Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Anwar Menang Besar!
Keputusan rasmi sudah diketahui pada jam 9.45 malam tadi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar dengan majoriti 15,671 undi. Beliau sebagai Penasihat PKR menerima undian sebanyak 31,195 berbanding calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah yang meraih 15,524 undi - sumber dipetik dari Malaysiakini.
Kredit gambar kepada Daylife.
Malam tadi aku tak dapat berada dalam talian (online) kerana masalah yang dihadapi oleh celcom broadband! Sekali lagi perkara yang berlaku seperti sebelum ini. Pagi ini aku berjaya berada dalam talian!
Aku bukan nak berkongsi masalah talian internet aku tetapi tentang realiti yang kita terpaksa terima sejak kebelakangan ini. Untuk pengetahuan kau, aku bukan jenis yang bersikap fanatik tentang sesuatu parti atau isu dan blog aku ini bukan dibentuk khusus untuk cerita perihal politik.
Aku lebih suka bercerita apa yang berlaku disebalik sesuatu perkara. Berdasarkan fakta diatas iaitu DS Anwar telah memenangi pilihanraya kecil dengan mejoriti besar! Apa sebenarnya yang berlaku?
Dalam tempoh berkempen, pelbagai isu timbul. Macam-macam cerita yang dijaja, isu liwatlah, isu sumpahlah dan macam-macam lagi. Kesimpulannya mereka bertindak seperti budak-budak kecil yang suka bermain ’sumpah’ dan putus kawan. Oh betul ke yang aku lihat!?
Realitinya rakyat sudah mulai sedar dan memerlukan perubahan pada dasar kepimpinan dan pemerintahan negara yang lebih memihak kepada mereka. Isu-isu semasa yang timbul sejak kebelakangan ini seperti harga minyak petrol yang naik mendadak, harga barang-barang keperluan harian turut juga naik dan kos-kos yang secara tak langsung bersangkut paut turut memebri kesan kepada rakyat.
Dan atas isu-isu tersebut juga menjadi modal kepada calon-calon yang berkempen untuk mendapat tempat di hati rakyat. Buat parti pembangkang ianya menjadi senjata untuk mencari peluang memenangi hati rakyat. Bagi kerajaan pula akan memberi pelbagai alasan dan mencipta isu-isu baru sebagai lawan balas pada pernyataan yang disebut parti lawan (hu3).
Yang penting disini ia perlu dilihat dari sudut pandangan rakyat itu sendiri iaitu melihat kelemahan dari parti-parti tersebut. Rakyat tidak lagi menilai sesuatu perkara dengan pandangan kosong, tidak melihat dari satu sudut sahaja dan tidak lagi boleh dipekotak-katikkan.
Benar atau tidak janji DS Anwar sebagaimana disuarakannya sebelum ini, kita tunggu dan lihat!
Kepada rakyat pula, jangan hanya kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”! Aku tak nak sesuatu perkara berlaku berasaskan sifat dendam, biarlah ia berlaku secara profesional.
Technorati Tags: anwaribrahim, pilihanraya, permatang pauh, pkr, bn, umno, liwat, sumpah
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Wednesday, August 27th, 2008 at 10:22 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Komuniti Sosial, Islam, Renungan, Psikologi Dan Kemanusiaan dan tag Tags: bn, liwat, permatang pauh, pilihanraya, pkr, sumpah, umno. Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
August 27th, 2008 at 10:31 am
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Anwar Menang Besar! | MEGAT…
Dalam tempoh berkempen, pelbagai isu timbul. Macam-macam cerita yang dijaja, isu liwatlah, isu sumpahlah dan macam-macam lagi…
August 27th, 2008 at 10:39 am
Wah
Sudah berpetalignstreet nampaknya.
Entri terakhir Hasbullah Pit yang dikemaskini : Aksi Blogawan Ketika PRK Permatang Pauh
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 10:48 am
aik, jumpa disanakah? mahukan trafik juga eheh.
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 11:17 am
already win big…i just wait the next step PR will take…wait and see
Entri terakhir zen yang dikemaskini : Ooh Ooh Gorilla By Pichaya
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 11:56 am
yeah wait & see but with analysis!
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 12:01 pm
hope that he can walk the talk…. if not jadi NATO laaa… no action talk only….
Entri terakhir shaxx yang dikemaskini : Firemen to the Rescue
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 12:09 pm
yup. let’s wait & see, do some analysis to make sure of that.
hopefully there is not about the revenge on previous tragedy!
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 12:14 pm
aku menunggu apakah yg diwar-warkan ttg pertukaran pemerintahan akan berlaku… dan menunggu adakah beliau akan kotakan janjinya
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 12:33 pm
sudah pasti bukan kita sahaja malah mereka (rakyat atau pengundi) mahu melihat apa yang dikata, dikota!
aku harap ianya tidak menjadi trajedi tapi resolusi pemerintahan yang kita inginkan!
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 12:15 pm
Tahniah utk DSAI dan semua tenaga kerja.. banyak tanggungjawap yang perlu dilaksananakan..tak kira siapa yang menang
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 12:34 pm
setuju. yang penting mereka perlu tunaikan seperti apa yang mereka rancang. rakyat dah bosan dengan pemerintahan lama. maka pemerintahan baru diberi peluang.
harapan semoga peluang ini tidak disia-siakan.
