Kerja, Tekanan!

Sebenarnya aku benar-benar tertekan dengan apa yang aku telah lalui sebulan yang lalu dan bakal aku tempuhi. Ini semua adalah berkenaan bebanan kerja yang melampau dan tak mampu aku pikul beban sebegini. Mereka seolah-olah mempergunakan aku sepenuh tenaga dan kebolehan aku seperti mendesak untuk aku meletak jawatan. Kenapa mereka mengambil aku bekerja!? Untuk cukupkan syaratkah!?

Akibatnya aku melepaskan tekanan aku pada pintu bilik rumah aku. Aku tak pasti kenapa aku bertindak sedemikian walau pun aku memohon banyak hidayah dari yang esa! Hasilnya kedua-dua tangan aku luka dan paling teruk tangan kanan aku terdapat keretakan (padan muka aku). Aku tertekan (stress la)!

Aku tak dapat membendung kesakitan yang aku cari sendiri. Kelmarin aku ke klinik untuk berjumpa doktor mendapatkan rawatan. Sebenarnya aku mohon untuk berehat kerana kesakitan di bahagian tengkuk belakang hingga pinggang, tetapi…

Kenapa dengan tangan awak ni!? Luka, bengkak!?

Tanya doktor sebelum dia bertanya tujuan aku kesitu.

Alamak! apa aku nak jawab!?

Dalam hati aku, kebingungan sambil menahan kesakitan apabila doktor (perempuan dan cantik, ceh!) memegang tangan aku. Aku berterus terang dengan doktor apa yang telah berlaku pada diri aku termasuk masalah di tempat kerja. Seperti mengetahui apa yang berlaku pada aku, doktor tersebut memberi nasihat percuma memandangkan ada beberapa kliennya yang berkeadaan sedemikian juga. Seraya itu doktor meminta izin memeriksa tekanan darah aku setelah…

Doctor, saya rasa macam kepala saya bengang jer. Kembang kepala.

Sambil doktor tersebut mengepam alat memeriksa tekanan darah.

Uiks, tekanan darah awak dah sampai “high blood border”! 140/80!

Degupan jantung aku yang memula stabil tetiba berdegup kencang apabila doktor berkata demikian! Tetapi kembali reda apabila doktor memberi penerangan mungkin disebabkan awak terlalu tertekan dengan masalah yang awak hadapi.

Oleh kerana itu, doktor berkenaan beri aku cuti rehat selama 2 hari (kelmarin dan hari ini). Terima kasih doktor!

Sementara itu, kelmarin aku sempat menghadirkan diri untuk dua sesi temuduga di Holcim dan Munivac. Jawatan yang mereka tawarkan lebih menarik dari apa yang aku miliki sekarang.

Sebelum ini aku banyak berbincang dengan sahabat aku Azam berkenaan masalah yang menimpa. Aku perlu selamatkan kedudukan aku sekarang memandangkan aku seorang melayu disitu. Fikiran aku memang terganggu. Dalam masa 2 hari aku berehat, aku dapat mencari sedikit ketenangan.

Paling pantang sekali apabila rakan kerja cina “sound” kepada aku…

Satu hari belapa kali lu semayang arr!!?

Dengan suara yang keras! Apa pendapat korang!? Ikut nak debik jer muka dia. Agama aku dipersendakan, mestilah aku marah!

Lu sudah berapa lama kat malaysia!!?

Aku herdik balas! Sungguh tak selesa, patutlah setiap kali aku menunaikan waktu dan kembali ke ruang kerja mereka jeling aku semacam jer!?

Aku perlukan ketenangan dan perlukan pandangan dan nasihat yang dapat tolong aku buat keputusan dari rakan-rakan sekalian!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

20 Responses to “Kerja, Tekanan!”

  1. azrn kata :

    ishk! truknye cina apek jenis tak hormat agama org lain.

    sila letak jawatan.

    [Balas Komen]

  2. Afzai Afandi kata :

    pertentangan budaya dan agama. Aku pun pernah alami situasi sebegini. Bekerja dgn majoriti kaum Cha Ya Nun Alif sememangnya seolah2 kita diperkudakan….

    Nasihat aku…. selagi ko ada kesabaran ko kerjalah jika kerja itu penting untuk keluarga ko…tapi jika kesabaran dan maruah ko tercabar, ko berentilah.

