Kemaskini Laju, Berubat Dan Bisnes

Maaf aku rasa macam tak sempat pula nak kemaskini blog aku. Tapi jiwa tak tenang bila tinggalkan teman setia aku ini (blog) keseorangan!

Lanjutan Rawatan Perubatan Alternatif

Seperti yang rakan-rakan sedia maklum aku telah menjalani rawatan alternatif di Benut. Alhamdulillah dengan izin Allah, sakit dalaman yang aku alami semakin menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh. Sekarang ini cuma tinggal untuk memulihkan sakit luka.

Hari ini aku dibawa berjumpa Kak Lin dan sekali lagi menerima rawatan yang sama dan bakal menerima rawatan lanjutan pembedahan secara ghaib pada 23hb malam. Aku tak nak komen panjang mengenainya, harapan aku hanyalah untuk cepat sembuh dan dapat jalani kehidupan lebih sempurna.

Doakan kesejahteraan aku. Terima kasih.

Bisnes Yang Semakin Membuahkan Hasil

Benarlah kata orang, kalau kita tak mulakan langkah pertama sampai bila pun kita tidak akan tahu kebolehan kita dan rezeki kita.

Mungkin sebelum aku jatuh sakit, aku sibuk dengan kerja makan gaji yang sentiasa bekerja di bawah tekanan yang tinggi untuk mendapatkan bisnes untuk syarikat. Dah la tu disebabkan aku bercuti sakit panjang, semudah itu pula aku di nasihatkan berhenti kerja. Aku terima hakikat ini.

Mungkin hikmahnya aku dah nampak kini. Aku banyak masa terluang sementara nak tunggu sakit aku betul-betul pulih. Aku dapat menajamkan semula kemahiran aku dalam pembinaan laman web!

Untuk pengetahuan kau, aku belajar dalam bidang pengaturcaraan (programming) dan aku punyai asas dalam bahasa komputer (computer languanges) dan bahasa web (web languanges). Cuma rezeki aku di tanah air sendiri lebih kepada bidang teknikal. Hebatnya disini aku menawan kedua-dua bidang yang dianggap terpenting pada masa kini. Alhamdulillah.

Aku juga pernah bersama seorang rakan niaga membuka kedai komputer yang lebih kepada jenis perniagaan kafe siber dan teknikal komputer. Seronoknya aku dapat beberapa projek di teknikal di sekolah dan beberapa pejabat kerajaan di Kota Tinggi. Tapi kurang sokongan modal disebabkan rakan niaga yang kurang jujur maka aku terpaksa bungkus perniagaan tersebut.

Kini aku cuba bidang baru, bidang yang telah lama aku minati iaitu pembangunan web. Alhamdulillah dalam beberapa minggu ini aku dapat beberapa projek dari orang perseorangan dan syarikat yang memerlukan perkhidmatan aku. Insyaallah aku akan cuba sedaya upaya aku untuk bangunkan perniagaan ini.

Tiada apa yang lebih bermakna selain dari doa kejayaan dari kalian!

Technorati Tags: , , , , , , buat duit,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

35 Responses to “Kemaskini Laju, Berubat Dan Bisnes”

  1. |1f34|-|1r3 kata :

    alhamdulillah…bagus2..semoga ko berjaya..aku pon bercita2 nak ada bisnes sendiri gak..tp tuh la..bila makan gaji ni payah lak nak wat part time…time blaja dulu aku byk masa nak repair PC, wat network n segala2 benda pasal komputer, tp bila dh makan gaji ni..forum jer la tempat aku menyumbangkan ilmu aku ni…hehe

    juga semoga cepat sembuh !!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah. ini semua doa dari kau orang semua termasuk kau.

    insyaallah jika ada usaha kearah bisnes, semua akan dapat rezeki ke arah itu. cuma sama ada kita berani dan cukup sedia atai tidak.

