Perhimpunan 100K Rakyat, Bersih!!??

Di Dataran Merdeka pada 10hb November 2007, berlangsungnya acara ‘gemilang’ di ambang “50 Tahun Merdeka” dan Tahun Melawat Malaysia 2007. Apa lagi yang harus diperkatakan sememangnya ia tetap terjadi sekalipun telah dilarang oleh pemimpin negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Banyak artikel-artikel dan ulasan-ulasan menarik boleh didapati di pemikiran kuning yang baru, tahniah rakyat malaysia, koleksi gambar perhimpunan bersih 10 november 2007, gelombang kuning la kononnya dan banyak lagi.

Aku sengaja tidak kupas isu ini di entri sebelumnya kerana kali ini aku ingin melihat penerimaan masyarakat (termasuk blogger) tentang isu ini. Isu seperti ini memang cukup cepat mendapat tindakbalas! Dan sudah pasti tindakbalas amat pantas apabila mereka mendapat maklumat melalui internet dan dapat melihat senario masyarakat kita yang masing-masing cuba mempertahankan hak-hak mereka.

Tapi adakah berbaloi mereka melakukan sedemikian!? Atau hanya menyahut sahutan orang lain tanpa memikirkan empunya diri mempunyai hak untuk tetapkan pendirian!? Ayat yang terlalu sinonim dengan hidup kita, “Tepuk dada, tanya selera”atau mereka lebih suka “nila setitik, rosak susu sebelanga”!?

Aku bukan nak menambahkan lagi perasa ke atas isu ini yang dah cukup manis, masin dan pahitnya, tapi aku hanya nak ajak bersama-sama merenung senario yang berlaku. Bandingkan pula apa yang telah kita lakukan untuk negara dengan apa negara dah lakukan untuk kita!? Tolong jangan jadi ikutan orang lain, jadilah diri sendiri. Jangan agungkan budaya ‘tai ci’ (menuding jari/meletakkan kesalahan pada orang lain), dimana ia adalah budaya penjajah. Apa yang kita capai hari ini termasuk lah dapat menulis di blog di internet adalah hasil dari platform yang begitu berpengalaman.

 

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

12 Responses to “Perhimpunan 100K Rakyat, Bersih!!??”

  1. vangardx kata :

    aku harap jangan smapi dioarng nak block access untuk wordpress dan blog2 lain..mcm yg dikenakan oleh negara china..berikan mereka sepatah dua kata utk menulis dan mengeluarkan isi hati

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ada perkara mmg patut dicegah jika ia menuju kearah negatif

    [Balas Komen]

  2. Mazudi kata :

    No komen utk isu ni, tapi buat aku mengiakan idea kau pasal “ikut orang”.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    “ikutan”, “sependapat” adalah perkara yang berbeza eheh

    [Balas Komen]

  3. sejuk kata :

    hehehe malas nak berbicara pasal isu ini.kita malaysia dan kita adalah negara demokrasi.bebas untuk menuntut hak.tapi biarlah kene pada tempatnya,
    salam sejuk.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    benar. yang perlu kita pastikan dan manjadi tanggungjawab kita ialah demokrasi tetap terpelihara

    [Balas Komen]

  4. chot kata :

    dah byk kali parti NGO mintak permit tp xpernahnya dpt..tapi yg heran permit kadang khinzir bole pula..
    yg heran lg parti NGO buat demon secara aman tp lepas tu kena palangkong dgn FRU..tapi bila penduduk cina kg tempat bela khinzir tu buat demo polis dan FRU takut nak beduk..FRU takut cina rupanya…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    pelik dan hairan kan!? uhuhu.

    [Balas Komen]

  5. Azhar Ahmad kata :

    Apa yang Incik Megat cakap, itulah juga isi hati saya. Say boleh sahaj buat entri pasal org kuning dan sebagainya, tetapi, memikirkan, inikah cara kita. Bila Najib gunakan istilah goblog untuk blog, ramai pula yang melenting. Bila blog kutuk kerajaan, kerajaan bising-bising. Blog sekali lagi kutuk kerajaan…

    Agak2 sampai bila senario ni akan berterusan?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    selagi ada anasir-anasir yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dinikmati sekarang. mungkin!?

    [Balas Komen]

  6. almomok kata :

    hahaha… bodo betol ler… nk mintak permit yg berarak kt dataran tu wat per… mmg ler xdpt permit … cuba mintak dlm stadium bukit jalil ker apa ker.. kompom dpt… tu la nk kata akal pendek marah.. isu babi ler apa ler… mana nk jln coz Pak Lah sibuk bela jin tu yg sibuk bangat tuh hehehe…

    menyusahkan org lain je la perhimpunan tuh…. lain la x menyusahkan org…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    klu derang dah fikir camtu, dh tentu jadik aman. tp ada perancangan sebaliknya kot mok eheh

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.