Rawatan Alternatif, Perubatan Secara Tradisional
Selain perubatan moden yang menjadi keutamaan masyarakat kita pada masa kini. Tetapi masih ramai yang masih menerima rawatan dengan cara tradisional atau disebut sebagai “ubat kampung”. Perubatan secara tradisional merupakan alternatif kepada perubatan moden yang masih mendapat tempat di hati masyarakat kita.
Setelah sebulan aku menanggung kesakitan, semalam aku cuba untuk berubat dengan cara tersebut. Cadangan atau nasihat ini diberi oleh golongan orang lama yang mahu aku mencuba sebelum keputusan pembedahan. Keputusan ini aku terima kerana aku mahu melihat sejauh mana keberkesanan perubatan kampung.
Kelmarin, aku dibawa ke suatu perkampungan di Benut, Johor. Aku dibawa berjumpa dengan seorang pengamal perubatan kampung yang dikenali oleh orang kampung sebagai Kak Lin.
Kak Lin memberi khidmat kepada orang ramai setelah mendapat alamat dari keturunannya yang memang terkenal dengan pengamal perubatan kampung. Kak Lin hanya manusia biasa yang tiada apa-apa keistimewaan cuma beliau menjadi medium perantaraan dari seorang doktor lelaki dan seorang pengamal perubatan tradiosional iaitu ‘bapak’. Ini juga dikenali sebagai ‘menurun’.
Aku selalu juga membawa orang lain dan keluarga menerima rawatan alternatif kampung cuma kali ini ianya amat berlainan sekali. Aku cuba untuk kedua-dua cara perubatan yang dibawa oleh Kak Lin iaitu dengan ‘doktor’ dan ‘bapak’. Tetapi aku hanya ingin menceritakan pengalaman aku dengan ‘doktor’ tersebut.
Kak Lin menjadi ‘doktor’ apabila beliau memakai baju yang seakan sama dengan pakaian doktor di hospital. Apa yang aku lihat, ketika ini Kak Lin hanya memejamkan mata tapi lagaknya memang seperti seorang doktor pakar. Gerak gerinya, percakapannya (kadang kala dalam bahasa inggeris), malah nasihat perubatan memang seperti seorang doktor!
Percaya atau tidak, suntikan yang diberi kepada aku terasa seperti benar-benar berlaku walaupun hanya memegang picagari secara ghaib! Dan lebih pelik apabila tiba-tiba aku merasai seperti menerima ubat bius atau ubat tahan sakit yang paling mujarab. ‘Doktor’ tersebut memberi beberapa ‘ubat moden ghaib’ yang dicampur ke dalam sebotol air mineral yang aku bawa.
Sementara menunggu untuk Kak Lin berubah ke sesi ‘bapak’, aku melihat ‘doktor’ mengubat pesakit lain. Macam-macam penyakit yang ‘doktor’ dapat kesan (teknik scan). Dan pesakit perlu mengikut jadual rawatan yang ditetapkan. Sebagai contoh, ada seorang pesakit yang telah hadir kelmarin (13/8) dan sepatutnya datang pada hari ini (14/8), dengan hanya menggayakan seperti melihat rekod, ‘doktor’ dapat tahu temu janji yang telah ditetapkan (huhu hairan aku).
Jika memerlukan rawatan susulan, ‘doktor’ akan menetapkan tarikh untuk hadir kerumah pesakit secara ghaib (pastikan alamat rumah diberi adalah benar) dengan memesan beberapa persediaan yang perlu dibuat. Pada hari ‘doktor’ datang kerumah, pesakit akan terasa amat mengantuk hingga tertidur. Ketika itulah, ‘doktor’ membedah pesakit.
Dari cerita lain yang boleh dipercayai, ada seorang pakcik yang dibawa anaknya datang menerima rawatan semalam adalah seorang pesakit jantung. Alhamdulillah dia datang berjumpa kak lin di atas kerusi roda dan kini pakcik berkenaan mampu menunggang motosikal. Dalam kes lain, seorang makcik yang datang membawa anaknya untuk pembedahan batu karang. Kini semuanya pulih seperti sedia kala.
Alhamdulillah balik dari rawatan pertama (minggu depan aku kena terima rawatan susulan), aku tidur senyenyak-nyenyaknya setelah hampir sebulan lebih aku merana. Kalau hanya dengan cara perubatan yang diamalkan Kak Lin boleh memulihkan sakit aku, aku amat bersyukur! Apa pun semuanya datang dari Allah yang esa.
