Pembubaran Parlimen
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam transkripnya pada tengahari jam 12.35pm di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya telah mengesahkan pembubaran parlimen. Ini bermakna pilihanraya ke 12 akan berlangsung.
“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan”
Artikel dari Utusan Malaysia Online.
Adakah korang sudah bersedia untuk mengundi!? Bersama-sama lah kita menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang punyai pendirian dan bijaksana.
Technorati Tags: parlimen, utusan, malaysia, perdana menteri, pilihanraya, undi, putrajaya
Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!
February 13th, 2008 at 11:01 am
Banyaknya tanggung jawap….
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 11:06 am
kat blog aku ada video dia…
http://sebolku.blogspot.com/2008/02/video-pembubaran-parlimen-oleh-perdana.html
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 4:32 am
Ok. Terima kasih!
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 11:25 am
saya masih belum sampai umur untuk mengundi.jadi aku hanya boleh memerhati dan berikan pendapat bukan mengundi
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 4:36 am
Akan sampai masanya. Tak cukup umur utk mengundi tak semestinya tak tahu apa-apa mengenai politik kan!?
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 12:48 pm
Errmm…Selamat berkempen lepas ni.
Tapi kan…Terasa pelik la, semalam dalam berita ‘beliau’ nafikan akan bubar parlimen hari ni, tetiba bubar pulak pagi ni. Rasa macam penipu jer…pengasas Islam Hadhari ni…
Setidak2nyer cakap ler belum dapat ilham lagi, kan manis….
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 4:39 am
Mungkin dilema menunggu keputusan dari yang dipertuan agong.
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 4:07 pm
Seronok tengok bendera2 parti menghiasi di sana-sini. Tapi yang tak tahannya bila tengok berita2 di TV yang berat sebelah dan berita itu hanya disiarkan ketika musim pilihanraya saja.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 4:41 am
Sudah pasti. Itulah mainan politik yang perlu kita tahu bro.
[Balas Komen]
February 13th, 2008 at 4:28 pm
cita2 terbesar saya..nak pangkah pada ‘column’ ayah sendiri sebagai wakil rakyat…hehe…ini kali kedua saya mengundi pada umur 26 tahun..berbeza pada umur 22 tahun (P/raya lalu) saya cuma datang dan pangkah sahaja. Sekarang definisi memilih lebih meluas bagi saya..sebab saya tahu apa yang saya mahu dan tahu apa yang sewajarnya dipilih… kepada semua warganegara, marilah menjalankan tanggungjawab bersama…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 4:44 am
Bagus lah macam tu. Pengalaman mengajar erti segalanya kan!? Dari tak tahu apa-apa sehingga bersama-samanya.
[Balas Komen]
February 14th, 2008 at 5:22 am
Udah2, mahu beli tiket balik ke pahang ni….
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 5:26 am
Selamat mengundi En Azhar!
Aku dekat je dgn kawasan aku, Kota Tinggi.
[Balas Komen]
February 14th, 2008 at 6:02 am
Undilah kerana ianya tanggungjawab anda semua..
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 14th, 2008 at 7:11 am
Setuju! Kita sendiri yang akan tentukannya.
[Balas Komen]
February 14th, 2008 at 3:51 pm
Semoga tiada mainan kotor dalam pengiraan undi yang akan dijalankan pada 8 Mac ini…
[Balas Komen]
afham Reply:
February 14th, 2008 at 5:35 pm
kita mahu bersih!!
[Balas Komen]