Pengaruh Blog
Nampak gaya penulis blog semakin mendapat tempat oleh masyarakat kita terutama kepada kerajaan negara kita sendiri. Buktinya semakin banyak artikel yang dikeluarkan mengenai blog dan topik-topik berkenaannya. Semalam aku terbaca di akhbar berita harian yang menulis mengenai blog dibawah tajuk artikel “Penangan Blog“.
Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.
Mereka sudah nampak bahawa penulis blog bukan menulis artikel sampah semata-mata malah menjadi medium untuk penulis menyampaikan mesej-mesej tertentu secara terbuka. Melalui blog penulis bukan hanya mampu menulis perihal politik sahaja malah berkenaan idea serta ilmu tertentu yang berkait rapat dengan penulis blog. Ini secara tak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada ramai pembaca yang sentiasa dahagakan maklumat baru dan terkini.
Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.
Memang di akui penulisan blog semakin menjadi popular selepas pilihan raya umum ke 12. Malah ada individu yang berpolitik sudah berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog. Kesedaran mereka ke atas tindakbalas terhadap dunia blog yang penuh dengan isu-isu yang bisa merubah kehidupan individu dan kerajaan.
Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.
Penulis blog bebas untuk menulis tentang apa sahaja yang mereka mahukan. Tetapi hendaklah mengikut tata susila dan ketertiban dimana tidak terlalu melampau sehingga melibatkan sensitiviti kaum, agama dan perkara lain.
Jadikan penulisan di blog sebagai media perantaraan untuk menyampaikan sesuatu yang berguna dan berilmu. Jangan jadikan medium pertempuran mengenai sensitiviti antara manusia!
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Monday, April 21st, 2008 at 7:46 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa dan tag Tags: blog. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
April 21st, 2008 at 2:02 pm
bila kita sudah dapat perhatian maka selepas ini hindarkan dari berkata fitnah di dalam blog kerana ia bakal menyusahkan blogger itu sendiri.
[Balas Komen]
April 21st, 2008 at 6:18 pm
Aku harap penulisan blog aku takder beri apa apa kesan mental pada sapa sapa. Aku hanya blogger yang kecil.
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 2:26 am
slm bro, mmg setuju banget..skrang ni dah ramia memiliki blog sendiri..:) blog kecil cam aku ni mmg tak membantu memperkembangkan minda masyarakat, smoga blog2 yg lebih berilmiah akan lebih byk..:)
btw, yg masuk akhbar tu ko kenal tak? aku slalu masuk blog dia,hehe..
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 2:41 am
ariff
benar. selepas ini kena lah lebih berhati-hati, jangan jadi penulis terlampau dah la eheh
mazudi
sama la aku pun eheh. apatah lagi berkenaan politik. aku hanya suara kecil yang ada tanggungjawab kepada rakyat juga ;)
acai
sebenarnya blog macam ko lah yang beri dorongan kepada pambaca. pertanian dan ternakan. tak percaya ko tengok seo ko :p
kenal juga.
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 4:17 am
dgn berblog kita dpt mencurahkan apa yg terbuku di hati..sekurang2 nya dpt la kelegaan sikit..
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 7:40 am
chot
betul tu bro. tidak terlalu skima dan tidak terlalu santai tapi penuh dgn pengajaran :D
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 1:56 pm
Ya! blog adalah “senjata” zaman ini, kenapa la “kerajaan” yang memerintah lembab sangat nak sedar perkara ni?
merugikan diri sendiri, kesian :)
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 2:18 pm
tahun ni .. tahun bloggers (at least in malaysia) .. sampai ada rancangan tv mengenai blog dan juga a permanet spot in a local newspaper.
[Balas Komen]
April 22nd, 2008 at 2:42 pm
kadang2 mcm akan rasa rimas plak sebab everybody starts to talk about blog. hehe :)
[Balas Komen]
April 23rd, 2008 at 9:06 am
emme
masa tu mereka dok ingat blog ni senjata pembangkang uhuhu
azwan
ya betul. menulis lah selagi anda ada idea untuk dikongsi sebagai maklumat berguna kepada orang kita ;)
knizam
betul cik nizam. sama macam dok lepak kedai kopi kat kampung kan!? tapi itulah hakikat yang kita terpaksa terima. masing-masing akan cuba berkata topik yang sama tapi dengan cara pengolahan mereka sendiri.
[Balas Komen]
April 23rd, 2008 at 9:24 am
blog menjadi kebiasaan buat mude mudi..
info di hujung cari…
[Balas Komen]
April 23rd, 2008 at 10:01 am
afham
betul tu. budaya dunia moden ;)
[Balas Komen]
April 24th, 2008 at 3:45 pm
[...] terlalu banyak kat internet, serta kemunculan blog blog baru yang beratus ratus dalam sehari dengan pengaruh blog nya yang tersendiri, peluang untuk seseorang pembaca datang balik ke blog kita juga menjadi semakin [...]
April 24th, 2008 at 10:25 pm
nk blaja blog leh lawat blog sy
[Balas Komen]
April 25th, 2008 at 10:33 am
bagi aku, blog itu adalah kanvas dan penulis boleh diibaratkan sebagai pelukisnya. Pelukis yg berbakat sudah tentu dapat melukis sebuah lukisan yang cantik dan bernilai. Penulis blog yang bijak dapat menghasilkan tulisan yang penuh dengan ilmu2 berguna untuk pembaca-pembacanya
[Balas Komen]
April 26th, 2008 at 3:06 am
blogmenjerit
blog yang cantik serta kemas! bagus teruskan usaha anda.
syam
benar seperti kita hidup di muka bumi ini juga. muka bumi ini adalah pentas dan kita sendiri adalah pelakonnya. jadi, kitalah yang mencorakkan kehidupan kita sendiri.
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 5:18 am
benda ketiga yg ko quote…aku rasa penulis artikel 2 buta blog atau bias…
antara sbb orang percaya fakta kat blog ialah sbb fungsi “comment”….berbeza ngn fakta kt brita harian atau utusan mahupun tv3 yang pembaca atau penonton xleh bg respon terhadap apa yg disampaikan…blog, kalau ko tulis pasal fitnah yg mmg memalukan sape nk percaya dan sudah tentu ramai org kutuk dalam komen…dalam akhbar, kalo penulis akbar fitnah pun nak komen kt sape??
anyway, akhbar arus perdana mmg sucks dan bias!
[Balas Komen]
April 27th, 2008 at 6:15 am
melayubuntu
benar! masyarakat kita bijak membuat kesimpulan ke atas isu-isu berkenaan.
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 12:05 pm
betul bos..yang penting nulus jujur dan saling menghargai
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 12:29 pm
ya. sampaikan berita dan pendapat dengan jujur dari akal dan hati yang sihat.
[Balas Komen]