Psikologi : Anda Dan Pasangan

Sebagai manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan dan dicipta berpasang-pasangan, sudah pasti kita tidak lari dari perkara sebegini. Bila dah hidup berpasangan, mula lah kita nak pasangan kita mengikuti apa yang kita suka atau tidak. Perkara sebegini yang menjadi punca keretakan sesebuah perhubungan.

Namun sebenarnya dalam mencapai kebahagian bersama ada beberapa perkara yang kita tidak mampu diubah. Antaranya seperti :

Bakat

Semulajadi. Jangan sesekali memaksa pasangan mengubah untuk mengikut bakat yang kita miliki. Setiap orang punyai bakatnya sendiri. Apa yang patut kita lakukan adalah menikmati kegembiraan bakat masing-masing bersama.

Hati

Nilai-nilai dalam hati adalah aspek yang tak mungkin dapat diubah atau diganggu. Ini adalah kerana nilai-nilai positif mahupun negatif telah ditanam oleh ibubapa sejak kecil bergantung cara didikan yang diterima.

Karier

Perkara yang tidak harus digugat atau dipaksa untuk berubah oleh orang lain. Malah sepatutnya kita memberi galakan dan menyokong secara positif.

Emosi

Sebenarnya kita dikurniakan tahap emosi yang berbeza-beza antara sati sama lain. Contohnya ada sesetengah orang bersikap tenang apabila tertekan an begitu juga sebaliknya. Tugas kita adalah mengimbangi tahap emosinya dan jangan menaikkan lagi kemarahannya jika berada dalam keadaan marah.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

Entri ini telah di pos pada Thursday, January 17th, 2008 at 6:57 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa dan tag Tags: , , , , , . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

6 Responses to “Psikologi : Anda Dan Pasangan”

  1. Qaiyum kata :

    Berkomunikasi Dengan Pemikiran Positif Adalah Jalan Penyelesaian Terbaik Kalau Berlaku Konflik.. :D=

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Benar. Perbincangan secara telus adalah jalan terbaik. No heart feeling.

    [Balas Komen]

  2. Azhar Ahmad kata :

    Sedar atau tidak, satu pasangan ideal adalah, mereka yang memahami kelebihan dan kekurangan pasangan masing2…. Hummmm

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Betul setuju. Pasangan serasi bukan bermakna mereka punyai bakat dan minat yang sama. Tapi mereka bijak untuk give and take.

    [Balas Komen]

  3. Shi|a kata :

    Emm..tapi pernah juga berlaku jika pasangan suami isteri yg sebumbung itu tidak bertegur sapa atau mengambil tahu satu sama lain(seperti kes sy) ..kadang2 buntu jugak…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Uiks… sy rasa dlm kes shila ni perlukan jalan penyelesaian segera kerana bila dibiarkan akan menjadi bertambah teruk.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.