Menulis Di Blog, Membawa Bencana Kepada Negara!?
Percaya atau tidak, penulisan di blog menjadi semakin popular dan diterima ramai terutama penduduk di kawasan bandar dan sekitar luar bandar yang menerima akses internet.
Ini juga mungkin disebabkan beberapa individu yang tiba-tiba popular hasil dari penulisan pedas mereka di blog. Dan secara tak langsung ramai orang ingin mengetahui kehebatan blog!
Sebelum ini kita dikejutkan dengan penangkapan penulis di Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamarudin. Kesnya masih lagi dalam siasatan.
Hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita penangkapan penulis blog terkenal Syed Azidi Syed Abdul Aziz, penulis blog Kickdefella. Ini bermaksud sudah dua orang penulis blog ditangkap kerana mengancam keselamatan negara dan menghasut rakyat.
Lanjut kau boleh lihat artikel di utusan, bernama dan harakah.
Aku tak mahu komen panjang signifikasi penangkapan mereka kerana aku bukan menulis perihal baik buruk seseorang individu secara peribadi tetapi aku menulis dan menyampaikan tentang perihal yang bersangkut paut dengan minda, emosi dan moral disebalik penerimaan sesuatu perkara.
Sedar atau tidak, bukan kerana mulut sahaja boleh binasa tetapi perkataan-perkataan yang diolah sebaik mungkin di blog disamping dapat menyampaikan berita-berita yang mungkin tidak berasas atau kurang berasas boleh mendatangkan keburukan terhadap kepercayaan orang lain.
Persoalannya kenapa semua ini berlaku? Mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka jadi seperti itu. Tetapi perlukah aku dan kau menyampaikan secara terbuka demi untuk melepaskan ketidakpuasan di hati?
Minda yang sihat dan emosi yang stabil perlu memainkan peranan yang hebat untuk mengatasi semua ini. Aku juga ada menulis beberapa entri yang menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kini tetapi biarlah berlapik.
Mungkin ada sesetengah dari kau yang tidak puas hati dengan penulisan aku ini tetapi aku minta kau fikir dari satu sudut yang berlainan. Apa yang aku katakan pada hari ini bukan semata-mata kerana kes-kes semasa seperti kes di atas, tetapi lebih kepada persoalan secara keseluruhan.
Jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”! Aku juga setuju jika ada yang mengatakan penulisan di blog boleh manjadi senjata kepada keselamatan negara tetapi biarlah ia berlaku dalam keadaan yang baik dan bukan mendatangkan huru-hara.
Sikap fanatik terhadap sesuatu perkara juga perlu dielak demi kesejahteraan rakyat dan keluarga. Jangan sampai melayan sedikit perasaan ‘panas hati’ sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang tersayang. Fikir baik buruk dan mengelak dari bersikap begitu tak bermaksud diri aku dan kau lemah.
Kerajaan pula perlu mainkan peranan yang optimum demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Jangan terlalu mengelak dan sukar menerima pendapat rakyat yang sudah pasti inginkan hak mereka setelah mereka membuat pilihan pimpinan yang dipilih.
** kredit imej.
PS: entri ini bukan entri hasutan.
PPS: rasa dah macam membebel la pulak huhu.
Technorati Tags: malaysia, blog, politik
September 19th, 2008 at 12:47 am
Menulis Di Blog, Membawa Bencara Kepada Negara!? | MEGAT…
Percaya atau tidak, penulisan di blog menjadi semakin popular dan diterima ramai terutama penduduk di kawasan bandar dan sekitar luar bandar yang menerima akses internet….
September 19th, 2008 at 1:25 am
hidup mesti ada sempadan… kalau tak… boleh binasa jadinya….
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 1:27 am
itu kata bagi mereka yang memahami. bagaimana kepada mereka yang tak reti nak faham!? agaknya sudah menjadi tarbiah (kebiasaan) adanya kebaikan dan keburukan tentang sesuatu.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 1:50 am
jgn tulis benda yg ekstrem sgt, biar berpada-pada…bg aku ada saluran lain yg boleh digunakan…pepaham sendiri ler
Entri terakhir zen yang dikemaskini : Self-Sustainable Chair by JooYoun Paek
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:15 am
betul. mengelirukan orang ramai bagi aku adalah kesalahan besar dan aku rasa ia tergolong dalam fitnah juga.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 3:25 am
haha…siap ada disclaimer kat bawah tuh…ini bukan entry hasutan !
