Merancang Demi Masa Depan

Agak lama aku tak kemaskini. Sebenarnya aku baru kembali dari bercuti. Terima kasih kepada teman yang teristimewa yang menaja percutian ini dan aku amat menghargainya. Sekurang-kurangnya dapat aku mengurangkan tekanan dan merancang pelan untuk masa depan yang lebih terjamin.

Dalam tempoh ini juga aku berjumpa dengan beberapa orang rakan dan keluarga aku sendiri untuk membincangkan projek-projek di luar talian (offline). Insya allah jika aku dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, aku akan merencanakan beberapa projek yang bakal dibangunkan.

Dan aku juga merangka beberapa projek dalam talian (online) dan bakal dilancarkan kepada umum secara berperingkat. Buat masa ini ianya masih diperingkat perancangan dan masih dalam  perbincangan dimana setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

Harapan aku semoga semua perancangan aku berjalan lancar dan dirahmati. Mohon rakan-rakan mendoakan kejayaan aku demi masa hadapan yang lebih terjamin.

Technorati Tags: cuti, blog,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

24 Responses to “Merancang Demi Masa Depan”

  1. menteil kata :

    wah.. aku pon ada rancangan..
    harap2 menjadi la..
    amin..

    [Balas Komen]

  2. mazudi kata :

    Ya. Semua kejayaan yang besar bermula dari perancangan kecil yang rapi.
    Good luck bro. Semoga semuanya terlaksana seperti yang dirancang.

    Cuti kat mana bro?

    [Balas Komen]

  3. nono kata :

    network marketing ke? yea.. mmg patut merancang demi masa depan and mesti berani.. back kata great eastern bank..”life favours the fearless” hehehhehe ;) all the best brother! yakin boleh! insha allah…

    Entri terakhir nono yang dikemaskini : a little bit of my life update

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    menteil - insya allah bersama kita memperjuangkannya.

    mazudi - insya allah & terima kasih. ya perancangan yang rapi bakal menjadikan kita lebih bersedia dan dalam kawalan. bercuti di tanah tinggi!

    nono - ya & beberapa projek lain. insya allah & terima kasih.

    [Balas Komen]

  5. asuhara kata :

    best kan dapat bercuti?
    dan selamat menjayakan projek2 yang dirancangkan tu.
    Kitalah arkitek masa depan kita sendiri! Good luck!

    Entri terakhir asuhara yang dikemaskini : onegaishimas

    [Balas Komen]

  6. shila kata :

    Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.Saya doakan…..

    Entri terakhir shila yang dikemaskini : Kenali Sahabat Anda!

    [Balas Komen]

  7. chot kata :

    wah ada org sponsor tu..

    Entri terakhir chot yang dikemaskini : News: Sodomy claim is back just as Anwar’s star is rising

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    asuhara - memang seronok. arkitek diri sendiri, suka ayat ni. well, thanks!

    shila - insya allah. terima kasih ;)

    chot - alhamdulillah :d

    [Balas Komen]

  9. xmindfreakx kata :

    kool….bagus ade perancangan nie megat…baru tersusun hidup sebab kita ada hala tuju untuk hidup..barulah hidup bermakna

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    xmindfreakx - insya allah atas doa rakan-rakan setiap perancangan bakal menjadi kenyataan disertakan dengan usaha yang tidak mengenal putus asa.

    [Balas Komen]

  11. kita kata :

    alhamdulillah ko sudah kembali normal :)

    [Balas Komen]

  12. syam kata :

    kool! bercuti di sponsor. lepas tu balik dr cuti, projek banyak untuk di usahakan.

    alhamdulillah. rancang, buat, periksa dan analisis. terapkan ini dalam kehidupan kau. insyaallah berjaya.

    Entri terakhir syam yang dikemaskini : Kesetiaan Pada Organisasi

    [Balas Komen]

  13. Afzai Afandi kata :

    alhamdulillah, bertambah ceria si megat :)

    Entri terakhir Afzai Afandi yang dikemaskini : Belajar SEO dengan TeknikSEO

    [Balas Komen]

  14. Megat kata :

    kita - erk!? sebelum ni aku x normal ker!? eheh.

    syam - insya allah & terima kasih atas kata-kata semangat.

    afzai - alhamdulillah, terima kasih ;)

    [Balas Komen]

  15. KNizam kata :

    wahhhhh bestnyer baru balik bercuti. hehe sure banyak idea neh. :)

    [Balas Komen]

  16. Megat kata :

    knizam - idea!? xde pun. aku mmg bebetul berehat eheh.

    [Balas Komen]

  17. al-momok kata :

    hehe.. welcome back! ;)

    aku punya pinggang pun xbaik lg drv frm kota bharu :D

    Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : Alahai pisang…

    [Balas Komen]

  18. Megat kata :

    momok - thanks! ko lagi jauh berjalan eheh

    [Balas Komen]

  19. mrkay kata :

    wah, ramai btol yg tgh plan projek baru.. makin hebat la masing2 lepas ni.. :D

    aku pon dah lama merangka plan utk projek.. tgh cari masa yg terluang utk mula.. huhu.. harap2 tak hangat2 tahi ayam.. semoga kita semua sama-sama berjaya :)

    [Balas Komen]

  20. Megat kata :

    mrkay - bagus. mari kita buktikan blogger juga boleh berjaya. insya allah berkat kesabaran dan hasil dari explorasi di internet maka kita akan berjaya.

    [Balas Komen]

  21. al-momok kata :

    aku nyambil² aje dlm blog ni.. kalo dapat wit pun bagus jugak ;)

    Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : kaki yang jauh melangkah…

    [Balas Komen]

  22. adi kata :

    gud luck bro.perancangan itu penting.
    bak kata org, org yg tidak merancang adalah merancang untuk gagal :)

    Entri terakhir adi yang dikemaskini : Sepanyol Juara Euro 2008

    [Balas Komen]

  23. Megat kata :

    momok - memula mmg rasa cam tu mok tp bila dah ada pada peringkat tertentu pasti ko ingin terus lihat hasilnya. awal2 ni ko study dl apa yg patut.

    adi - betul tu ;)

    [Balas Komen]

  24. farr kata :

    kita kna lah ada perancangan bru lh blh maju,baru lah hidup bermakna… buat masa ni kna lh buat apa yg mampu keja cri pengelaman,kumpul duit baru blh buat langka sterusnya… bru blh tgok asilnya,btul tak…..:)

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.