Psikologi Kanak-Kanak, Selami Jiwa Mereka

Sejak kebelangan ini, aku banyak masa dirumah. Disamping melakukan beberapa kerja di luar talian (offline) di rumah, aku juga sedang bergiat aktif dalam kerja dalam talian (online) aku. Alhamdulillah semuanya berlaku tanpa ada perancangan awal, satu persatu kesedaran terhasil apabila aku lebih kerap bersama-sama anak-anak aku.

Kalau dulu aku terlalu sibuk bekerja yang memaksa bekerja sehingga larut malam. Banyak tekanan yang aku terima sebagai orang penting dalam sesebuah organisasi. Kalau balik cepat pun, terasa kepenatan bekerja dan mengambil masa awal untuk berehat. Kurang masa bersama-sama anak-anak.

Kini, lebih banyak masa bersama mereka bermakna banyak perkara yang aku belajar tentang jiwa mereka. Ini secara tak langsung aku dapat lebih mendalami tenatang psikologi mereka.

Melihat mereka membesar setiap hari secara tak langsung dapat melihat setiap perubahan yang mereka alami. Sungguh menyeronokkan! Sedikit sebanyak dapat mengambil kekuatan dari mereka untuk diadaptasikan kepada diri aku.

Antara perkara yang dapat aku kongsikan tentang mereka ialah,

Tidak pandai berpura-pura. Tidak kira dalam apa keadaan sekali pun, mereka akan meluahkan terus dari fikiran dan hati mereka  sama ada dalam bentuk percakapan, kritikan dan perbuatan. Aku teringat ketika melayan mereka menyanyikan lagu “Saya Anak Malaysia” yang didendangkan oleh DR Sam,

“Pa, abang bukan anak malaysia. Abang kan anak papa!”.

Merujuk kepada lirik awal lagu tersebut (hu3).

Tidak mudah putus asa. Biarkan mereka bersendirian tetapi dibawah pengawasan. Aku dapat lihat bagaimana cara mereka berfikir dan meneroka sesuatu yang baru. Jika jatuh, mereka tidak serik untuk mengulanginya. Jika salah, mereka tidak jemu untuk membetulkannya.

Mereka juga tidak takut untuk belajar dan meneroka sesuatu yang baru. Malah terus belajar sehingga mereka benar-benar faham tentang sesuatu yang baru tersebut. Selagi mereka tak faham mereka akan tanya atau buat sesuatu sehingga mereka puas hati. Kadang-kadang penat nak layan (hu3).

Melihatkan keadaan seperti ini yang membuatkan aku bertambah bersemangat untuk belajar tentang sesuatu. Bukan kita sahaja yang mengajar mereka tetapi kita juga dapat belajar dari mereka.

Banyak lagi perkara yang boleh aku dan kau selami tentang mereka. Ingat mereka adalah darah daging kita, sudah tentulah ada sedikit sebanyak yang diwarisi dari kita.

PS : aku tak suka tulis entri panjang-panjang, sudah cukup 300 patah perkataan. he3.

Technorati Tags: psikologi, , , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

28 Responses to “Psikologi Kanak-Kanak, Selami Jiwa Mereka”

  1. negaraku.net kata :

    Psikologi Kanak-Kanak, Selami Jiwa Mereka | MEGAT…

    selamilah jiwa mereka….

  2. myadlan kata :

    hehe. aku pun xske baca panjang2. kene ada komitmen.hehe

    ye.best jgak ada anak2. tp selami la mereka dan ajarkanlah ilmu2 islam pd mereka
    kelak nnt diorg jugak akan mendoakan utk kesejahteraan dunia akhirat nnt..

    insyaAllah.. comel la anak2 ko. kecil2 sudah di ajar menulis blog kah?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah agama didahulukan, sudahnya mereka lebih pandai baca muqaddam dari membaca rumi. hu3.

    anak2 aku suka main game, tapi aku hy beri mereka main game berunsurkan pendidikan. he3.