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:16 am
ya lah mana tahu. sebelum ni klu aku menulis lebih kurang macam ni ada je yang tak puas hati. ntah nya baca habis atau tidak terus je nak komen jahanam punya.
itu aku tulis entri yang tak sampai 400 aksara, klu aku tulis lbh daru tu tak tau la huhu.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 6:05 am
Emak aku selalu kata.. api, kecik-kecik jadi kawan… sudah besar jadi LAWAN.
p/s: jadi jangan sesekali bermain dengan api kemarahan yang boleh menyusahkan anak bini. apa kita dapat ?
p/s/s: aku walau macam mana pun, tetap tidak akan terbalikkan bendera Malaysia. itu kurang ajor namanya. macam dah best dan kuat sangat nak terbalikkan bendera Malaysia. kalau nak sangat, duduklah negara lain. Nak jer aku hantar orang yang terbalikkan bendera Malaysia tu ke Somalia ker, Indonesia ker… baru dia tau langit tu tinggi ke rendah!
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:18 am
yup. yang aku pelik penulis tu bukannya bebudak tapi orang dewasa yang punyai anak bini. bukankah orang seperti ini punyai pengalaman hidup yang jauh lebih baik?
mungkin mereka suka dok dalam dunia perang gamaknya!?
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 7:56 am
aku berblog sebab nak merakamkan kenangan aku jalan2 cuti2 malaysia dan jalan2 cari makan. hehe takdelah mengancam negara kot. promote lagi adalah kot. hehe :)
Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Destinasi Bajet @ 8TV | Season 2 Episode 11 - KUCHING !
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:21 am
ya setuju. kita menulis semuanya ada sebab tersendiri tapi xde lah sampai mengancam. aku tulis entri ini pun takut disalahertikan tapi klu aku tak tulis makin menjadi, hanya meluahkan rasa.
kau dengan cuti2 malaysia dan jjcm kau. aku menulis lebih kepada psikologi manusia, urusan minda, emosi dan moral.
[Balas Komen]
zen Reply:
September 19th, 2008 at 6:50 pm
aku lebih suka menulis benda yg xder kena mengena dgn politik atau ekonomi..jd senang, biarlah aku menulis menda karut dr menyusahkan diri…chedet.com keluarkan buku “blogging unlock” lebih kurang cam tuh tajuk dia aku rasa - aper ke isi dia haaa….
Entri terakhir zen yang dikemaskini : Self-Sustainable Chair by JooYoun Paek
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 8:04 am
peringatan kepada diri aku sendiri, berfikir sebelum menulis. jangan terlalu mengikut emosi tapi sesuatu entri juga perlu di letakkan sedikit emosi di dlmnya. barulah rs ada jiwa…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:22 am
betul tu syam. sebelum ini aku ada pernah menulis entri penulis dan jiwa. blog yang hidup diserapkan jiwa supaya ianya dapat bermain dengan perasaan pembaca tetapi tidaklah sampai melepaskan kemarahan.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 8:40 am
kayalah am lepas ni.. harapnya ramai yang tempah blog..hehe.
gini biasanya sesetengah orang cuba menulis sebaik mungkin untuk menyampaikan fakta.. tapi sebab dipengaruhi emosi.. dia menjadikan yang auta pun sebagai fakta.. tu yang silapnya..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:24 am
setuju. biarlah penulisan tersebut lebih kepada unsur-unsur kebaikan dan pengajaran dari menyampaikan fakta yang mungkin belum tahu kebenarannya.
ps: wah makin ramai tempah wat blog eh? klu x cukup tgn blh past kat kengkawan eheh.
[Balas Komen]
am Reply:
September 19th, 2008 at 11:40 am
betul nak… insyaallah lepas raya…
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 9:23 am
Setuju dengan Syam…berfikir sebelum menulis.Kadang2 blogger ni bukan sekadar menyampaikan sesuatu isu bak hasutan,malah menulis dengan menggunakan ayat kesat yg boleh menjatuhkan maruah pemimpin./imej negara.
Jangan kerana mereka yg seperti ini,maka kita pula akan terbatas kemampuan untuk menulis blog…Cuma beringatlah sebelum mengupas sesuatu isu…tak semua benda itu sempurna…pandangan kita juga tak semestinya betul.Jadi buat apa kita terlalu ekstrim untuk menegakkan apa yang kita fikir?Satu jari kita menuding ke arah orang lain..empat jari lagi berbalik kepada kita…
Selamat menjalani kehidupan :)
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Hari Emo Sedunia…?!