    Banyakkan doa dan solat istiqhorah.mintak petunjuk dari DIA

    [Balas Komen]

  3. shila kata :

    Erm..ni diskriminasi agama ke?MMg ni la resamnya bila kita kerja di suatu tempat yang didominasi oleh cina..Sabar lah,en megat..bertahan selagi boleh.Sambil-sambil tu try la tinjau di tempat lain yang lebih baik.Kena tahu border kita sebagai staff dan jugak sempadan kesabaran kita pun ada hadnya.Kalau kerja best tapi stress pun tak elok jugak..mungkin en megat bleh buat sesuatu agar mereka ni faham keperluan solat dan ibadah kita walaupun dalam lingkungan waktu kerja. Sekarang ni kaum dia org mmg besar kepala sikit. Kita usaha dan doa..pasti jadi lebih baik…

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    e’en
    itu la. selfish. dalam dilema untuk berpindah.

    afzai
    terima kasih en afzai. aku faham apa yang ko nak sampaikan.

    insya allah sebagai orang islam, aku pinta petunjuk dari-NYA.

    shila
    terima kasih cik shila. insya allah saya fikirkan impak ke atas keputusan yang bakal di ambil insya allah.

    [Balas Komen]

  5. musnaz kata :

    agaknya die memang jujur nak tau kot. jawab je… yang penting sabar…

    [Balas Komen]

  6. Megat kata :

    musnaz
    kita akan tahu soalan itu berbunyi soalan pertanyaan atau sindiran!

    [Balas Komen]

  7. Heartless Devilish kata :

    ooO..kiter terbalik la eh..
    saya plak bekerja di kalangan melayu..
    saya bukan melayu & bukan Islam
    Saya nak menceritakan sesuatu ..tp diharapkan just sbg perkongsian..jgn ada yg melenting..

    Hari Bekerja Saya hanya dari Isnin - Jumaat
    Dah beberapa tahun sejak kebelakangan ini, ‘Bos’ saya suker wat meeting pada sehari seblom Christmas & Juge Sehari Selepas Christmas, saya terpaksa memberitahu yg saya tidak akan menghadiri meeting tersebot memandangkan kampung halaman saya berada di seberang laut ( Sarawak Je pun). Hanya saya seorang yg beragama Kristian, mungkin kewujudan saya ini kurang penting sampai mereka lupa akan sambutan hari Christmas saya itu, tp bukankah saya yang sepatutnye mencatat minit mesyuarat tersebot?? Hahaha.. ‘Bos’ saya penah berkata, ‘takyah balik kampung la. balik awal sket la, sambut kat KL la..bla bla bla..’ seb baek la saya nie penyabar..kan kan….dibuatnya saya jahat…saya repot..timbul plak isu perkauman & keagamaan..
    Penah juge mereka membuat aktiviti pada hari Ahad, saya meminta pelepasan utk the 1st 3 hours.
    ‘Puan..saya datang selepas jam 10pagi boleh ke?’
    Dia bertanya ‘Kenapa lambat sangat? Ada apa?’
    Saya menjawab ‘Saya nak pergi sembahyang kat gereja pagi² Ahad, Puan.’
    Dia tanya lagi nie ‘ Takyah gi sembahyang la.. ponteng je sekali tuh.’
    Saya menlenting la..’Byk la Puan nie, Puan nie betul la selfish. Saya nie sembahyang sekali seminggu je kat gereja Puan. Puan sembahyang 5 kali sehari, kekadang siap tinggalkan kerja sebab menunaikan kewajipan itu. Pernah ke saya kata ‘Naper Puan Asyik tinggalkan kerja itu sekejap sekejap?’

    That’s was from my side. Moral of the story, ambil tahu tentang agama orang lain eh.
    Susah sebenarnya bila kita hanya tergolong sbg minoriti di dalam sesebuah organisasi.