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    haha..aku mmg berani..tp tuh la..xde keberanian 100% nk tinggal benda yg aku ada skang ni..lgpon aku ingat nak cari pengalaman dulu sket lg..blogging ni kira side income gak la..harap2 nyer berjaya la

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    jangan terus tinggalkan komitmen yang ada skang ni 100%. kaji dan pertingkatkan keyakinan!

    insyaallah segala apa yang kita lakukan dengan ikhlas dan diberkati, hasil nya amat memberangsangkan.

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    wokes..aku akan ingat pesanan ko ni..semoga ko berjaya dan dimurahkan rezeki !!

    [Balas Komen]

  2. negaraku.net kata :

    Kemaskini Laju, Berubat Dan Bisnes | MEGAT…

    Maaf aku rasa macam tak sempat pula nak kemaskini blog aku. Tapi jiwa tak tenang bila tinggalkan teman setia aku ini (blog) keseorangan!…

  3. KNizam kata :

    perghhhhh jadik web developer plak ek. good luck bro !

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih zam. insyaallah permulaan yang perlahan dahulu. aku dah kira amik langkah drastik dan berani.

    klu dok asyik tunggu, bila nak maju tul tak? alhamdulillah hasil gamble aku, aku dah dapat 3 job dlm masa 3 hari!

    [Balas Komen]

  4. taukey kata :

    good luck bro. nampaknya jalan telah ditunjukkan. sekarang tinggal nak usaha sahaja lagi. tahniah dan semoga bertambah rezeki serta kesihatan makin bertambah baik.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah aku cuba sedaya upaya usaha kearah kejayaan. lagi pun dalam keadaan aku skang tak banyak yang aku boleh lakukan kecuali buat keje dari rumah.

    terima kasih bagi aku galakan. insyaallah sakit aku beransur pulih.

    [Balas Komen]

  5. adi kata :

    sakit ape? mcm serius je. hrp2 cepat sembuh.
    keje mkn gaji mmg tertekan huhu. lg2 kalau dpt projek berpuluh2 ribu income, tp gajinya ciput x setimpal dgn keringat. lg sakit bila kelebihan kita digunakan secara percuma

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tau takpe. pengalaman aku gaji besar, keje makin tertekan dan gaji tak setimpal! yang kaya sykt tu. hu3.

    baik amik inisiatif utk diri sendiri. keuntungan yg dapat dari hasil usaha sendiri.

    rajin, byk la dpt. malas, sendiri mau ingat tul tak?

    [Balas Komen]

  6. acai kata :

    Alhamdulillah bro, semuanya bertambah baik..benarlah kata org Allah nak beri nikmat kepada seseorang tu kekadang mmg diberikan ujian terlebih dahulu..sama ada kita sabar or makin jauh dariNya..aku gembira ko bertambah baik dan rezeki semakin bertambah..

    ~aku dah delete blog..:P

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah acai. benar apa yang kau katakan. ujian sebegini yang membuatkan kesedaran dan keinsafan semakin bertambah.

    terima kasih acai.

    ps - kenapa delete? kau kan popular?

    [Balas Komen]

  7. Fahmishah kata :

    jgn lupe open table nanti.haha aku doakan ko berjaya

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah. terima kasih shah!

    [Balas Komen]

  8. shila kata :

    Salam En Megat..

    Gembira saya dengan perkembangan kesihatan En Megat…tak rugi berusaha dan bertawakal..saya harap tak lama lagi En Megat sembuh sepenuhnya,InsyAllah…

    Tahniah kerana dapat menguasai bidang pembinaan web.Mungkin masa yang terluang ini membuatkan En Megat terbuka hati dan usaha untuk medalami lagi bidang ini yang amat diminati…so..keep up the good work!

