin kurang imunisasi dan aku semakin rebah dan alami demam teruk. Seluruh badan aku semakin teruk diserang bintik-bintik merah (ruam), dan ia menyakitkan, hinggakan aku hendak pegang sesuatu pun tak boleh dan kaki nak pijak lantai pun tak boleh. Aku kuatkan semangat untuk berjumpa doktor supaya dapat deklarasi penyakit aku. Aku paksa pijak kelantai walaupun sakit teramat sangat sampai senak di abdoman aku dek kerana menahan kesakitan di tapak kaki.

Selepas sedikit sesi soal jawab dengan doktor di salah sebuah klnik sekitar tempat tinggal aku di Taman Cahaya Masai, doktor mengatakan aku mengalami infeksi kerana aku kurang daya tahan badan kerana badan terlalu penat dan tertekan. Langsung doktor bagi beri rehat 2 hari.

Hari ini, alhamdulillah tak sia-sia aku jumpa doktor. Tanda-tanda infeksi di badan aku semakin berkurangan.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

12 Responses to “Kekurangan Imunisasi Dan Stress”

  1. Mazudi kata :

    Loo… Tu la. Len kali kalau dah terasa tak sehat terus jer jumpa doktor. Kerja, kerja juga, kesihatan kena utamakan.
    Dah recover balik dah ke ni.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Kerja aku susah nak tinggal kerana tiada pengganti dan aku di MMHE adalah IT Outsourcing

    [Balas Komen]

  2. AfzaiAfandi kata :

    Banyak hikmahnya pabila sakit ni…selain drpd cuti rehat kekadang banyak idea time sakit ni :)

    Semoga cepat sembuh…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih afandi!

    betul juga apa yang ko kata ehehe. dapat juga aku release tension aku

    [Balas Komen]

  3. Azhar Ahmad kata :

    Yang paling penting en megat, en megat lagi bertuah dari saya.

    Saya sakit, pening, bengkak kaki sampai takleh jalan, muntah-muntah, mabuk ubat, and so on, tak ada orang nak jaga. Tak ada orang nak tengokkan. Hanya mak dan abah je, telefon, kata kesian.. Tiada orang lain en megat.

    En megat, ada suri yang mampu menolong…

    Ohhh, sedihnya hidup ini…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku faham maksudmu en azhar.

    memang benar apa yang di kata dan aku tidak menafikannya. dan waktu sebegini lah dapat menguji tahap kesabaran dan kasih sayang sesuatu hubungan.

    [Balas Komen]

  4. am kata :

    owh… kalau jadi camtu sebab badan terlalu penat ker… ingat terkena alahan ke… well… get well soon…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku akan update! thanks am

    [Balas Komen]

  5. Uji Darah | MEGAT DOT NET kata :

    [...] Lantaran itu aku melihat kesan-kesan dari sakit di tangan dan kaki, ternyata ia masih belum sembuh. [...]

  6. Tekanan Hidup | MEGAT DOT NET kata :

    [...] aku makin berlambak dan ia melibatkan orang lain dalam project group. Yang buatkan aku bertambah bengkek dan stress, apabila kerja yang ditugaskan kepada mereka tidak dapat disiapkan pada waktunya dan secara tak [...]

  7. faizah kata :

    aku pernah rasa stress sampai sekarang. sekarang aku bergantung pada ubat je. aku cuba buat macam2 tapi stress aku tak hilang.aku jadi makin penat dan sakit.g jumpa dr dah, ustaz dah, aku tak tahu nak wat pa lagi

    [Balas Komen]

  8. Rentetan Peristiwa, Sakit Misteri Yang Aku Alami | MEGAT kata :

    [...] Kekurangan Imunisasi Dan Stress. [...]

Tinggalkan Komen.