Politik Negara : Fitnah!?

Aku sememangnya tidak mahu memperbincangkan perihal politik di dalam blog aku tetapi kelihatan seperti aku perlu lakukan sesuatu. Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan negara tercinta, Malaysia. Kau tentu tahu apa akibatnya jika berlaku perkara yang diluar jangkauan. Jadi kita perlu bertindak sebagai rakyat di dalam negara berdemokrasi (yer ker!?) untuk menentukan nasib rakyat dan kita sendiri.

Terfikirkah kau bahawa sekiranya perkara seperti yang berlaku sekarang ini jika berterusan akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku malah ianya akan lebih dasyat. Siapa yang tidak mahu negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera walaupun hidup dalam bangsa yang berbilang kaum. Mahu berlaku seperti di selatan Thailand? Mahu berlaku seperti di Indonesia?

Agama kita, islam sendiri mengharamkan perbuatan berbau fitnah ini berlaku kerana impaknya terlalu besar dan mengerikan. Baru-baru ini kita didedahkan dengan kes-kes Anwar dengan kes liwatnya dan Najib dengan kesnya yang melibatkan warga Mongolia. Masing-masing mempertahankan diri dengan mengatakan ianya fitnah semata-mata. Kau tahu bukan? Fitnah hukumnya seperti membunuh?

Jika kau rasa kau adalah warganegara yang bijaksana, apa yang kau akan lakukan!? Tanggungjawab dan kebenaran berada di dalam tangan kita sendiri. Walau pun mungkin politik negara bersifat ala-ala ‘kuku besi’ sejak akhir ini seperti apabila mereka berada di atas tapi tidak mahu mengaku kalah.

Entri ini bukan bertujuan menghasut tetapi lebih kepada nasihat dan mengajak kau, kau dan kau berfikir demi kesejahteraan negara tercinta. Ingat kau punyai tanggungjawab pada negara di mana kau berpijak! Fikirlah demi masa depan negara dan generasi anak-anak kita seperti mereka di zaman nenek moyang kita.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

Entri ini telah di pos pada Friday, July 4th, 2008 at 1:54 am dan dibawah kategori Diari Penulis, Kisah Santai Dan Kisah Hidup dan tag Tags: , . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

22 Responses to “Politik Negara : Fitnah!?”

  1. weirdoux kata :

    satu entri yang berunsurkan patriotisma.
    aku suka dengan entri yang sebegini.

    keep it up megat!

    [Balas Komen]

  2. uniq kata :

    artikel anda :

    http://politik.infogue.com/
    http://politik.infogue.com/politik_negara_fitnah_

    promosikan artikel anda di http://www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

    [Balas Komen]

  3. Megat kata :

    rohaizad - terima kasih en rohaizad. emosi juga dengan keadaan politik negara kita eheh.

    uniq - thanks!

    [Balas Komen]

  4. Affuan kata :

    Aku buat derk jek. Aku hentam mana yang patut dengan berblog je. Wakaka.

    [Balas Komen]

  5. acai kata :

    Slm bro,

    Akupun kalau nak cerita ttg ni mmg takkan habis..:) aku amik sikap tunggu dan lihat je skrg..selalu kita dengar kat tv skrg org tu pertahankan dirinya “Saya ada bukti bla bla bla”….Esoknya “saya ada bukti bla bla bla”…Lusa “Saya ada bukti bla bla bla”…masalahnye mane bukti tu? sape yg dah tengok bukti secret tu? mula2 org percaya ckp camtu..lama2 org dah tak percaya kalau setakat cakap je,hehe..macam ezam cakap bukti berkotak2 dulu tu..:P

    Aku ada sebab aku tak suka DSAI..dulu aku antara org yg kuat reformasi kat universiti..setakat kena sembur air bomba kat dataran tu biasa je bagi aku..member aku siap kena tangkap ngan polis ngan FRU lagi,huhu..aku rase dah lebih 20 ceramah dia aku pergi..tp aku sedar sesuatu ttg dia ni..err sbnrnya ramai org salah faham kes liwat DSAI sblm ni..malas aku nak cerita, kang lagi panjang dari entry ko nih bro,hehe..

    *aku dah bosan ngan diaorg sume..

    Entri terakhir acai yang dikemaskini : Masakan emak..

    [Balas Komen]

  6. Megat kata :

    affuan - bukan apa kekadang terfikir nasib negara kita. klu amik sikap x tahu siapa lagi nak amik tahu uhuhu.

    acai - salam acai. panjangnya komen boleh wat entri ni cai eheh. aku percaya ini hanyalah permainan politik. aku pun ada sumber yang boleh dipercayai tapi merungkaikannya hanya sebabkan cerita panjang dan x berpenghujung selagi ianya diambil sikap spt skang ni. betul kata ko! cuma aku sayangkan negara kita nie.

