Masih Dalam Kesakitan
Sedikit perkabaran tentang kehidupan peribadi aku. Rakan-rakan semua tahu bukan berkenaan pembedahan kecil (minor surgery) yang aku telah jalani. Sebenarnya aku masih tidak dapat banyak melakukan pergerakan dan masih dalam proses pulih.
Tapi apa yang pelik kesan pembedahan tersebut terasa seperti sia-sia. Dan aku masih menanggung kesakitan seperti sebelum melakukan pembedahan. Dan kemungkinan aku terpaksa melalui pembedahan berikut yang lebih mencabar dan bukan lagi dalam kategori pembedahan kecil. Itu kata doktor jika kesannya tidak pulih dalam masa 2 minggu. Teman istimewa aku pun telah mencadangkan perkara yang sama. Aku perlu segerakan perkara ini kerana melibatkan penangguhan rutin harian dan kerja-kerja yang terbengkalai.
Dalam 2 minggu ini, aku masih tidak dapat melakukan rutin harian dengan sempurna dan masih bergantung kepada ubat-ubat dan kelengkapan lain. Dan dalam tempoh itu juga aku bimbangkan komitmen yang perlu aku langsaikan. Nasib baik ada beberapa projek luar talian (offline) yang dapat aku selesaikan. Dalam dunia ini jika semua orang faham apa yang berlaku pada kita tak mengapa tetapi ada segelintirnya yang tak pernah faham.
Ada juga ahli keluarga mengatakan kemungkinan ini berlaku bukan kerana sakit biasa tapi ianya adalah hasil dari perkara mistik seperti ‘buatan orang’. Sejauh mana kebenarannya!? Aku sebenarnya tidak pernah terlibat dalam perubatan tradisional (ubat kampung) atau yang melibatkan perkara-perkara mistik. Jadi disini kemungkinan rakan-rakan lain ada pengalaman mengenainya, tolong beri pendapat tentangnya.
July 21st, 2008 at 2:14 am
Mungkin2 juga en megat terlibat dengan penyakit mistik ni.Boleh kita mencuba ikhtiar tapi saya pun syorkan juga buat follow up dengan hospital secara konsisten.
Semoga En Megat cepat sembuh dan boleh menjalani perancangan hidup dengan berkesan..
[Balas Komen]
July 21st, 2008 at 7:46 am
shila - saya sedang ikhtihar apa yang patut. cuma pergerakan saya terbatas. insya allah jika diizinkan allah cepat sembuh, sembuhlah :)
[Balas Komen]
July 21st, 2008 at 8:58 am
smoga kau cepat sembuh melalui rawatan modern secara konsisten. sayu aku baca entri kau ni bro…
[Balas Komen]
July 21st, 2008 at 10:53 am
moga ko cepat sembuh…. ermmm seeloknye boleh gak ikhtiar perubatan traditional
[Balas Komen]
July 21st, 2008 at 3:22 pm
syam - terima kasih syam. insya allah selagi nyawa dikandung badan masih ada jalan penyelesaiannya.
[Balas Komen]
July 22nd, 2008 at 1:42 am
‘mistik’
mungkin ada kebenarannya, tapi jangan pula kau tertipu dengan mereka yag tidak pakar
[Balas Komen]
July 22nd, 2008 at 5:12 am
azwan - mungkin aku kena cuba secara ubat kampung tapi perlu berhati-hati untuk mencubanya :D
[Balas Komen]
July 22nd, 2008 at 8:43 am
slm bro, patut lama aku tak nampak,huhu..moga ko cepat sembuh bro ye..kekadang ujian begini sebagai salah satu tanda Allah sayangkan ko..sabar dan tabah hadapi ujian ni ye..
[Balas Komen]
July 22nd, 2008 at 9:03 am
acai - salam acai. terima kasih acai, insya allah masih berusaha kearah tu.
[Balas Komen]
July 29th, 2008 at 1:20 pm
xsalah klu kter try dulu kan…
yg pntg kter ikhtiar…
tpi kene cri org yg pakar la dlm bab2 ni…
klu x nnt lain plak jadinya…
neway,sy doakan smuanya slamat..aminnnn…..=)
[Balas Komen]
October 29th, 2008 at 2:42 am
[...] Masih Dalam Kesakitan. [...]