Populariti Blog & Penulis

Satu pencapaian yang memberangsangkan apabila mengetahui lahirnya penulis-penulis blog seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita selepas beberapa kontroversi melanda. Hebat bukan penangan blog! Ini dapat dibuktikan suara-suara dari blog dapat menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada orang lain dengan cepat dan telus.

Tiada lagi suara sumbang yang mengatakan blog yang hanya wujud untuk orang yang membuang masa. Malah mereka turut serta dalam dunia baru bagi mereka dan terkial-kial untuk mencipta ruang untuk mereka sendiri. Tak salah untuk mula menulis tapi biarlah mengikut landasan tertentu, jangan ikut hentam kromo jer.

Jadilah penulis yang benar-benar menulis!

Kerajaan juga sudah mulai main peranan apabila mewujudkan satu slot di televisyen kerajaan khas untuk “penulis blog”! Kita lihat saja nanti siapa yang bakal dijemput dan diwawancara.

Nampak gaya menulis blog juga dapat meraih populariti! Apa pendapat anda!? Secara tak langsung dapat mempromosikan kepentingan penulis blog yang sedia ada dan juga tujuan penulis-penulis blog menulis. Sudah pasti ia ditujukan kepada penulis yang menulis mengikut pengkhususan tulisan mereka terutama yang menulis dalam bidang politik.

Tapi tak mustahil penulis blog yang lain boleh berjaya kerana pembaca akan melihat kepada kepentingan maklumat yang boleh mereka jadikan panduan. Pambaca juga dapat mencari maklumat berguna yang boleh dijadikan ilmu tentang apa yang mereka inginkan.

Jadi, menulislah dengan jujur dan penuh perasaan ilmiah!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

Entri ini telah di pos pada Sunday, April 6th, 2008 at 10:14 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa dan tag Tags: , , . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

15 Responses to “Populariti Blog & Penulis”

  1. acai kata :

    slm bro, yup skrang barulah org buka mata kat dunia blog ni..lagi bagus kalau kita dapat tulis sesuatu yg dapat menyumbang kepada masyarakat..:)

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    acai - tenan kui. kepada jalan yang benar eheh

    [Balas Komen]

  3. Azam kata :

    betul tu acai , yang penting kita menulis sesuatu yang bermanfaat dan mampu mengubah pemikiran orang kita dari yg baik kepada yang lebih baik…..

    [Balas Komen]

  4. kita kata :

    satu masalah bagi sesetangah orang kita malas untuk menulis sedangkan melalui menulis kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    azam - ditambah lagi ianya blh diakses dimana sahaja ;)

    kita - benar! membaca ramai, menulis kurang. jangan-jangan kedekut ilmu kot wakaka

    [Balas Komen]

  6. mazudi kata :

    Waa… kejap lagi mungkin akan ada blogger yang akan jadi selebriti kat TV. Entahla.

    Kekerapan menulis aku dah jadi semakin menurun dah sekarang ni

    [Balas Komen]

  7. acai kata :

    Slm megat, OT(off topic) sat..yok medang..pekena kopi ngan jompot sedap nih,hehehe

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    mazudi - harapan aku ko terus menulis dan menjadikan ianya satu budaya. kerana setiap penulis ada jiwa mereka yang tersendiri.

    acai - eceh… mementang la jauh ko ngajak aku yer cai :p . tunggu mungkin satu hari nanti kita dapat mendang segala eheh

    [Balas Komen]

  9. chot kata :

    baru diorg tahu bloggers ni bukan picisian semata2…

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    chot - betul tu. sebelum ni macam-macam perkara yang mereka hendak lakukan kepada penulis blog.

    sekarang mereka terjebat sama.

    [Balas Komen]

  11. nonie aziz kata :

    agak2 kalau penulis blog yang syok sendiri macam aku ada ke tidak gamaknya org nak meng intebiu aku hahahaha…

    [Balas Komen]

  12. Megat kata :

    nonie - mungkin boleh. di sana terdapat banyak perkara yang kita boleh share.

    [Balas Komen]

  13. shila kata :

    Tgk jugak apa yg disalurkan dalam blog tu. Kesian jugak pada blogger yg punya byk idea tp kesuntukan masa utk menulis…

    [Balas Komen]

  14. Megat kata :

    shila - macam terkena kat saya je sik shila eheh.

    betul. apa yang nak disampaikan itu yang lebih penting. akan tetapi mereka perlu jiwa supaya pelawat dapat memahami apa yang nak dimaksudkan.

    [Balas Komen]

  15. Riri Audiya kata :

    bingung mau nulis apa..

    lam kenal aja deh..

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.