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    heartless devillish
    benar. saya setuju apa yang cuba disampaikan oleh anda.

    dalam kita hidup dalam pelbagai kaum dan agama. kita pasti akan bertemu dengan perkara sebegini. tapi apa yang memeranjatkan saya jika masih ada orang yang tidak mengetahui budaya sesuatu agama. sbb itu saya tanya berapa lama dia telah menetap di malaysia!?

    harapan saya semoga tiada lagi isu seperti ini di negara kita. tak kira dari kaum mana sekali pun, kita perlu hormati agama lain.

    terima kasih atas komen anda! saya rasa kalau ‘klik’ saya baca entri ini dan komen anda akan menyedarkan mereka.

    [Balas Komen]

  9. rudy bluehikari kata :

    kalau ada rezki tempat lain, cubalah. sy doakan rezki tuan ada di tmpt lain. susah kalu org yg xfaham agama kita. banyakkan sabar. mg allah bagi ketenangan kat tuan.

    [Balas Komen]

  10. menteil kata :

    uiksss????
    kes berat nie….

    banyakkan rehat…
    amek cuti
    tenangkan fikiran..
    jangan terlalu tumpukan pada satu benda..
    banyakkan ibadat…

    cadangan jer..
    hidup kena happy!!
    peace!!

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    rudy
    pertama kali rasanya tuan rudy singah disini. terima kasih.

    insya allah saya akan usahakan kearah itu. dalam masa yang sama saya minta pertolongan dari-NYA.

    menteil
    sokongan dan galakan seperti ini yang aku perlukan. menguatkan lagi semangat aku untuk menempuh rintangan hidup. terima kasih.

    p/s : pasal rokok aku tak takut bini. cuma menghormati dan syarat itu aku sendiri yang buat :p

    [Balas Komen]

  12. zool kata :

    Kesiannya aku pun tertekan..
    Dengan orang atas aku..
    Takpelah megat kita seupa

    [Balas Komen]

  13. zuhairy kata :

    sedih betul kisah en megat ni. tak cari kerja lain ker?

    [Balas Komen]

  14. asuhara sue kata :

    saya pun pernah kerja ditempat yang situasinya lebih kurang en. megat. Cuma saya ber-3 Melayu. Opis tu jauh dari masjid dan tak sediakan tempat sembahyang. Kebetulan saya tiada kenderaan waktu tu, jadi cukup 2 hari saya berhenti.

    Waktu en. megat beritahu yang en. megat dapat kerja di company ni, saya dah jangka perkara-perkara ini mungkin akan berlaku..

    Walau apa pun, semoga en. megat tabah ya!Bumi tuhan ini luas, Insya Allah, Keikhlasan mencari rezeki untuk keluarga itu akan terbalas akhirnya. Aminnn…

    [Balas Komen]

  15. Megat kata :

    zool
    serupa tapi mungkin tak sama eheh

    zuhairy
    dalam pencarian dan insya allah jika ada syarikat lain yang beri peluang pada aku.

    asuhara
    insya allah. apa yang saya perlukan kekuatan dan semangat dari rakan-rakan sekalian.

    terima kasih ;)

    [Balas Komen]

  16. bizmalaya kata :

    eee teruknya…betul-betul biadab ler cina tu…patuut bagi penumpuk ajer…berhenti jer lerrrr dari berkhidmat untuk orang seperti itu..insyallah banyak lagi rezeki..apa kat u jadi blogger fulltime..i tengok u ada kebolehan

    [Balas Komen]

  17. Semakin Keliru -- MEGAT kata :

    [...] ingin menulis, pasti aku temui jalan buntu. Sebenarnya aku seperti berada dalam keadaan keliru. Aku masih dalam keadaan tertekan dan semakin [...]

  18. Tertekan, Pengsan -- MEGAT kata :

    [...] rentetan kejadian seperti yang ditulis di atas dan sebelum ini atas tajuk entri kerja, tekanan dan semakin keliru, aku perlu buat keputusan [...]

  19. diriku kata :

    kerja mmg stress, n kadang2 byk kne bersabar dgn org… n rs mcm tertindas pulak…tp nk bt camne,,,nama pn kerja tp aku lebih suke study ,takde comitment kwn2 pn ramai …best nye time study dlu2 …

    Entri terakhir diriku yang dikemaskini : Thomas - Bunga | Mr Am’s SySteM

    [Balas Komen]

  20. Rentetan Peristiwa, Sakit Misteri Yang Aku Alami | MEGAT kata :

    [...] Kerja, Tekanan. [...]

Tinggalkan Komen.