Blog, Berbaloikah!?
Tetiba hari terasa panas apabila membaca beberapa entri yang menyentuh kreabiliti sebagai penulis blog. Dan sebagai salah seorang penulis blog, aku juga tak lari daripada kritikan dari rakan-rakan yang hanya tahu mengkritik tanpa mengetahui walau sedikit pun apa itu blog!
Bak kata Azlina, “Jangan pandang rendah pada blogger“. Benar. Seandainya korang dah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, korang akan tahu kedudukan seseorang sebagai penulis. Macam-macam cara dan gaya mereka mengolah penulisan mereka supaya dapat di publish seadanya. Ada yang sinis. Ada yang membuat review tentang isu semasa. Yang pastinya ada juga yang pedas untuk diterima.
Penulis blog yang aku kenali seperti Ariff, Azhar, Azlina, Mael, Poji dan ramai lagi bukan menulis semata-mata kerana duit atau seperti yang rancak sekarang nie iaitu buat duit di internet tetapi mereka asalnya mereka menulis atas kehendak atau hobi. Bukan diminta untuk dinilai sebagus penulis novel handal tapi cukup lah sekadar sedar kewujudan dimana kami sanggup berkongsi ilmu dengan pelawat. Yang aku tahu kenyataannya, sudah semakin ramai yang menulis di blog! Apa pendapat anda!?
Apa yang aku maksudkan penulis blog disini ialah bagi mereka yang benar-benar ingin menulis. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap penulis blog punyai pengalaman dari bawah dan bersusah payah hingga ke tahap yang mereka miliki sekarang.
Technorati Tags: penulis, blog, internet, pelawat
February 1st, 2008 at 12:20 pm
hari ni saja, ada tiga entri pasal penulis blog ye. haha. bagus, bagus. sehati sejiwa.
saya menulis dah lama. 2002. 2008. bukan sekejap. walaupun tak famous macam bloggers lain, atau so called “pro blogger” yang full time menulis untuk jana wang, atau jadi selebriti bloggers, saya tetap cinta pada dunia blogging. kepuasan. itu sudah cukup. penulis-penulis blog ada nilainya sendiri.
memang ada ramai yang setup blog dan menulis, jadi blogger. tapi daripada yang ramai tu, niche mereka sama saja. tips bagaimana jana wang dari internet and so on, walhal umur blog pun tak sampai setahun jagung. penulis-penulis blog yang baru-baru, untuk mendapatkepuasan berblog yang sebenarnya, tidak hanya perlu tumpukan pada niche carabuatduityangsangatberlambakkatinternet. tulislah tentang perkara lain. menulis tentang diri sendiri, kadang-kadang lebih puas daripada tulis tentang apayangakutliskatatastudahbanyakorangtulis.
perlahan-lahan, seseorang tu akan dapat bina jenama-nya sendiri, dan orang akan kenal gaya penulisannya. tulislah dari hati.
sekian, entah apa yang aku merepek nih.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 3:52 am
Macam ni lah gaya penulisan blog “by heart”!
Betul tu wawa. Saya setuju. Menulis berlandaskan minat dan dengan hati yang terbuka.
[Balas Komen]
February 1st, 2008 at 4:20 pm
Salah tu brader link aku. Just http://www.blogaku.net je. Takde /blog kat belakang tu. Hu3. Btw memang betul. Tak semua orang yang boleh menjadi blogger dan boleh bertahan sampai bila-bila. Ada yang just tahi2 ayam je. Tetapi ada juga yang berjaya sampai dapat duit yang beribu2 banyaknya.
CypherHackz’s last blog post..Makin hari, makin ramai yang menjadi blogger
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 3:55 am
Ops sori Poji eheh tak sengaja.
Aku rasa mereka yg mmg ada keinginan utk menulis dan berkongsi keinginan sahaja yg mampu kekal.
[Balas Komen]
February 2nd, 2008 at 6:06 am
aku setuju..blog adalah suara kita…mana mampu kita bercakap dalam khalayak ramai dengan keyakinan melainkan melalui tulisan…ingat kita dahulu merdeka dengan hasil tulisan yang membina…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 3:57 am
Betul juga tu. Sebanarnya org kita ramai yg tahu menulis dan berjaya hasil dari penulisan mereka. Blog antara salah satu jalan mudah utk bermula.
