Punyai Nilai Sentimental, Kad Raya Mengeratkan Silaturrahim
Ramadhan menghampiri penghujungnya, ini bermakna bakal berakhir bulan yang suci dimana bulan untuk kita beribadah tanpa gangguan syaitan, bulan kita melawan nafsu, bulan kita menginsafi diri dan bulan dimana kita bakal membentuk sahsiah diri yang lebih baik pada masa akan datang.
*klik gambar untuk besarkan.
Wah mukadimah punya la panjang (eheh), tapi apa yang aku nak kongsi dan mungkin juga menjadi topik perbincangan ialah mengenai kad ucapan raya.
Apa fungsi kad raya? Kad raya ialah sekeping kad dimana dihiasi dengan grafik cantik dan indah, kata-kata puitis dan indah yang melambangkan sambutan sesuatu perayaan. Ia menggambarkan pelbagai luahan rasa dari penulis kad yang ditujukan kepada penerima kad tersebut.
Kad raya juga punyai nilai sentimentalnya sendiri dan punyai pelbagai kategori seperti kad raya kelakar, kad raya untuk kekasih, kad raya untuk ibubapa, kad raya untuk saudara mara dan banyak lagi. Mungkin kau pernah alami atau pernah melihat situasi dimana apabila seseorang menerima kad raya yang ditujukan kepadanya.
Ya, dalam sesetengah situasi, kau dapat lihat mereka akan terlompat-lompat kegembiraan disamping tak sudah-sudah menjaja cerita berkenaan penerimaan kad raya kepada seisi rumah (eheh buruk perangai). Ada pula berebut-rebut mengumpul siapa yang paling banyak dapat kad raya dan macam-macam lagi. Ini baru situasi menerima kad raya, belum lagi masuk situasi dimana seseorang mulai membacanya pula.
Membaca kad raya pula ada yang sengih tak sudah. Ada yang ketawa terbahak-bahak. Ada yang tiba-tiba sedih. Ada yang menangis teresak-esak dan macam-macam perasaan yang timbul ketika itu.
Ini bermakna kad raya itu sendiri punyai kekuatannya sendiri dimana ianya bermain dengan sentuhan perasaan secara terus di antara pemberi dan penerimannya. Kau akan rasa lebih dihargai dan dapat membina nilai persaudaraan yang lebih erat.
Walaupun kini ada pelbagai cara untuk sampaikan mesej atau ucapan di hari kemenangan tersebut seperti melalui email, e-kad dan sms tetapi kad raya konvensional masih menjadi pilihan. Ini adalah kerana kad raya memang punyai nilai-nilai sentimental yang dapat menghubungkan silaturrahim antara pemberi dan penerimanya.
PS :
- Terima kasih saudara Syam yang telah menghantar kad raya. Kad raya berkenaan selamat tiba di teratak aku pada petang kelmarin.
- Tahun ini aku tak dapat hantar kad raya sebagai tanda ingatan kerana aku kurang dapat bergerak kesana kemari (harap maklum).
- Aku masih mengekalkan penulisan aku antara 300 hingga 400 perkataan huhu.
Technorati Tags: raya, aidilfitri, islam
September 25th, 2008 at 8:49 am
alhamdulillah! akhirnya kad raya tersebut selamat sampai juga. selamat berhari raya megat! semoga raya kau ceria…
Entri terakhir aeropama dot com yang dikemaskini : Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 8:57 am
alhamdulillah, selamat sampai. terima kasih syam.
selamat hari raya syam! semoga cepat kau dapat jodoh eheh :p
[Balas Komen]
aeropama dot com Reply:
September 25th, 2008 at 9:00 am
Ayarkk! Bab jodoh ni yang aku fobia ni. Huhuhuhu… Sabar dulu la megat. Aku masih muda. Banyak lagi yang aku nak buat.
Entri terakhir aeropama dot com yang dikemaskini : Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan
[Balas Komen]
smaelz83 Reply:
September 25th, 2008 at 1:19 pm
Ye la. Syam. semoga ko cepat kawen.. aku nak dtg mkn nasik minyak~~
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : Aidilfitri Card for You (Rob from someone)
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 3:21 pm
betul… betul… betul (tiru gaya ipin hoho).
