Kronologi Blog Megat
Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku sering mengimbau kenangan-kenangan lalu sepanjang hidup ini. Disamping kenangan yang menyayat hati ada juga kenangan yang bagi aku merupakan kenangan terindah ketika aku masih rancak memenuhi tuntutan hidup.
Dunia Megat lebih dikenali dalam dunia tanpa sempadan (internet) berbanding dunia nyata dan aku seperti sudah membina dunia aku sendiri. Hidup aku ketika itu hanya berkisarkan dunia di dalam talian sehingga aku dapat membina rangkaian rakan-rakan secara berkomuniti dan forum.
Di awal aku mula kenali blog, aku menulis di beberapa host percuma dan secara berperingkat aku mengenali rakan-rakan yang ketika itu sama-sama membentuk komuniti blog. Sekarang pun masih ada antara mereka yang masih menulis seperti :
- Cik Azlina - Kenalkan aku dengan dunia blog dan menjadi komentar utama ketika aku menulis di blogdrive (http://megat.blogdrive.com).
- En Saiful - Bersama-sama berjuang untuk menaikkan Weblogscenter dan banyak mengajar erti kehidupan. Sekarang tak dapat kesan beliau dimana. Aku dapat hubungi beliau ketika itu beliau bertugas di Indonesia.
- En Eizil - Orang pertama yang beri peluang tumpang hosting di Eizil.com. Masa tu aku menggunakan subdomain http://megat.eizil.com.
- En Erfan - Beri peluang kepada aku untuk menumpang di hostingnya dan ketika ini aku agak aktif menulis sehingga bidang penulisan blog seperti bermusim, tenggelam timbul. Cik Erfan menulis lagi kah!? Ketuka itu aku menulis di http://megat.silenteve.net.
- En Azmie - Banyak membimbing aku mengenai aksesori yang berkaitan dengan blog.
- En Mael - Pada masa sekarang dia begitu popular!
- En Adar - Memperkenalkan blogmas kepada aku. http://megat.blogmas.com.
dan terima kasih ditujukan kepada mereka. Tanpa mereka aku tidak akan sampai sejauh ini dan penulisan banyak berkisarkan kepada kisah peribadi dan pengetahuan yang aku miliki.
Sekarang, apa yang aku inginkan ialah penulisan yang lebih serius yang dapat menjadi kata-kata hikmat dan panduan serta nasihat percuma kepada generasi yang lebih muda. Ingat tiada yang lama, tiadalah yang baru!
Blog ini (http://megat.net) bakal menjadi blog peribadi aku yang akan menjadi tempat untuk aku terus menulis kisah hidup peribadi sebagai Megat. Dan aku cuba untuk mendapatkan domain baru untuk aku meluaskan bidang penulisan kepada niche tertentu. Harapan aku semoga aku bakal mendapat banyak sokongan dari rakan-rakan yang sedia ada mahu pun yang bakal datang.
Technorati Tags: blog, megat, kronologi
June 15th, 2008 at 4:18 pm
Selamat berkarya.. Teruskan dengan topik2 menarik
[Balas Komen]
June 15th, 2008 at 4:26 pm
aku hny bergerak sdr dari mula..
sedihnyer.. hehe..
teruskan berblog..
[Balas Komen]
June 16th, 2008 at 1:00 am
kenapa kau punya entri sedikit emotional. ada sedikit perasaan terharu bila aku membacanya. semoga kau akan terus berkarya dan persembahkan artikel-artikel yang bagus.
p/s: insyaallah bulan depan aku akan mulakan penulisan aku di platform yang baru. Wordpress. sekarang sedang mencari layout, domain dan webhosting yang sesuai.