[Balas Komen]
February 2nd, 2008 at 9:59 am
Well dlm kes sy plak ..sy ni pembaca blog je. Tapi sy rasa tanpa blogger pun tak ada maknanya.Sbb blogger ni masterpiece untuk sesuatu isu di jaringan internet. Sy faham benar apa perasaan apabila menulis,walau sekecil artikel di suratkhabar pun.Sebab saya pun merupakan seorg novelis. Tapi bagi blogger,kita semua amat perlu golongan spt ini kerna sdikit sebnyk tanpa kita sedar,mereka juga memainkan peranan penting di kalangan pelayar internet yg inginkan malumat dan pendapat umum mengenai sesuatu perkara. Apa pun sy rasa bila kita ikhlas menulis dan hanya ingin memaparkan apa yg terbaik,maka kita akan menjadi penulis terbaik.Tak kisahlah penulis laporan ke..novelis ke..wartawan ke dan especially blogger…hasil kita pasti ada yg menghargai bila mereka tahu menghayati….
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 4:00 am
Sgt setuju dgn komen cik shila.
Mungkin utk kalangan org kita, menulis di blog perkara baru. Fenomena ini masih belum diterapkan dlm jiwa org kita. Sdgkan ramai org kita yg pandai menulis tapi mereka masih ada jurang dalam dunia IT. Syg kan!!??
[Balas Komen]
February 2nd, 2008 at 2:58 pm
aku dah dua tahun dlm berblogging, walaupun azwanhadzree dot com baru genap setahun. masing-masing mempunyai tujuan sendiri untuk blog, tapi hanya yang betul betul nak berblog je yg akan tahan lama :)
azwanhadzree’s last blog post..DIY Accidents, Monday’s Story
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 4:03 am
Benar. Lama atau baru bukan ukuran utk kita pandai menulis. Bg aku bila sesorg yg mmg ada keinginan utk menulis, mereka akan berusaha utk mencari identiti mereka sendiri dgn gaya penulisan mereka.
Pandai bercakap atau membebel x semestinya penulisan mereka juga bagus kan!?
[Balas Komen]
February 2nd, 2008 at 7:49 pm
Saya tulis jer apa yg saya rasa nak tulis. Takder pun harapkan orang baca tulisan saya, sekadar nak mendokumenkan kehidupan untuk saya dan anak anak baca balik empat lima tahun akan datang. Satu bonus bila ada orang lain yg nak baca. Blog saya pun ada iklan, tapi tak pernah dapat duit atau apa apa imbuhan lagi pun. Biarlah!
mazudi’s last blog post..Tanpa Kertas
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 4:07 am
Kategori sama seperti aku! Menulis bukan mengharapkan balasan atau penghargaan semata-mata. Iklan tu spt satu bonus bila kita menulis. Tapi bukan mengharap utk dibayar mahal atau tinggi.
[Balas Komen]
February 3rd, 2008 at 1:14 pm
Saya, no komen… Orang nak kutuk pasal pemblog? Maksudnya orang tu kurang ilmu. Majoriti pemblog, bukan menulis pasal gosip liar, kewangan dan sebagainya… Tetapi mengenai kisah diri. Pendapat peribadi.
Tak perlu dinilai.
Tak perlu dipersoal.
Kerana, blog itu makanan mual, bagi mereka yang sebal!!!
Marah nehhh….
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 4:14 am
Tau tak pe En Azhar, aku mula-mula baca artikel mengenainya pun ‘berangin’ juga.
Kita menulis dengan nilai-nilai murni dan masih ‘bertapis’. Berkongsi idea, pendapat dan ilmu utk kepentingan bersama. Dengan harapan makin ramai orang kita semakin maju dan mulai sedar!
[Balas Komen]
February 4th, 2008 at 11:11 pm
org yg menulis blog, mindanya akan sentiasa berkembang kerana sentiasa berfikir benda yg hendak dipublishkan
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 4:21 am
Benar, aku setuju!