[Balas Komen]
|1f34|-|1r3 Reply:
September 25th, 2008 at 10:49 pm
aku pon dpt kad raya dari syam gak..ko nak balik awal time raya? sila kawin awal..nanti bos ko xde alasan ….hehe
Entri terakhir |1f34|-|1r3 yang dikemaskini : Freegan = Dumpster Diving
affuan Reply:
September 25th, 2008 at 3:54 pm
hoi, nak kad raya jugak. haha.
Entri terakhir affuan yang dikemaskini : Merasa diri tidak best?
[Balas Komen]
!x0r@ Reply:
September 25th, 2008 at 4:26 pm
nak mintak kad raya kena la mintak baik-baik.. baru la incik megat nak bagi.. ape laa incik affuan ni.. heehhehehe. jangan maraaa.. =p
selamat hari raya ye incik megat :)
Entri terakhir !x0r@ yang dikemaskini : Hari yang baik..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 5:48 pm
mmg dah cara dia cantu nk buat mcm mana. bukan baru kenal pun eheh.
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 5:47 pm
nak kad raya kenalah jadi komentar paling hangat hoho.
[Balas Komen]
abdfatah Reply:
September 26th, 2008 at 2:56 pm
nak mintak ke taknak mintak nih…? selamat hari raya untuk tuan tanah blog encik megat…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 26th, 2008 at 3:20 pm
klu mintak pun blum tau dapat kot ekeke :p
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 8:59 am
Punyai Nilai Sentimental, Kad Raya Mengeratkan Silaturrahim | MEGAT…
Apa fungsi kad raya? Kad raya ialah sekeping kad dimana dihiasi dengan grafik cantik dan indah, kata-kata puitis dan indah yang melambangkan sambutan sesuatu perayaan. Ia menggambarkan pelbagai luahan rasa dari penulis kad yang ditujukan kepada penerim…
September 25th, 2008 at 9:16 am
Saya pun dapat kad raya Syam petang kelmarin..:)
Thanks to him…
Bila nak dapat kad raya dr en megat ni? hehe (saja mengusik)…ingatan dari hati pun memadai…
Selamat hari raya,en megat…semoga ceria selalu ;)
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Alkisahnya semalam…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 11:32 am
erk!? kad raya dari saya? eheh.
saya yang menunggu kad raya dari cik shila hoho.
senyum selalu ;)
[Balas Komen]
xmindfreakx Reply:
September 25th, 2008 at 1:27 pm
Puan shila la megat..puan…
Entri terakhir xmindfreakx yang dikemaskini : Bila,Aku masih sekolah!!
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 3:21 pm
xpe, aku suka panggil cik :p
[Balas Komen]
shila Reply:
September 27th, 2008 at 12:17 am
:) cik puan pun bleh…. Hehehe…(gurau je)
Lama tak lihat senyuman En Megat…:P
Entri terkini yang dikemaskini shila diblognya : Syukur Ya Allah….
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 27th, 2008 at 12:45 am
senyuman saya tak semenawan senyuman cik shila eheh.
September 25th, 2008 at 9:18 am
aku dapat jugak kad raya tahun ni. hehe best plak rasanya dapat kada raya betul2 neh kan. hehe :)
Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Silent Mode @ Gleneagles Intan VI
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 11:34 am
tau takpe. perasaan menerimanya tu sukar nak gambarkan… seronok.
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 9:40 am
Baru jek dapat satu kad Raya..huhu,ada gak org yg ingat..bila lah nak ada kad Raya Hologram plak.
Entri terakhir ezad yang dikemaskini : Baju Melayu Amalan Tradisi Kita..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 11:36 am
aku rasa zad, lain-lain ucapan dlm kecanggihan tetap tak seronok.
yang bebtul seronok tetap kad. boleh pegang, simpan sbg kenangan.
