Kontrak Sosial Menjadi Isu!?
Sejak kebelakangan ini ada sahaja perkara yang boleh dijadikan isu untuk merebut tempat dalam negara yang dahulu aman dan bersatu padu. Apakah sebab mereka menjadi perkara seperti ini isu yang perlu dibesar-besarkan?
Yang aku tahu kontrak sosial ini telah ditetapkan atas persetujuan antara kaum yang mendapat taraf kependudukan di negara kita. Jika tidak kita tidak dapat menuntut kemerdekaan dari british yang merupakan antara syaratnya. Dan kontrak sosial menjadi asas untuk pembentukan perlembagaan negara kita, Malaysia yang ketika itu dikenali tanah melayu.
Dalam keadaan negara sedang bergolak dengan isu-isu yang remeh, isu kontrak sosial merupakan isu besar memandangkan ia melibatkan kaum dan perlembagaan negara. Apakah mereka ini golongan bijak pandai yang tidak pernah mengkaji dan merungkai sejarah yang sedia ada? Hinggakan orang kita sendiri (melayu) membandingkan kita dengan binatang!? Bangsat!
Bangkitlah! Politik negara kita semakin merungcing. Kenapa perlu mereka jatuhkan bangsa sendiri sedangkan bangsa lain ketawa melihat pergolakan yang berlaku sesama sendiri. Mereka menunggu masa untuk menyucuk jarum supaya bangsa kita terus berpecah. Apa yang berlaku sekarang menjadikan rakyat semakin keliru disebabkan terlalu banyak pendapat atau definisi berbeza berkenaan kontrak sosial.
Fahamilah apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kontrak sosial bermula dari asasnya. Aku bukannya hendak memenangkan politik yang ada dinegara kita ini tapi ia berkenaan dengan isu kepimpinan dan hak orang kita.
July 2nd, 2008 at 12:25 am
aku mulai bermimpi tentang 13 mei ….
Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : kaki yang jauh melangkah…
[Balas Komen]
July 2nd, 2008 at 1:38 am
momok - betul ke!? air yg guru aku kasi pun dh bertukar warna. guru kata klu jernih tiada apa berlaku tapi klu keruh 13 mei pasti berulang. skang ni air tu dah nampak kekeruhannya!!??
[Balas Komen]
July 2nd, 2008 at 3:43 am
Wonder, sapa yang mulakan isu dan siapa yang mensensasikan isu in.
[Balas Komen]
July 2nd, 2008 at 5:24 am
kita xmulakan…
umpama org jual kita beli…
org mahu kita beri… notting more notting less…
mimpi aku tu dtg kejap² jerk.. bila bgn jerk aku mesti tgk tgn.. kot² ada darah… isk kekadang tu rs pelik gak..
Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : kaki yang jauh melangkah…
[Balas Komen]
July 2nd, 2008 at 4:47 pm
mazudi - ntahlah klu tgk dari sejarah mungkin bangsa kita juga.
momok - dah mmg orang kita bersikap mcm tu. sepatutnya kita bersatu padu & tidak buka pekong sendiri pada bangsa lain. yerlah peristiwa tu pun berlaku kejap2 jg.
[Balas Komen]
July 3rd, 2008 at 2:03 am
pihak kerajaan yg war2 kan isu ni…saja bikin publisiti..
Entri terakhir chot yang dikemaskini : Moodstream
[Balas Komen]
July 3rd, 2008 at 3:53 am
sekurang-kurangnya masyarakat kita berdepan lagi dengan lumrah hidup yg bagi saya sungguh banyak pengajarannya.Benar atau salah bukan jadi pengukurnya sekarang. Agenda tersirat tu yang wajar kita renungkan….sedihnya…
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Bila Kuasa Membutakan Hatimu
[Balas Komen]
July 3rd, 2008 at 4:19 am
ni semua peralihan minda oleh kerajaan UMNO supaya kita lupa pasal isu² yg tengah hangat sekarang ini.
Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : kaki yang jauh melangkah…
[Balas Komen]
July 3rd, 2008 at 5:51 am
pendapat saya ini entah sesuai atau tidak dengan entri en. megat ini..
tapi saya selalu hairan, pelik dan takjub…
kenapa bangsa kita kebanyakannya lebih suka menjatuhkan sesama sendiri? padahal semua modal yang digunakan waimah air liur sekali pun, kalau digunakan untuk meningkatkan dan memartabatkan diri, agama dan bangsa itu adalah lebih berfaedah.
itu yang kadang2 saya kesalkan bila berada dikalangan bangsa sendiri.
Entri terakhir asuhara yang dikemaskini : tegami
[Balas Komen]
July 3rd, 2008 at 7:31 am
chot - betul tu bro. aku pun dpt rasakan ‘wayang’ dalam dunia politik kita. klu golongan mcm kita bolehlah fikir baik buruk tp klu orang kampung yg hy mendengar dr mulut orang lain susah la.
shila - faham cik shila. propaganda ini yang memeningkan. skang ni apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana kita harus berfikir dengan waras secara individual tanpa mendengar dari pihak lain
momok ‘wayang’!? tak kisahlah mcm mana sekalipun. tapi bukankah ia agak melampau?
asuhara - setuju. memang itu yang harus mereka fikirkan. dan disebabkan terjadi perkara spt ini memeningkan rakyat sendiri. puncanya rakyat kita suka dengar ‘momokan’ spt ini. tak percaya!? pergi kedai kopi.
[Balas Komen]
July 3rd, 2008 at 10:40 am
Geram la rasa. Nak gak bersuara. Kenapa la orang kita ni bodoh sangat nak rebut2 jawatan. Orang politik yang ada skang nih pun bangang. Kalo susah sangat nak pegang Malaysia nih, bagi kat Bloggers la. Ramai yang cerdik pandai. Setakat nak jaga kerajaan yang tiada rasuah, memang mudah amat. Yang susahnya skang adalah nak jaga kerajaan yang kuat rasuah dan salah guna kuasa. Betul x apa aku cakap? Undi lah aku sebagai PM untuk menggantikan Pak Lah dan seterusnya membunag Khairy ke luar daerah. Ekeke.
[Balas Komen]
July 4th, 2008 at 12:51 am
affuan - ada kebenarannya apa yg ko katakan tapi dalam politik bkn hanya kita malah ramai lagi. klu dh ramai mcm perangai yg kita jumpa. mungkin orang terawal betul jalannya, bagaimana yg kemudian!? pasti ada cacatnya. ko fikir apa yang kita harus lakukan jika kita tak suka apa yang ada skang ni!?
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 8:05 am
ok. Aku undi ko Affuan..
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 9:10 am
titan - sama la aku pun eheh ;)
[Balas Komen]