[Balas Komen]
February 5th, 2008 at 3:10 pm
aku tak pernah amik tahu pendapat org lain ttg keje aku sebagai seorang blogger..
aku mmg suke berblog kerana dr situ aku kenal ramai kawan2 blogger yg lain, dan dlm masa yg sama aku dapat sampaikan segala idea dan isi hati aku pada org lain..Aku berblog kerana syok sendiri.so sape peduli? bukan mereka yg bayar hosting dan domain aku..
catzer’s last blog post..Webmaster Branding
[Balas Komen]
shila Reply:
February 6th, 2008 at 3:09 am
betullah catzer..bukannya depa yg bayar,kan? MEnghargai tak tahu asyik nak kutuk je…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 6th, 2008 at 4:23 am
Betul tu. Siap berbayar lagi utk menulis kan!? Itu lah jiwa seorang penulis yg bukan sekadar ingin sembahkan penulisan tapi design blog juga penting.
[Balas Komen]
emptyspace Reply:
February 6th, 2008 at 12:00 pm
betul tu aku sokong.. dan kerana mereka yg blog semata-mata kerana duit dan politik la buat nama blogger tercemar di negara kita..
emptyspace’s last blog post..Tag : 8 Things That You Did Not Know About Me
[Balas Komen]
February 6th, 2008 at 11:07 am
kalo sumer tulis tuk duit, dah tak banyak blog hidup dah…kita tulis sebagai hobi..huhu
aman’s last blog post..Cara Google Melawan Laman Web Spam
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 6:20 am
yup generally
[Balas Komen]
February 6th, 2008 at 11:16 am
coretan kisah hidup seseorang… :)
gie’s last blog post..Diriku semakin berusia
[Balas Komen]
February 6th, 2008 at 11:37 am
aku blogging sebab aku suke dan aku enjoy setiap kali blogging.cuma kena pandai tweak untuk income masuk
Fahmishah’s last blog post..Opocot! Mak Kau!
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 6:23 am
Betul tu.
[Balas Komen]
February 6th, 2008 at 12:02 pm
p/s: kenapa kat bahagian komen ni takleh highlight ek? pastu link takleh klik la
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 6:28 am
ek… apa maksud ko rif!!??
[Balas Komen]
February 7th, 2008 at 3:52 am
aku berblog sebab aku rasa tak ramai askar yg berblog..haha :P
tentera’s last blog post..Kecurian kabel di kampungku
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 6:25 am
Jadi antara pemulanya eheh
[Balas Komen]
February 8th, 2008 at 7:58 am
[...] ada blog memang berbaloi [...]
February 8th, 2008 at 8:22 am
yeaa memang berbaloi kalo betul2 fokus nak buat duit. dan pelbagai rencah peristiwa yang boleh kita terokai melalui rakan2 bloggers yang lain… tak gitu???
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 8:39 am
Pecahkan tradisi yang sedia ada eheh
[Balas Komen]
February 8th, 2008 at 10:02 am
dulu, saya memulakan blog sebagai satu manifestasi escapism terhadap beban tugas sebagai student. lama-kelamaan, ia menjadi satu medan utk berkongsi pengalaman dan idea bersama teman-teman lain. tapi, yang paling bermakna apabila kita mampu memberikan inspirasi dengan cara yang tersendiri kpd pembaca melalui tulisan yang sama-sama mengingati dan menasihati. bukan utk org, tetapi utk diri sendiri juga.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 10:42 am
Benar! Dan ia memberi kita skop yang lebih luas untuk menulis tanpa sempadan. Kita akan rasa perubahan minat untuk menulis apabila sudah lama menulis.
[Balas Komen]
February 8th, 2008 at 10:23 am
memang berbaloi….
nice blog..verey informative
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 8th, 2008 at 11:12 am
Thanks! Tapi aku masih baru dan banyak perkara yang perlu aku perlajari. Bersama-samalah kita menjadikannya lebih berbaloi.
[Balas Komen]
February 12th, 2008 at 9:40 am
[...] Seperti yang aku pernah isukan dalam blog ini pada entri yang lalu, aku ingin kongsikan apa yang aku mengenai pembinaan sebuah blog. Topik ini lebih khusus kepada orang baru (newbie) dan harapan aku dapat kerjasama dari rakan-rakan blog lain yang lebih senior untuk berkongsi ilmu dan fakta. Dan harapan aku semoga dunia blog menjadi semakin menarik dan semakin ramaiyang terlibat dengan syarat korang memang benar-benar ingin menulis. [...]
