Psikologi : Mendidik Anak!?

“Mak, nak ayam goreng tu” pinta anak kepada ibunya.

“Kepala hotak kau, ko ingat aku cop duit ker!?” herdik ibu kepada anak tersebut.

Situasi di atas berlaku di salah sebuah pusat beli belah di Masai. Ketika ini aku sedang melayan wifi di satu sudut. Kebetulan ada restoran makanan segera berhadapan dengan medan selera tempat aku duduk. Melihat perkara tersebut berlaku depan alangkah aku terasa jengkel.

Mungkin perkara seperti tidak berlaku kepada semua orang tetapi ianya memberi kesan yang amat dalam kepada si anak tersebut. Dimana letaknya psikologi sebagai ibu bapa kepada anak-anak seperti ini!? Tidakkah mereka terfikir masa depan anak-anak mereka!? Atau yang peling jelas tiada perasaankah mereka!?

Gejala seperti ini adalah antara kesan psikologi yang anak-anak bakal terima sehingga dewasa. Ia akan menjadi titik-titik hitam yang bersarang dalam hati mereka menjadikan anak-anak ini membesar dalam keadaan yang diluar jangkaan. Untuk kesan jangka panjang jika ia berlaku berulang kali maka mereka membesar sebagai seorang yang tidak sihat minda dan hatinya.

“Sabar sayang, nanti mak ada duit banyak kita pergi eh!?”

Alangkah eloknya jika ibu kepada anak tersebut berkata demikian atau tutur bicara yang lebih sopan yang lain. Ini adalah penting untuk psikologi anak-anak untuk jangkamasa panjang.

Manusia di zaman sekarang, semakin lama semakin berada dalam keadaan tertekan sehinggakan perkara seperti ini semakin di pandang remeh. Oleh kerana itu, tercipta manusia yang tiada kualiti di masa akan datang! Manusia yang penuh dengan sifat dendam, yang penuh dengan hasad dengki, yang penuh dengan sikap tamak dan sebagainya.

Lu fikirlah sendiri (bak kata juara raja lawak 2, Nabil). Ingatlah dalam proses pembesaran seseorang manusia tiada proses ulangan. Usia manusia semakin meningkat setiap hari dan sepatutnya mereka patut belajar perkara yang lebih berfaedah dan dijana dengan baik psikologinya.

Jadilah manusia yang berotak dan punyai akal, bukan hanya punyai otak tapi tidak menggunakannya.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

19 Responses to “Psikologi : Mendidik Anak!?”

  1. kita kata :

    bila ibubapa tidak menghargai kurnian tuhan yang paling berharga begitulah jadinya

    [Balas Komen]

  2. shila kata :

    Mendidik anak ni biar bersederhana dalam apa jua aspek.Tak boleh terlalu manja dan tak bleh pula terlalu menekan mereka.Kadang-kadang bila terlalu berlembut ,hidup anak juga boleh rosak jadinya. Namun kalau terlalu berkasar,memang tidak wajar.Anak pun belajar melalui tauladan.So,muhasabah diri dan tunjukkan contoh terbaik di depan mereka.

    shila entri terkahir dikemaskini Mertua Vs Menantu

    [Balas Komen]

  3. Afzai Afandi kata :

    kita selalu impikan anak2 bijak dan cemerlang tp kita sendiri kurang bijak dan cemerlang dalam mencorakkan mereka

    Afzai Afandi entri terkahir dikemaskini 3+Free Wordpress Themes Magazine Style

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    kita - mungkin mereka rasa mereka sudah bersedia tetapi sebenarnya tidak.

    shila - betul tue. tegas sebenarnya.

    afzai - setuju. untuk dijadikan contoh, sebaik-baiknya kita sebagai ibu bapa.

    [Balas Komen]

  5. syam kata :

    tu lah mslhnya…buat ank pandai, jg anak krg pandai. anak bermasalah, di marahnya anak. tanyalah diri tu dahulu, betulkah didkan yg kau berikan?

    [Balas Komen]

  6. adi kata :

    Mak ( Sewaktu Tua ) : Nak, mak rasa nak makan Ayam Goreng KFC la.

    Anak ( dah besar dan kawin ) : Mak… ..dah tua nak mampus pun nak kedarah ayam goreng KDC lagi …sedar la diri tu skit… gigi dah tak ada .. .. orang bagi makan bubur air tu . makan aje la…

    * Ini dialog anak dan emak yang kat atas tu dalam masa 30 tahun akan datang.. heheh.

    fikir fikirkan…

    [Balas Komen]

  7. ezad kata :

    Sori Tiru Adi..
    ATAU

    Mak ( Sewaktu Tua ) : Nak, mak rasa nak makan Ayam Goreng KFC la.

    Anak ( dah besar dan kawin ) : Mak xde duit la,yang tinggal ni pun duit untuk beli batu nisan..hehehe

    Other Option :-

    Anak ( dah besar dan kawin ) : Nanti kita beli ayam masak kat umah yek mak,Ayam kat sini x bape best..heheh

    Pilihan ditangan anda….

