Nufflets
Nufflets “iklan untuk semua“, rangkaian iklan Malaysia yang ke 4 telah dilancarkan pada 25 Disember 2007 dengan jayanya. Bunyinyer seperti gabungan antara dua rangkaian iklan Malaysia yang sudah menjalankan aktiviti mereka iaitu Nuffnang dan Advertlets.
Jadi sekarang di Malaysia telah memiliki 4 rangkaian iklan Malaysia iaitu Nuffnang (27 Februari 2007), Advertlets (9 Mac 2007), GrabMyAds (21 November 2007) dan kini Nufflets (25 Disember 2007). Dan yang menarik di Nuflets, ia berurus niaga dalam mata wang US Dollar. Pendaftaran dibuka sekarang dan mereka menawarkan USD15 untuk yang berjaya mendaftar tapi dengan syarat. Ingin cuba!? Sila daftar di laman web Nufflets disini.
Sebarang bantuan sila ke ruang soalan-soalan yang kerap ditanya di Nufflets.
Nampak gaya semakin banyak syarikat pengiklanan yang wujud di Malaysia. Tapi yang mana satu terbaik dan bisa memenuhi kehendak para penulis blog!?
December 27th, 2007 at 5:18 am
Hummm, saya tak berani letak lagi… Tunggu sahajalah. Tapi akan cuba juga satu hari nanti…
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 27th, 2007 at 5:36 am
Aku nak uji dulu sejauh mana keberkesanannya. Nak guna adsense tapi tak berjaya setakat ini.
Apa pun masih menguji setiap khidmat yang disediakan.
[Balas Komen]
December 27th, 2007 at 8:12 am
he he.. ade org selera iklan teks.. ade org suka iklan imej.. skang da ade dua2, pilih je :)
[Balas Komen]
December 27th, 2007 at 3:12 pm
ermm….aku asa letak semua..biar penuh sidebar..huhuhh
[Balas Komen]
December 28th, 2007 at 3:20 am
aku dah letak tapi nampak ye belum ada iklan lagi yg muncul.. huhu
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 28th, 2007 at 4:05 am
Belum lagi kot!? Rasanya ia akan lihat pada kekalan trafik ke blog kot!?
[Balas Komen]
December 28th, 2007 at 7:43 am
ermm..i pun dah join jugak…makin banyak perluang terbuka utk orang malaysia…sebelum ni harap mat saleh jer…sekarang harapkan orang kita sendiri ler pulak :)
[Balas Komen]
December 28th, 2007 at 1:48 pm
cemane die kira ek? akunye blog dah ade org click tp duit tak jln pun
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 29th, 2007 at 12:06 am
Aku pun masih dalam peringkat percubaan. Kat sini pun ramai yang klik tapi masih 0!? Aku fikir ia sama seperti Nuffnang kot!?
[Balas Komen]
December 31st, 2007 at 4:41 am
[...] baik! Belum lama Nufflets melancarkan kewujudannya, sudah ada plugin khas untuk pengguna wordpress. Plugin ini dicipta oleh Saudara Eddie dan blognya [...]