[Balas Komen]
Kujie Reply:
September 25th, 2008 at 12:32 pm
Anak² boleh gantung kt dinding…
Entri terakhir Kujie yang dikemaskini : Panduan tersedak di saat akhir
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 3:15 pm
part ni yang saya suka dari kecik sampai skang. habis kad raya saya kumpul, tak kiralah mak punya ke, ayah punya dan adik-beradik lain. saya gantung mengikut kreativiti eheh.
kena pula ada pokok ranting-ranting eheh.
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 9:44 am
Saya suka kad raya yang simple, bahasa yang ringkas…senang tuk dihantar sesuai utk setiap orang…
Entri terakhir Kujie yang dikemaskini : Dengan ingatan tulus ikhlas
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 11:37 am
ya. janji mesejnya sampai ok lah kan!? eheh
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 12:14 pm
[...] http://ibnuhassim.com/225/diari/2008/07/10/im-back-alhamdulillah/ http://megat.net/blog/punyai-nilai-sentimental-kad-raya-mengeratkan-silaturrahim/ http://aeropama.com/fast-update-contest-bulan-september-di-lancarkan/ [...]
September 25th, 2008 at 1:21 pm
Cukuplah satu kad raya.. aku xder plak antar kat sesaper… insyaAllah tahun depan ada la kot~~
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : Aidilfitri Card for You (Rob from someone)
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 3:17 pm
kalau nak banyak kad raya kena lah ramai kenal orang. lagi-lagi kalau kengkawan tu tergolong dalam kaum pompuan, mesti dapat banyak kad raya.
cam aku contohnya, dari mak-mak angkat, akak-akak angkat, adik-adik angkat, awek-awek angkat. ha kan semua pompuan tu ekeke.
[Balas Komen]
smaelz83 Reply:
September 25th, 2008 at 3:47 pm
hebat la!.. byk nya yg angkat2.. mesti ko sorang yg sangat2 popular
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : Aidilfitri Card for You (Rob from someone)
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 5:46 pm
hoho popular ke!? xde lah klu popular aku taklah terlibat dlm dunia online ni huhu.
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 1:42 pm
aku pon da dapat kad raya gak.. hohohoh
Entri terakhir topo yang dikemaskini : hohoho semua orang semangat nak balik raya…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 3:19 pm
tahniah! suka la tu eheh.
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 2:40 pm
aku dapat virtual kad dr bloggers and satu kad raya betul2 punya dr customer..hehehe
Entri terakhir shaxx yang dikemaskini : Crash and Down
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 3:20 pm
dapat virtual kad sama tak macam dapat kad real? eheh. ya lah kadang-kadang lain orang lain caranya.
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 10:52 pm
tak tengok lagi kad raya di kampung..
tapi memang bez la kalau dapat kad raya nie..
senyum jer.. hehe…
Entri terakhir menteil yang dikemaskini : Tangisan Lebaran
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 25th, 2008 at 11:57 pm
tu yang tak sabo balik kampung eh? eheh.
belum masuk awek2 lain kasi lagi huhu.
[Balas Komen]
September 26th, 2008 at 9:08 am
salam aidilfitri
[Balas Komen]
September 26th, 2008 at 10:15 am
[...] Aidilfitri akan menjelma beberapa hari lagi, hari ini sudah ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kampung. Kemeriahan untuk menyambut sempurnanya ramadhan kian terasa. Kad raya pun dah dapatkan!? [...]
September 26th, 2008 at 2:12 pm
huhu. slmt dunia akhirat :)
[Balas Komen]
September 26th, 2008 at 7:55 pm
dah lama tak dapat kad raya..
Entri terkini yang dikemaskini tivitune diblognya : Upin dan Ipin - Episode 11: Lailatul Qadar
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 27th, 2008 at 12:34 am
lepas ni kenalah ramai rakan taulan.
baru boleh dapat kumpul kad raya eheh.
[Balas Komen]
September 26th, 2008 at 11:37 pm
tak sabar nak balik rumah.. semua kad raya sampai kat umah KL.. tak smp kt penang plak.. huhu
cuak2..
Entri terkini yang dikemaskini myadlan diblognya : 1350 validity days left
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 27th, 2008 at 12:34 am
wah kedengaran seperti belambak-lambak kad raya yang diterima.
apa pun selamat pulang ke kampung halaman.
[Balas Komen]