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:28 am
sebab itulah kerajaan pernah ingin menyekat ruang penulisan di blog. sebab ternyata ianya terlalu bebas dan sukar untuk dibendung.
tetapi klu disekat bagaimana pula dengan penulis seperti kita? ia akan menjadi lebih bermasalah.
alhamdulillah kita masih boleh menulis dan penulis yang liar telah disoal siasat demi kesejahteraan negara!
senyum selalu ;)
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 9:33 am
Semalam kata akan ada tangkapan lagi terhadap blogger..em mcm2,pasni sapelah next..erk.
p/s : semalam balik trus tido, xlarat mata.
Entri terakhir ezad yang dikemaskini : ‘Che’rita pasal kerja..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 10:29 am
semalam? klu semalam setahu aku orang yang aku maksudkan kat entri ni la zad.
ps: ya lah dah jam berapa huhu.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 12:37 pm
menulis hal kisah peribadi rasanya lebih selamat..
tapi nak buat macam mane kan, itu hal masing2..
mestilah berpada2..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 2:17 pm
semakin ingin menjeruk rasa semakin terbuka pekung didada huhu.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 1:57 pm
Saya adalah pembaca blog tegar….sehari boleh baca berpuluh² blog tanpa tinggalkan komen…. selalu blog sosial politik dan dari pemerhatian saya ramai yang menulis mengikut emosi yang keterlaluan.
Setiap perkara ada baik dan buruk bergantung dari pihak mana kita berada dan tidak semua orang akan mempunyai pandangan dan pendapat seperti kita.
Tiap orang bertanggungjawap dengan apa yang ditulis, bukan di soal jawap di dunia tetapi jari itu sendiri akan menjadi saksi di akhirat.
Sebab itu saya jarang menulis sesuatu yang extreme, kenal pasti siapa kawan² sekitar dan cukup menulis di blog peribadi dgn kisah peribadi tetapi diselitkan dgn info² dan nasihat yang umum.
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 2:27 pm
wah akak ni tergolong dalam golongan silent reader lah ya eheh.
dan atas tanggunjawab itu juga, kita berhak kesamping supaya ia tidak menular. bukan niat dihati ingin menjadi penyebar berita. tetapi ada tanggungjawab untuk disebarkan supaya tidak menjadi nanah.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 4:43 pm
betul tu.. tapi mmg padan muke dia kene masuk tangkap sebab menjatuhkan maruah negara dengan mengajak blogger menterbalikkan jalur gemilang..
die bukan dari keturunan Melayu, jadi kenapa perlu ikut gerak bodohnya?
Entri terakhir mediamalaya yang dikemaskini : Mak Nyah Semakin Aktif
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 19th, 2008 at 5:21 pm
ya maruah negara. dalam negara terkandungnya rakyat. rakyat itu adalah kita. kitalah menjadi minda dan emosi negara. kita juga yang menjadikan negara baik atau buruk.
maruah negara, maruah siapa?
[Balas Komen]
September 20th, 2008 at 10:25 am
rasanya kalau mereka tu kaya raya, banyak duit, boleh la pegi mahkamah dan setel ikut undang2 (kalau tak kene ISA)
tapi kalau tak kemana, jgn la bermain dgn api. walaupun asalnya menggunakan nama samaran, tapi aku kagum dgn teknologi skrg.. senang je detect sape tuan nye blog..
Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : Preparation for Raya
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 7:56 pm
ya kecanggihan teknologi dapat lakukan semua itu kecuali satu, mengesan pemimpin yang memfitnah dan bercakap bohong huhu.
[Balas Komen]
September 20th, 2008 at 9:17 pm
satu peringatan untuk aku..sebab aku ada sedikit perasaan radikal…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 9:23 pm
wah ada harapan tu eheh. insya allah selagi kita mampu melihat dan sedari dimana kita berpijak ianya dapat dibendung.
[Balas Komen]
September 27th, 2008 at 4:29 pm
[...] Haji Othman Nama Samaran : Megat Umur : 30 Negeri Asal : Johor Menulis Blog : Fulltime Laman Blog : http://megat.net Bidang Penulisan : General. Lebih kepada bidang psikologi manusia. Minda, emosi dan moral. Usia [...]