    [Balas Komen]

  8. chot kata :

    itu pasal adalah istilah ‘melenturbuluh biarlah dari rebungnya’…

    Entri terakhir chot yang dikemaskini : Subaru Impreza WRC2008 rally car

    [Balas Komen]

  9. Megat kata :

    syam - kahwin kerana nafsu syam, camtu lah jadinya. lepas dapat anak, macam belum bersedia pula. tengking sana tengking sini.

    adi - uhuhu. betul tu. mintak dijauhkan lah.

    ezad - lagi lah kejam ekeke. tapi itulah kenyataannya dan x mustahil. apabila budaya sopan org kita hilang maka jadilah seperti di US.

    chot - orang lama telah byk pengalaman dan melalui istilah seperti itu sebenarnya mereka berkongsi pengalaman mereka!

    [Balas Komen]

  10. menteil kata :

    pergh…
    dasat giler mak dia tu..
    ada plak sound cam tu..
    ades..

    Entri terakhir menteil yang dikemaskini : Sahabat dan Kawan

    [Balas Komen]

  11. mazudi kata :

    … dan siapa yang membentuk ‘Mak’ yang sedemikian tu. Dah tentu mak dan ayah ‘mak kepada anak’ itu. Maka, apa agaknya dialog antara ‘anak’ itu dengan anaknya nanti bila lahir satu lagi generasi.

    Anak kepada ‘anak’ : Mak, nak KFC.
    ‘Anak’ : ph***ck. @#!&% (Mencarut), takder duit aku!

    Agaknya laa….

    [Balas Komen]

  12. Megat kata :

    menteil - itu la pasal. aku tak tahu nak kata apa. terkejut juga.

    mazudi - mungkin juga. yer lah sape tahu kan!? tapi rasanya generasi sebelum ini kurang menerima tekanan dari segala sudut.

    [Balas Komen]

  13. Heartless Devilish @ Reen kata :

    Hmmm..ekceli i used to overheard to this kind of reply from parents..
    it happened among my ‘kids’
    sedey kekadang dengo… patut la my ‘kids’ pun molot lebey kurang je..
    tak brani nak cakap lelebey… tuh kan anak orang…
    but if my ‘kids’ jawab i lebey kurang..i ‘cabai’ molotnye…

    [Balas Komen]

  14. Megat kata :

    reen - yerlah anak kita bukan berada 24 jam dengan kita. saya pun risau apabila tinggalkan anak di rumah babysitter. anak-anak byk belajar perkara bukan-bukan disana padahal kita sedia maklum yang kita tidak mengajar sedemikian.

    [Balas Komen]

  15. adila kata :

    Orang kita semkain lupa adat dan adab.

    Kalau dulu, orang kita kaya dengan budi bahasa dan budi pekerti. Bercakap penuh kiasan. nak menegur penuh hemah dan sopan…

    Bila zaman mula beredar, IT merajai hati, TV menyang cerita, itu ini sudah berbeza…

    Itulah yang tertera dan terjadi sekarang…dan apa yang ditunjukkan akan ditiru oleh si anak jika tiada kesedaran dalam si anak.

    Sebab tu bila kita tengok ada ayah yang garang, bila diselidik, rupanya ayah kepada ayah dia pun garang jugak…patut la…

    Betulla, melentur buluh biar dari rebungnya…

    [Balas Komen]

  16. Megat kata :

    adilla - ada kebenarannya atas apa yang cik adila maksudkan. sebenarnya ada sesetengah orang kita mulai sedar kesan dari kemodenan, tapi perlaksanaan untuk menghalang kesan itu agar sukar. ditambah lagi dengan kesan piskologi terhadap manusia.

    [Balas Komen]

  17. xmindfreakx kata :

    itu macam ke jawapannyer?xder ker seminar utk ibu2 yang mengandung?cara2 efektif mendidik anak2..bakal yang jadi parent kena hadir la.

    [Balas Komen]

  18. Megat kata :

    xmindfreakx - aku rasa seminar utk itu banyak tapi tengok sajalah budaya orang kita, mana mereka mahu hadiri seminar seperti itu. sikap sesetengah orang kita yang selalu menganggap mereka pandai dalam semua perkara.

    [Balas Komen]

  19. asuhara kata :

    saya pernah membaca sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ‘ membina perniagaan dari rumah’. didalam buku ini, pengarangnya ada mengatakan bahawa salah satu sebab mengapa org melayu sukar untuk kaya adalah kerana dialog2 ibubapa seperti:

    ” kau ingat aku cop duit?”
    ” kau ingat senang nak cari duit?”

    jadinya, dialog2 ini akan tersemat di hati anak2 mereka…dan mereka rasakan sukar untuk menjana pendapatan sendiri. dan dicadangkan dialog yang mungkin boleh digunakan adalah seperti:

    ” kami bekerja keras mencari rezeki..”
    “kami berusaha mencari rezeki..”

    jadi secara tidak langsung anak2 akan teringat bahawa untuk mencari rezeki perlunya usaha dan bekerja keras.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.