    [Balas Komen]

  3. Mohd Hafifi kata :

    nak selami jiwa kanak-kanak ni susah..kdg2 kita tak tahu apa yang diorang fikir..sebab tu la kena selam dalam-dalam klu nak tau perihal kanak-kanak..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    betul. tidak boleh diajar dlm masa singkat. kena perhatikan. kecuali mereka bertanya, kita tahulah. klu tidak kita kena usaha untuk memahami mereka.

    jangan selam lelama, nnt lemas. he3.

    [Balas Komen]

  4. taukey kata :

    hehehehe. memang seronok. Aku suka tgk bila mereka explore benda benda yg baru bagi mereka. hehehehe. jauh di dalam hati pilu bila tgk mereka gagal. tapi aku biarkan sahaja sebab itu sesi explorace mereka

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. jika gagal mereka akan berhenti seketika, esoknya mereka buat lagi. mereka tak pernah putus asa, mereka cuma berehat seketika mungkin.

    yang sebetulnya kita biar mereka explore dunia mereka sendiri dahulu. he3.

    [Balas Komen]

  5. Kujie kata :

    Sebab itulah, sebagai seorang Juru Ukur Tanah, suami saya tetap membawa kami berpindah walau kemana dia bertugas sewaktu anak² masih kecil. Dia tidak mahu ketinggalan dalam proses pembesaran anak. Dia takut dia tertinggal melihat setiap tingkat perkembangan anak².

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sebagai seorang ibu dan bapa yang bertanggungjawab, perkara seperti itulah yang menjadi pengangan dan amanat.

    memang seronok dalam selami dunia mereka semasa mereka sedang membesar. lagi seronok dapat join sekali dunia mereka. he3.

    jangan jadi spt sesetengah individu, tau-tau dah besar. jika anak2 xbetul, menyalahkan anak2 itu sendiri. sebenarnya cara mereka membesar memainkan peranan.

    [Balas Komen]

  6. Adila kata :

    .. tapi kena ingat jugak
    tak semua anak2 tu sama
    ada yang nak extra attention sket.. ada gak yg pandai sorok diorang punya own feelings, kan? :P

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sebab itulah kita kena selami mereka. memang benar mereka tidak semuanya sama. tapi bukankah ia bergantung kepada cara mereka dididik!?

    sebagai contoh klu mereka terima tekanan, sentiasa dimarah dan dipukul semasa kecil, mereka akan takut dan cuba tidak melakukan apa yang kita tak suka. kes macam ini yang membantutkan pembesaran mereka.

    [Balas Komen]

  7. KNizam kata :

    tu la sebabnyer savage garden nyanyi lagu camni “animal and children tell the truth, they never lie”. hehe mereka mmg jujur sejujurnya……hehe :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    dah lama tak dengar lagu tu, nnt aku cari balik. aku pilu dengar lagu “when the children cry” nyanyian white lion.

    aku selalu dendangkan lagu ini dengan bermain gitar, indah liriknya dan ‘flucking’ gitarnya. he3.

    [Balas Komen]

  8. !x0r@ kata :

    tu gambar hiasan ke atau gambar betul-betul? heee…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    gambar anak saya betul. abang berumur 5 tahun dan adik berumur 2 tahun. dan saya sengaja bagi nama yang terbelit lidah bapak mertua aku nak sebut tapi masih ada makna dalam nama-nama islam. ha3.

    abang (danish iskandar) dan adik (danial haikal).

    [Balas Komen]

    !x0r@ Reply:

    sedapnya nama.. tapi kesian atuk diorang sebab susah nak sebut. hehe. pada saya, takde la susah sgt nk sebut pn tapi mgkn bg org tua mmg tergeliat lidah nk menyebutnya. huhu. teringat mak saya penah reject nama yg kakak saya cadangkn utk adik bongsu saya tu 11 thn yg lalu. “Mohd Airiz Rizqimie” haha

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    he3. betul tergeliat lidah derang, last2 panggil abg dan adik je.

    wah nama yang kakak awak cadangkan lagi la tergeliat nak sebut. hu3.

    [Balas Komen]

  9. Noranizam Hj Demin kata :

    aku lum ada anak so susah nk komen lah.. but yg aku nampak sekarang nih cabaran membesarkan anak semakin tinggi risiko & byk unsur kurang sihat di persekitaran. skrg ni pk nk dok kg ker nk stay trus kt bandar nih..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    klu dok kampung pun kalau tak kena cara didik, tak guna juga kan!?

    tapi memang aku setuju, dunia sekarang mendidik anak begitu tinggi risikonya kerana banyak unusr kurang sihat yang mudah menyerami kanak-kanak.