February 18th, 2008 at 6:27 pm
[...] penaja: Jika anda melayari internet atau berblog sekadar suka2, maka post ini bukannya untuk korang. Sila abaikan dan baca topik2 lain pada blog [...]
February 22nd, 2008 at 8:54 pm
Berblog mmg berbaloi, drpd buang masa tak tentu hala. Mana tau, 2-3 tahun lagi blog meletup, bleh dpt income 3-4 angka kan
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 25th, 2008 at 6:56 am
Benar. Tapi jangan letakkan harapan terlalu tinggi dengan beranggapan menulis kerana ingin kan pendapatan.
[Balas Komen]
October 17th, 2008 at 5:13 pm
Aku menulis apa yang aku rasa perlu untuk ditulis dan dikongsikan.Kadangkala ilham datang tiba-tiba untuk terus diterjemahkan ke blog. Kalau nak menulis pasal buat duit di internet aku lebih senang berkongsi apa yang aku memang tahu dan mendapat hasil darinya. Tu pun tak terlalu keraplaa.. sebab kadangkala aku sendiri boring kalau ceritanya tentang duit sajakan.. Apapun entri aku hari nii memang pasal wang yang aku baru terima dari internet.. heheh
Entri terkini yang dikemaskini nuaeman diblognya : Bayaran dari Awsurvey dan Artikel
[Balas Komen]
Megat Reply:
October 17th, 2008 at 10:05 pm
aku juga seperti ko man. tapi sejak kebelakangan ini aku lebih serius tetapi tidak meninggalkan kepentingan blog ini untuk meluahkan perasaan. ianya dah jadi seperti tempat berdiskusi dan menenangkan fikiran.
blog ini aku fokus kepada niat utama aku iaitu perkongsian ilmu, nasihat, pengalaman dan ianya secara menyeluruh. dalam masa sama aku memiliki byk blog untuk buat duit dan tidak campur adukkannya.
[Balas Komen]
November 1st, 2008 at 1:46 pm
berbaloi…menulis blog adalah satu kepuasan pada aku..aku dapat luahkan ape yang aku nak luah..jadi, marilah kita semua terus menulis blog sbb ianya sgt berbaloi..huhu
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 6th, 2008 at 11:19 am
ya, macam itu lah aku. menulis atas kepuasan. bila dah lama menulis, sedar akan kebolehan blog.
terus menulis!
[Balas Komen]
November 5th, 2008 at 4:05 pm
Yup ramai orang buat blog skang sebab kerana duit iklan yg dipasang kat blog, contohnya blog Mp3 dan blog gosip artis, tumbuh bagaikan cendawan
baru2 ni aku dapat komen kat shoutbox aku= “bro aku dah klik iklan blog ko, ko klik blog aku pulak ye, majulah blogger untuk semua”
ewah camtu pulak gaya blogger2 baru nih
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 6th, 2008 at 11:21 am
huh tak kena band ke macam tu!? menulislah kerana keinginan dah bakat yang terpendam.
dalam masa sama belajalah bagaimana kemampuan blog dalam menjana pendapatan tamabahan malah boleh dijadikan sumber utama macam aku lakukan sekarang ni (masih baru tapi berbaloi).
penulis blog baru perlu belajar asas tatacara berblog!
[Balas Komen]
November 6th, 2008 at 11:08 am
pakcik pon baru je berblog nie.. tak sampai 1 tahun pon.. nak kata income banyak dari blog… pakcik kata masih lom dapat pulangan pon.. tapi pakcik tetap tulis blog.. dari blog nie gak pakcik dapat ramai kawan cyber….
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 6th, 2008 at 11:23 am
teruskan menulis pakcik. kebolehan yang diasah akan datang sendiri dalam masa kita menceburkan diri dalam bidang ini mungkin melalui pengalaman berinteraksi dengan penulis lain.
sudah tentu blog boleh menghasilkan duit. yang penting usaha dan pandai mencari peluang sebagai kunci kejayaan.
[Balas Komen]