Persediaan Membuat Duit Di Internet
Tidak dapat disangkal lagi bahawa melalui internet boleh buat duit. Sudah ramai usahawan internet telah dilahirkan. Sudah ramai yang telah buat duit di internet secara serius.
Mungkin ada yang sudah ketahui akan kewujudan fenomena baru ini. Mungkin ada yang masih terpinga-pinga bagaimana boleh buat duit di internet. Mungkin juga ada yang memang tidak mahu ambil tahu langsung.
Secara peribadi aku sendiri mulai nampak akan impak yang dapat dilakukan oleh kemudahan internet dalam menjana pendapatan.
Rasanya belum masanya untuk menceritakan sedalam-dalamnya bagaimana anda boleh menjana duit. Apa yang aku suka ingatkan ialah apakah persediaan atau langkah-langkah awal yang anda perlu ambil untuk menuju ka arah tersebut.
Aku sendiri sedang berusaha menuju kearah itu dan bersama-sama juga aku mengajak kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan sedemikian. Cuma setakat ini ianya bukan semudah yang disangka tetapi jika anda ada usaha untuk kearah itu, insya allah usaha anda akan berbaloi!
Aku sedang persiapkan diri aku dengan ilmu-ilmu yang didapati melalui ebuku-ebuku (ebooks) yang banyak terdapat di pasaran internet dan juga sifu yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Alhamdulillah, yang paling penting anda perlu mencari kekuatan minda, mencari mentor sebagai rujukan dan belajar teknik-teknik yang betul.
Insya allah aku secara peribadi akan berkongsi ilmu yang ada setakat ini. Ya lah ilmu tak baik simpan sendiri dan lebih baik dikongsi bersama. Rezeki masing-masing kan.
Apa yang perlu anda perlu cuba nasib, siapa tahu anda adalah salah seorang usahawan internet yang berjaya seperti yang sebelumnya.
August 3rd, 2008 at 12:15 am
Salam bro.
Huhu.. Megat dah mulakan satu langkah baru ni.
hey.. nice favicon. red capital M.
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 12:35 am
mazudi - salam en mazudi. insya allah sejak aku byk masa terluang ni, aku byk cari info ttg perkara ni. rasanya aku tak kan lepaskan peluang dan harus cuba nasib.
thanks!
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 12:43 am
hehe aku dah merasa sket buat duit kat internet. hehe :)
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 12:52 am
knizam - tahniah! aku selain dari nuffnang belum ada apa-apa pendapat lagi. insyaallah aku cuba usaha kearah tu.
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 1:27 am
Wah…Megat, perubahan arus perdana blog Megat…aku nak tambah satu “MEGAT.NET-Minda-Emosi-Moral-Money ” amacam :)
guaru jer bro…. eloklah tu, sememangnya melalui internet ni kita boleh buat duit dan aku telah merasainya dari dulu hingga kini
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 1:29 am
oopsss lagi satu…amacam ngan hadiah Graphics Pack tu…enjoy tak :)
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 1:36 am
afzaiafandi - uiks eheh. mungkin aku akan menulis di blog lain. blog ni akan tetap jadi blog personal/general.
terima kasih psl hadiah tu. menarik & enjoy!
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 3:14 am
aku sedang usaha sgguh2 ni nak cari duit kat internet..alhamdulillah, aku ade dapat tapi sikit je..walaupun sikit, aku happy pasal dapat gak merasa dapat duit kot internet ni..
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 3:33 am
mohd hafifi - insyaallah atas usaha yang jitu, aku rasa memang berbaloi. lagi pun di malaysia sudah ramai IM. maka margin kita semakin besar.
aku juga sudah merasai walau tak banyak. cuma aku nak lebih serius dan tetap.
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 4:10 am
Selamat berusaha untuk enche’ megat! =D
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 4:19 am
atiqah - terima kasih iqa! ada bunyi mcm nama arab arr eheh
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 10:16 am
tapi aku risau gak sbb kadang2 terlalu fokus smpi “terponteng” kelas..mintak2 lecturer aku xde masuk sni..hehe
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 10:39 am
pakcik pon memula buat web nie sesaja je.. tapi semalam tak sangka plak dapat duit paypal dari link back.. baru sblan je pakcik guna program linkback tuh.. tuh pon titan yang habaq
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 1:51 pm
mohd hafifi - hoho masalah juga tu. tapi kalau lakukan perkara baik demi kepentingan masa depan xpe kot!?
uncle g? - wah bagus lah klu dh mulai berhasil. aku msh case study lg. nnt share lah pengalaman ko
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 10:48 pm
hulamak bro. nampaknya kau mula mengorak langkah sebagai mentor IM. keep it up bro! aku tunggu tips bernas dari kau.
ps: penat beb wat blog walking. sampai kat blog kau ni masih ada 95 entri lagi aku tak baca. sambung esok je la. aku nk tido. sok keje…
[Balas Komen]
August 3rd, 2008 at 11:51 pm
syam - pelan-pelan kayuh bro! ko kan dh xs internet len kali blh sambung eheh. insyaallah klu xde apa aral nak juga merasa duit hsail dr internet, xde la jd mentor. benda baik kita kongsi ;)
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 11:44 am
blog aku pon dah mula memberi duit ke aku melalui S.Review w/pun blog free - ttp duit masuk juga…
unt mjadi usahawan internet aku rasa kalau nak kayuh - aku kena kayuh lagi pelan laa aku rasa…
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 11:54 am
belum pernah mencuba, cuma dari nuffnang…baru setahun dan sudah dpt hasilnya
sebagai motivasi
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 1:01 pm
wah dah mula mengorak langkah bro. bagus. usaha tangga kejayaan
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 4:59 pm
aku kini dpt peluang menulis di blog fototeacher.com dgn bayaran bole tahan gak la..hehe
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 5:30 pm
zen - tahniah! sekurang-kurangnya ada hasil. ya kena belajar selok belok dl. kebykan yg kecundang apabila mereka main terjah je.
kujie - sama cam aku juga, nuffnang. dah beberapa kali dapat hasilnya wpun blom cukup setahun. yup ianya motivated juga.
taukey - insyaallah. terima kasih taukey! aku perlu belajar byk lg. sbb ianya x semudah nuffnang eheh
chot - wah menarik! rezeki ko kan. lagi pun aku baru nak bergerak cergas uhuhu
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 5:45 pm
Baru beli broadband leh la lebih serius lepas ni..heheh
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 7:11 pm
ezad - wah dh beli broadband, bagus. lepas ni kita serius.
ps : bila boleh jumpa eh!?
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 10:13 pm
kalau nuffnang dah blh buat, adsense mgkn dapat buat sebab pay per click gak. hmm apa pun langkah pertama mmg perlu.
Study paling penting takut silap langkah. takut akibat padah. hehehe.
[Balas Komen]
August 4th, 2008 at 10:42 pm
taukey - ooo yer ker!? baru aku tahu adsense juga dalam kategori PPP. terima kasih insyaallah dicuba satu persatu.
[Balas Komen]
August 5th, 2008 at 12:39 am
cayunk2…
pecah batu pecah kepala
apalagik..kasi pecahla…
ehehe
[Balas Komen]
August 8th, 2008 at 6:07 pm
nampak gaya ramai yang sudah mengorak langkah. :)
[Balas Komen]