    [Balas Komen]

  7. shila kata :

    Jika semua sayangkan negara,saya rasa apa yg patut dilakukan adalah mencari solusi,bersatu dan tidak mendengar dengan mudah cerita2 dari sumber2 yang ada tanpa menilai sebaiknya…

    p/s:Jujurnya saya takut dengan keadaan skrg.Semuanya rasa tak selamat….

    [Balas Komen]

  8. syam kata :

    aku mmg sgt kecewa dgn situasi skrg. dunia menuju kemelesetan ekonomi. negara kita diburukkan lg dgn dgn isu politik murahan ini.

    apa diorg tak fikir, politik bergolak menjurus ke arah kejatuhan ekonomi sesebuah negara. di tambah pula dgn kenaikan minyak dunia dan kejatuhan pasaran saham

    [Balas Komen]

  9. al-M0M0K kata :

    beb.. patriotik kpd negara dgn politik negara tu ada beza.

    kita berani mempertahankan negara tp dlm masa yg sama politik negara telah menghancurkannya.

    camner ek :-? bukan salah kita kan??

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    shila - sukar rasanya apabila fahaman masing-masing yang menjadi ukuran. sesiapa sahaja akan mempertahankan apa yg mereka percayai. masih bolehkah melayu bersatu!?

    syam - memang terasa kesannya. inikan pula ditambah dengan percaturan politik yang bersangkut paut dengan kestabilan negara!

    momok - memang betul tapi bukankah politik itu terletak ditangan kita juga!? kita yang memilihnya walaupun kita bercakap kepada skop yang lebih kecil iaitu wakil kita. bukan salah kita juga kah!?

    [Balas Komen]

  11. mazudi kata :

    Aku ikut cerita cerita ini dalam dia sambil marah dalam hati.

    Aku tak mampu untuk jadi seoarang pahlawan.

    [Balas Komen]

  12. Megat kata :

    mazudi - sama cam aku. terfikir sebagai manusia biasa yang kerdil bagaimana kita hendak selesaikan perkara seperti ini dengan cara aman.

    [Balas Komen]

  13. Afzai Afandi kata :

    Semenjak kekalahan besar kerajaan dalam PRU baru2 ini, sehinggalah sekarang….

    pelbagai isu silih berganti dan yang pastinya “manusia yang menegakkan kebenaran akan disoal siasat, tetapi yang makan duit rakyat bebas berleluasa”

    [Balas Komen]

  14. Megat kata :

    afzai - betul tu. agaknya yang benar susah untuk capai satu tahap pemimpin kerana mereka tidak menggunakan politik wang.

    [Balas Komen]

  15. acai kata :

    update entry bro,kekeke..:P pandai je aku ckp org,hahaha

    [Balas Komen]

  16. reen kata :

    ntahla apa nak jadi ngan Malaysia. Yang kuat jadi abang besar yang lemah ditindas. Tuduh menuduh, fitnah menfitnah pihak atasan smkn berleluasa. Bukankah mereka dipertanggungjawab mentadbir negara dan memberi contoh teladan yang baik kpd rakyat? Satu lagi pasal sumpah-sumpah ni (bukannya sesumpah), Islam tak ajar pun. Dan knp sblh pihak je yg perlu angkat sumph, yang sorang lagi tu, yg kena tuduh jugak tu perlu angkat sumpah ke? gajah sama gajah berperang, kancil mati tengah2..huhuhu

    [Balas Komen]

  17. xmindfreakx kata :

    politik negara kita semakin tenat la megat..siyes..tenat…permainan diaorang memualkan diri aku..ahaha..dulu aku pon bercita-cita utk jadi politikus..tapi taknak..nanti aku kena tuduh liwat plak

    [Balas Komen]

  18. Megat kata :

    acai - bz bangat la cai eheh. nnt aku update :p

    reen - itulah kenyataan. perang halus dimana senjata mereka adalah mulut & duit. perkara paling dasyat bakal berlaku.

    xmindfreakx - itulah pasal. aku pun pernah berjinak dgn politik. tapi melihat rakan-rakan lain yang tenggelam dlm dunia mereka. aku tarik diri… menakutkan.

    [Balas Komen]

  19. Noranizam Hj Demin kata :

    janji perut aku boleh isi ok… bior ler politik tuh ehehhee..

    [Balas Komen]

  20. al-momok kata :

    takot la dok msia.. jom pindah australia ehhehe.. hari-hari bleh naik kanggaroo :P

    [Balas Komen]

  21. Megat kata :

    momok aka noranizam - betul juga tapi klu politik x stabil dapat ke perut diisi!? dok australia? ok jg tu boleh ber’kayak’ kat sana eheh.

    [Balas Komen]

  22. zaidi kata :

    yg pastinya yg hak akan ditegakkan yg batil akan runtuh, sama2lah kita berdoa agar keamanan negara kita terpelihara demi untuk anak bangsa dan keturunan kita

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.