Masih Sepi…

Ah rindu sangat rasanya. Semakin lama semakin ketandusan entri baru di blog aku. Aku memang tidak mahu ianya berterusan seperti ini. Tapi aku akui disebabkan komitmen pada tugas baru, aku terpaksa.

Derita rasa tak dapat mengemaskini blog setiap hari. Seperti kehilangan senarai rutin harian pula. Yalah bukan senang nak menaikkan nama di dalam penulisan blog. Ditakuti pelawat setia lari pula.

Lama aku meletakkan jari-jari aku di atas papan kekunci tapi tiba-tiba tiada idea. Inilah akibatnya jika terlalu lama tidak menulis.

Untuk realisasikan impian aku dalam dunia blog, aku akan capai beberapa perkara supaya aku tidak ketinggalan dan dapat sentiasa kemaskini dengan entri-entri yang lebih segar dan berilmu. Antara dalam perancangan aku ialah seperti memiliki komputer riba dan capaian internet tanpa wayar.

Di kesempatan ini aku ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sering bertanya khabar dan memberi kata semangat untuk aku buat bekalan menempuh suasana baru. Aku cuba sedaya upaya melengkapkan kembali salah satu rutin harian aku iaitu menulis di blog.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

Entri ini telah di pos pada Sunday, March 16th, 2008 at 10:00 am dan dibawah kategori Diari Penulis, Kisah Santai Dan Kisah Hidup dan tag . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

21 Responses to “Masih Sepi…”

  1. Bat kata :

    Jangan risau Megat, fokus kat komitmen utama dulu..Nanti mesti ada masa untuk blogging..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih bat. Kekadang aku fikir kawan-kawan online lagi memahami (uhuhu).

    [Balas Komen]

  2. Mohd Ismail kata :

    yep.. dahulukan apa yg utama.. *rembat streamyx.. setup wireless sendiri*

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Insya allah. Terima kasihi En Mael.

    Aku ada 2 pilihan wireless nie tak tau nak pilih mana. Sama ada maxis atau celcom.

    [Balas Komen]

  3. sue asuhara kata :

    Hari2 check blog ni, walau kadang2 hampa pasal x de entri baru, tapi saya faham kenapa ianya terjadi.

    Jadi..usahakanlah yang utama, yang disukai nanti pasti akan ada masa yang terluang untuknya.

    Gambare neh!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Maaf kan saya Cik Sue. Saya akan cuba aturkan jadual rutin saya termasuk update blog.

    Bila huru-hara camni, sesilap idea pun berterabur.

    Terima kasih kerana beri sokongan.

    [Balas Komen]

  4. kita kata :

    memang betul kadang-kadang bila kita tinggalkan blog,,kita akan kehilangan idea untuk menulis…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Itu part paling tak seronok (uhuhu). Macam dah lama tak jumpa seseorang pastu bila jumpa tak tau nak sembang apa (wakaka).

    [Balas Komen]

  5. Azhar Ahmad kata :

    Sabar cik megat… nati okeylah tu… biasalah kerja baru, sibuk…

    Apapun, selamat datang ke dunia tanpa wayar…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih En Azhar ;)

    [Balas Komen]

  6. shila kata :

    Saya pun tertanya-tanya,kenapa En Megat asyik sepi? Rindu jugak nak baca buah tangan en megat ni,especially utk santaikan fikiran sambil tambah maklumat dalam bidang IT ni..but anyway..kerjaya itu keutamaan,so..keep up the good work!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih Cik Shila. Insya allah saya akan terus menulis dan berkongsi maklumat selagi termampu.

    [Balas Komen]

  7. Sang Arjuna kata :

    Kata kerja kat ACER, rembat je laptop company sejibik, better amik streamyx pastu setup wifi kat rumah, tapi kalau guna untuk surf je leh la pakai Celcom 3G

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Baru lagi keje belum dapat benefitnya lagi. Aku berkenan dengan MAXIS broadband lak eheh

    [Balas Komen]

  8. mazudi kata :

    haha… menulis ni pun macam sungai jugak, kekadang kering kontang, kekadang boleh melimpah ruah langgar tebing.

    Jadi, kena ambik langkah berjaga jaga la, apa tindakan bila dia kemarau dan apa tindakan bila dia banjir… hahah.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih En Mazudi.

    Lama tak dengar cerita ya!? Insya allah aku dah fiirkan beberapa perkara untuk mengelak dari ‘banjir’ dan ‘kemarau’ :D

    [Balas Komen]

  9. acai kata :

    Slm bro, samelah kita..bizi bebeno,huhu..
    mmg setuju ngan ko, kalau ko tak update org akan lupe dan tak datang lagi,hehe..:)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Salam Acai. Gawe opo kui eheh. Patutkah kita lakukan sesuatu untuk mengekalkan persahabtan walaupun secara dalam talian!?

    [Balas Komen]

  10. rasso kata :

    Selamat berkerja ya bro…. hahahhaa

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Terima kasih Lan ;)

    [Balas Komen]

  11. azwanhadzree kata :

    brapa lama kau kena tunggu untuk menerima sebuah laptop dari acer, lepas confirm ke. kalau akan dapat, tunggu ajelah. kalau tak dapat, then cepat le cari

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.