Entri terakhir syam yang dikemaskini : Blogroll List
[Balas Komen]
June 16th, 2008 at 1:04 am
zool - terima kasih dan harapan aku rakan-rakan dapat beri galakan dan sokongan.
menteil - sedih ker!?
syam - aku sendiri pun tak faham. memang aku perasan entri aku sejak kebelakangan ini emo tapi aku tak bermaksud nak menulis entri emo!? mungkin emo aku kebelakangan ini terkesan kepada penulisan aku.
[Balas Komen]
June 16th, 2008 at 7:17 am
aku mula kenal ko masa ko guna blogmas..
Entri terakhir chot yang dikemaskini : 16.6
[Balas Komen]
June 16th, 2008 at 7:42 am
Megat..ko juga antara kenalan terawal aku ketika aku mula berblog :) Hidup Megat :)
Entri terakhir Afzai Afandi yang dikemaskini : Renungan “Jangan Naik Minyak”
[Balas Komen]
June 16th, 2008 at 9:28 am
chot - terima kasih bro! aku amat menghargainya. selesa berkenalan dengan ko bro.
afzai - terima kasih bro afzai. aku menyangka ko adalah orang lama sebelum aku. tapi apa2 hal aku d[t byk ilmu ttg hidup dari ko.
[Balas Komen]
June 16th, 2008 at 2:06 pm
hi,
i would like my website http://www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
Entri terakhir firdaus yang dikemaskini : sindarella 01 019 01
[Balas Komen]
June 17th, 2008 at 12:34 am
kenangan kisah lalu lah yang membawa sehingga en.megat ke tahap ini.
dan kalau kat atas tu en. azmie salah satunya org yg membimbing en.megat, en. megat pulak adalah pembimbing saya. Byk saya dapat pelajari tentang dunia berblog ini dari entri2 yg sudah. Teruskan menulis ya! emosi adalah irama kehidupan so, mainkanlah irama2 nan indah ya! aniki ( bigbro) zetttttai akira menai! (don’t ever give up!)
Entri terakhir asuhara yang dikemaskini : makeover
[Balas Komen]
June 17th, 2008 at 1:09 am
firdaus - good oppurtunity! i will discuss with you later. thanks.
asuhara - terima kasih. sy begitu menghargainya. tak sangka sy dijadikan mentor juga. mungkin ramai yang tak suka dengan entri melibatkan jiwa dan nasihat tapi sebenarnya mereka tak tahu yang mereka hidup dengan kekuatan jiwa dan berpandukan nasihat dari generasi sebelumnya. apabila sy menulis sy terinagat akan lirik “getaran jiwa” nyanyian allahyarham p. ramlee. nnt boleh la ajar sy bahasa jepun :d
[Balas Komen]
June 17th, 2008 at 2:49 am
slm bro,waa banyak betul kenangan sblm sampai ketahap ni bro..
bagi aku yg guna free service sepanjang masa taklah rase sangat cam bro nih..
lagipun aku tak pernah serius berblog nih..dunia tanpa sempadan aku hanya di ofis,heh..
Entri terakhir acai yang dikemaskini : Terima kasih abah..
[Balas Komen]
June 17th, 2008 at 5:10 am
acai - salam. sbb ia bermula bagaimana ianya bermula :p
[Balas Komen]
June 17th, 2008 at 8:06 am
thanks megat sebab masih sudi komen kat blog saya. :) walau terkadang cam “sampah” je isinya.. hehe.
semoga penulisan incik bakal menjadi rujukan untuk sesiapa yang search di google. :)
[Balas Komen]
June 17th, 2008 at 8:16 am
ikoko aka azlina - sejauh mana sy pegi sy masih ingat rakan-rakan spt lina yg byk bantu sy dlm mengenali dunia blog. sy yg patut berterima kasih kepada lina.
[Balas Komen]
June 23rd, 2008 at 6:30 pm
oh. banyaknya blog..
Entri terakhir titan yang dikemaskini : Look Of The Year - Online Beauty Contest
[Balas Komen]
June 24th, 2008 at 12:35 am
titan - blog satu, cuma byk berpindah randah eheh
[Balas Komen]