    Bila kita ditimpa musibah,bukan putus asa jalannya,
    Bila kita diuji jangan sesekali rasa kecewa,
    Keyakinan perlu ada..
    Harusnya ia menjadi pegangan kita hingga bila-bila…

    Selamat sembuh…dan selamat menjalani kehidupan :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam cik shila,

    mungkin kekecewaan dan tekanan yang melampau menjadikan saya lebih banyak berfikir tentang bagaimana membina kehidupan dan menjadi seorang yg berani dan gamble.

    kesedarannya mungkin berasaskan kepada kita tidak sentiasa berada diatas dan kena sentiasa bersiap sedia untuk menerima perubahan.

    psikologi kemanusiaan mainkan peranan iaitu penguasaan minda dan emosi. insyaallah jika selalu berfikir dan bersikap positif, kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul.

    terima kasih cik shila, awak juga memainkan peranan dalam usaha memulihkan semangat saya.

    senyum selalu! :)

    [Balas Komen]

  9. rohaizad kata :

    Tak lama lagi Megat jadi OKB la jawabnya… :)
    Usaha mesti diteruskan.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    uiks xde la sampai mcm tu. tapi klu jadi apa salahnya. he3. boleh juga belanja korang kan!?

    betul usaha dan idea pasti perlu diteruskan!

    [Balas Komen]

  10. Noranizam Hj Demin kata :

    buat jgn x buat…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya. buat!

    [Balas Komen]

  11. nuaeman kata :

    Aku doakan segalanya baik untuk ko bro.. Good Luck
    kunjungan pertama aku kesini ari nih.. :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bro! tiada apa yang lebih bermakna dari sebuah doa.

    salam perkenalan ya ;)

    ps - warga selatan juga ya!?

    [Balas Komen]

  12. Noranizam Hj Demin kata :

    survival never ends… life must go on.. whatever happend… long life bro..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah. mulakan lembaran baru!

    [Balas Komen]

  13. aeropama dot com kata :

    cun megat… kau dah ada bisnes sendiri. jd web developer! kool

    lepas ni aku bolehlah hire kau untuk develop website utk aku.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    dalam banyak-banyak kerja, membangunkan web dan sebarang aplikasi yang berasaskan web menjadi minat aku. he3.

    insyaallah kita boleh bekerjasama.

    [Balas Komen]

    aeropama dot com Reply:

    yup. mungkin lepas aku sempurnakan model perniagaan aku…insyaallah

    [Balas Komen]

  14. myadlan kata :

    wow.. kagum. kagum dgn kamu yg berwawasan.
    sy pn ada matlamat dlm hidup juga
    tp yg penting kene setelkan dlu degree. then br bleh explore bidang ni dgn lebih dasyat..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah pasti kau mampu lakukan. semua orang boleh lakukan jika mereka tahu macam mana nak pecahkan kelemahan mereka.

    menuntut ilmu adalah perkara yang paling dituntut dalam islam. jangan sia-siakannya. berniaga juga perkara terpuji dalam islam.

    pilihan ditangan kita sendiri. islam percaya dengan amalan berniaga, kenapa tidak kita sebagai umatnya.

    [Balas Komen]

  15. xmindfreakx kata :

    xpe megat…yang jatuh tetap boleh bangun sendiri..aku percaya kau boleh bangun dari jatuh..aku pulak,dalam masa 3 tahun dari sekarang aku mahu membina empayar perniagaan.Dalam 3 tahun nielah aku nak cari koneksi serta modal….

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah semua bergantung kepada bagaimana cara kita mengawal minda dan emosi kita sendiri kan?

    jika hendak berjaya dan punyai tahap kewangan yang selamat maka kita perlu cari jalan dan usaha ke arah jalan yang kita pilih.

    baguslah jika kau sudah membuat plan!

    [Balas Komen]

  16. Noranizam Hj Demin kata :

    aku dh buat step up to enhance life aku.. bbrp penyingkiran telah berlaku.. coz aku xmahu beban org dtg kat aku..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya lah mengikut pengalaman dan peningkatan tanggungjawab, memang akan berlaku beberapa penyingkiran.

    apatah lagi jika sesuatu yang dilakukan tidak mendatangkan faedah dan keperluan kepada diri kita sendiri.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.