    [Balas Komen]

  10. Noranizam Hj Demin kata :

    dok kg tu at least kurang gak 30-40% pengaruh yg tak sihat… but seme bergantung pd keluarga gak… manjakan sgt pn aku tgk xboleh gak… nt cam citer ‘anakku sazali’ lak :P

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya. bab kurang pengaruh mmg aku setuju sbb kat kg ramai yg ambil kisah berbanding di bandar, jiran sebelah rumah pun buat tak tahu. hu3.

    [Balas Komen]

  11. diya kata :

    erm. budak2 ni sgt jujur. sbb otak mereka masih bersih. diya teringat satu berita yg kwn diya bgtahu. budak 8thn main zina2 [bese budak2 main masak2, kejar2]. mmg sgt terkejut lah. sbb diorg terpengaruh ngan vcd. umpamanya, dlm suci mereka “tercemar”.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    itu yang paling menakutkan pada generasi anak-anak kini. kalau dari kecil mereka didedahkan dengan perkara sebegitu, apatah lagi ketika remaja dan dewasa kelak!!??

    masalahnya sekarang siapa yang perlu dipertanggungjawabkan berlakunya perkara seperti itu!?

    [Balas Komen]

  12. shila kata :

    Hmm…comelnya abang dan adik!
    Saya pun punya anak yang hampir kurang sebaya saja dengan anak En Megat..
    Kadangkala mendalami psikologi mereka lebih sukar dari memahami diri sendiri dan melayan kerenah mereka ni benar2 mencabar kesabaran saya juga adakalanya.Hehehe..
    Ada yg terlalu ‘fussy’ ttg sesuatu.Semua benda nak amik berat.Yg seorang lagi pulak suka ‘take for granted’ atas sesuatu…semua ambil mudah…
    Kadang2 sikap anak yg variasi buatkan kita terhibur dan memang benar seperti kata En Megat,ianya buatkan kita turut belajar sesuatu atas kesungguhan mereka.Bagi kes saya keletah dan adanya mereka berdua merupakan cabaran untuk saya mencorakkan mereka atas warna2 saya sendiri,memandangkan saya seorang yang selalu menghabiskan masa bersama mereka…
    So..sebenarnya kita bertuah kerana punya zuriat..yg akhirnya menyambung gen dan ciri-ciri didikan kita di dalam diri mereka…
    Selamat menjalani kehidupan :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sama comel dengan ‘papa’nya tak. he3.

    memang benar, kadang-kadang ber’angin’ juga dengan kenakalan mereka. tetapi ada sesuatu yang perlu kita sedar iaitu bagaimana kita sendiri ketika sebaya mereka. mungkin mak bapa kita pun pening. hu3.

    benar. sungguh bertuah adanya zuriat dari darah daging sendiri, syukur. sesetengah mungkin belum punyai rezeki atau tidak punyai kemampuan untuk punyai zuriat.

    apa pun siapa mereka, dimana asalnya. anak-anak ini perlu dididik dengan sempurna demi agama, bangsa dan negara.

    senyum selalu ;)

    [Balas Komen]

    shila Reply:

    Iyelah…sebab papanya comel,maka anaknya jadi comel jugak….nak tumpang nama jugak ek? Hehehe.. ;)

    [Balas Komen]

  13. aeropama dot com kata :

    aku suka budak! lagi satu yg best psl budak, mereka tak berdendam. gaduh2 tak sampai 5 minit, baik balik. org dewasa, gaduh2…sampai mati lom tentu berbaik semula wlpn hal yg digaduhkan sgt kecil

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    baguslah kau suka budak, syam. senang nak jaga ada anak bila dah kahwin nanti (erk! bila ek!? he3).

    ya budak-budak tak berdendam. sifat seperti itulah yang sepatutnya perlu ada pada kita semua. tidak timbullah isu-isu panas seperti sekarang ni. hu3.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.