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 12:32 pm
aku hanya mahu pemimpin2 membuat kerja. sekarang ni mereka lebih suka mencari jalan menjatuhkan satu sama lain :(
Entri terakhir azwan yang dikemaskini : Anwar Ibrahim, The Next Prime Minister?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 12:37 pm
betul. aku pun macam tu juga. cara mereka memancing seolah-olah rakyat hanya terdiri dari satu golongan manusia sahaja.
mereka tidak memerhati kepada golongan pemikir yang bijak membuat kesimpulan. akhirnya mereka terima padah!
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 1:07 pm
Samalaa Megat .. aku pun malam tadi Celcom Broadband ada masalah.. ingatkan modem aku rosak.. berkelip memanjang.. lama lak tu sampai pagi.. habis tergendala beberapa kerja.. adei.. tentang kemenangan Anwar.. emm.. memang dah dijangka cuma.. agak besar juga majoritinya yek
Entri terakhir nuaeman yang dikemaskini : Kemenangan Anwar Ibrahim dan Sejarah Penubuhan Malaysia
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 11:13 pm
apa agaknya pihak celcom sedang lakukan kan? sakit hati pun ada huhu.
ya. memang sudah dijangka. tetapi mejoritinya agak besar yang membawa maksud rakyat benar-benar inginkan perubahan.
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 2:23 pm
hoho..seperti yang diduga, mmg DSAI menang kerusi parlimen permatang pauh..harap ade perubahan positif..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 11:14 pm
jika menurut pada janjinya pasti ada perubahan drastik! apa yang perlu kita tunggu ialah apakah ia benar dan melalui jalan yang benar juga!?
jangan jadi lebih teruk dari apa yang berlaku skang sudahlah.
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 3:15 pm
2 benda je akoo nk skang. minyak murah dan kije ksg byk. ko xpe la. kawe ngan anak org atasan. huuuu. carikan akoo dokte?
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Merdeka Tang Mane Kalo Dok Lepak Camtue
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 11:16 pm
klu dapat doktor aku dah kebas dulu jadi bini no 2 wakaka.
aik bukan ke kau pernah kata yang kau ni hensem!? mana pegi 13 awek kau? xde yg dr golongan doktor ker!?
esok kau dah keje. kau selalulah pegi rawatan kat klinik, nnt dptlah doktor. hu3
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
August 28th, 2008 at 12:52 am
akoo lepak kat klinik sis ngan bro akoo je. xde dokte cun pun. sis akoo la yg cun nye. awek 13 tue profesional benda len ar. xde yg dokte. hsem mmg la hsem bro. kita kna bangga walau x ensem. rasa cam johny depp la muka nie. haha.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Obsesi Perempuan
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 8:35 am
ooo sis ko doktor rupanya.
bagus apa kau berperasan camtu. secara tak langsung ia dapat membina kehenseman dari dalam. hu3.
[Balas Komen]
xmindfreakx Reply:
August 28th, 2008 at 11:09 am
NH,sini ada akak dia doktor…er,akak kau sudah kahwin ka extremsit?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 11:23 am
aik len macam je bunyinyer hoho.
August 27th, 2008 at 6:42 pm
hmm. tahniah atas kemenangan engkau DSAI. aku harap kita senantiasa aman dan propaganda politik berkurangan.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 11:19 pm
kau rasa berkurangan ker!? bukankah semakin bertambah kuasanya maka lawannya juga akan bertambah besar dan terdesak!?
harapan aku moga semuanya berlaku dengan lancar dan dalam keadaan baik.
[Balas Komen]
August 27th, 2008 at 10:12 pm
kemenangan tuh hampir pasti dah..orang nak tgk dia menang majoriti berapa banyak jer.,.hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 27th, 2008 at 11:21 pm
betul statistik perbezaan tu penting utk menilai dasar perubahan dari rakyat!
[Balas Komen]
August 28th, 2008 at 7:53 am
Kemenangan pada nilaian dan pandangan manusia berbeza dengan “Kemenangan” dengan nilaian di sisi Tuhan dan orang-orang yang Tuhan beri faham. Orang yang hampir dengan Tuhan menangis kerana jawatan dan pangkat, walaupun dipikul tetapi gerun dengan persoalan Tuhan di akhirat.
Kalah dan menang yang HAKIKI ialah samada terselamat atau tidak dari azab api NERAKA. Wallahu’alam.
Entri terakhir AbuSy yang dikemaskini :
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 8:40 am
tak semua berfahaman macam tu malah mempersendakan lagi agama kita. hu3.
setuju dengan apa yang saudara sampaikan disini dan ianya merupakan panduan dan kewajiban yang kita perlu ikut sebagai komuniti islam.
tetapi tidak guna kalau kita hanya menuding dan menyampaikan yang dalam masa yang sama keburukan masih berlaku. mesti perlu fikirkan caranya untuk lakukan cara berkesan.
[Balas Komen]
August 28th, 2008 at 9:52 am
apa pun yang terjadi, biarlah ia membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan negara kita. Amin.
Entri terakhir alone yang dikemaskini : Anwar & Permatang Pauh : You Should Know
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 10:14 am
harmoni dan sejahtera, itu yang diinginkan kepada semua individu.
tetapi bisakah semuanya berlaku jika ada sahaja perkara yang menyebabkan rakyat semakin terdesak!?
[Balas Komen]