Sedikit perkabaran tentang kehidupan peribadi aku. Rakan-rakan semua tahu bukan berkenaan pembedahan kecil (minor surgery) yang aku telah jalani. Sebenarnya aku masih tidak dapat banyak melakukan pergerakan dan masih dalam proses pulih.
Tapi apa yang pelik kesan pembedahan tersebut terasa seperti sia-sia. Dan aku masih menanggung kesakitan seperti sebelum melakukan pembedahan. Dan kemungkinan aku terpaksa melalui pembedahan berikut yang lebih mencabar dan bukan lagi dalam kategori pembedahan kecil. Itu kata doktor jika kesannya tidak pulih dalam masa 2 minggu. Teman istimewa aku pun telah mencadangkan perkara yang sama. Aku perlu segerakan perkara ini kerana melibatkan penangguhan rutin harian dan kerja-kerja yang terbengkalai.
Dalam 2 minggu ini, aku masih tidak dapat melakukan rutin harian dengan sempurna dan masih bergantung kepada ubat-ubat dan kelengkapan lain. Dan dalam tempoh itu juga aku bimbangkan komitmen yang perlu aku langsaikan. Nasib baik ada beberapa projek luar talian (offline) yang dapat aku selesaikan. Dalam dunia ini jika semua orang faham apa yang berlaku pada kita tak mengapa tetapi ada segelintirnya yang tak pernah faham.
Ada juga ahli keluarga mengatakan kemungkinan ini berlaku bukan kerana sakit biasa tapi ianya adalah hasil dari perkara mistik seperti ‘buatan orang’. Sejauh mana kebenarannya!? Aku sebenarnya tidak pernah terlibat dalam perubatan tradisional (ubat kampung) atau yang melibatkan perkara-perkara mistik. Jadi disini kemungkinan rakan-rakan lain ada pengalaman mengenainya, tolong beri pendapat tentangnya.
Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dimana ia dapat menjana kebolehan manusia bermain dengan emosi. Ia boleh terbentuk dalam keadaan yang baik atau pun sebaliknya.
Aku tidak mahu menerangkan kembali apa yang telah didebatkan oleh Datok Seri Anwar dan Datok Ahmad Shabery. Aku pasti keseluruhan rakyat Malaysia melihat secara langsung perdebatan antara kedua tokoh tentang isu minyak yang bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak“.