PS : Jika anda ada rakan-rakan atau keluarga yang ingin mencuba rawatan kampung oleh Kak Lin boleh hubungi beliau di nombor telefon 07-6980691. Rawatan yang disedikan mendapat sambutan seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei. Dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 5.30 petang.
PSS : Artikel yang aku tulis hanya untuk perhatian anda sahaja. Jangan terlalu taksub. Insyaallah dengan keizinan Allah.
Technorati Tags: megat, rawatan, alternatif, tradisional
August 14th, 2008 at 9:40 am
Kagum aku baca citer bomoh moden nih. Menarik, tapi jauh sangat lah kalau aku nak pegi pun…
Megat, semoga cepat sembuh, amiiin.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 10:13 am
imamkhalid
kenyataannya seperti yang digambarkan. tak kisahlah macam situasinya sekali. dengan izin-NYA insyaallah boleh sembuh.
insyaallah terima kasih doakan aku.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 12:23 pm
bro… aku ingat ayat kak lin perantaraan kita dengan tuhan tu better ko buang. boleh membawa kepada kufur tu. kenapa? sebab kita disarankan memohon pertolongan terus kepada Allah.
kalau ayat kak lin hanya sebagai asbab kepada penyembuhan kau dan Allah lah yang menentukan sembuh atau tidak, aku rasa itu lebih better. betulkan aku kalau aku salah ye…
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 12:31 pm
syam
mungkin ayat tersebut boleh disalah maksudkan. aku sudah tukar kepada ayat yang lebih baik dan telus maksudnya.
terima kasih atas teguran.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 1:16 pm
Yup…setuju dengan SYam..sbb kalau pakai mentera dan kaedah ‘menurun’ ni pasti ada ‘penyeruan’/'pemujaan’ kepada ‘pihak lain’ yang nyatanya menjadi perantara antara kita dan Tuhan..(kena teliti ayat yg digunakan)
Tapi kalau en megat hanya praktikkannya sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh, maka tergantung jugak pada niat kita.Malah saya rasa ianya adalah satu usaha yg baik,dan tidaklah en megat hanya menyerah kalah dengan penyakit yang dihidapi.
Semoga cepat sembuh.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 3:51 pm
aku kurang percaya dgn rawatan tradisional ni..pasal pernah terkena..
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 5:35 pm
kita hanya berusaha tidak lebih dr itu… lebih2 kang nt kurafat lak isk..isk..
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 6:35 pm
aku pernah cuba rawatan alternatif, tapi lebih kepada penggunaan herba drp apa yang kau cakapkan di atas.
sekrang ni, aku takde masalah hidung berair di waktu pagi lagi.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 6:42 pm
salamm..wah…sebagai pelajar perubatan yg mmpelajari ilmu mengikut logik n ilmu science, aku terima kwujudan alternative medicine yg klu nk difikirkan, mmg tak masuk akal langsung…mcmmane2 pon…Allah is the ultimate healer…
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 7:54 pm
aku hanya pernah berbekam sebegai rawatan alternatif dan berbekam itu best..he he
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 8:20 pm
shila
hanya sekadar ikhtihar sahaja. hanya allah sahaja yang maha mengetahui.
insyaallah.
chot
mungkin sesetengah perkara berlaku kerana tekanan dari pelbagai pihak.
momok
betul hanya usaha. selebihnya atas diri kita sendiri juga.
azwan
rawatan alternatif yang kau maksudkan lebih kepada perubatan secara tradisional.
najlaa
aku hanya bercakap kepada senario yang berlaku. bukan nak mengangkat martabat sesuatu perkara.
allah maha berkuasa.
mohd hafifi
bekam amat bagus. ianya diterima dalam perubatan moden.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 11:19 pm
yang penting kita usaha kan, nanti esok aku akan baca yaasin sekali untuk ko. edisi salam jumaat kat knizam artwerk ya . hehe :)
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 11:33 pm
best citer pengalaman ko…cuma ada beberapa perkara yg ko tak perlu tulis……aku doakan ko cepat sembuh….dr sahabatmu…..
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 11:57 pm
knizam
terima kasih zam. tiada yang lebih bermakna selain apa yang kau lakukan.
hazrin
hoho akhirnya sahabat kampung!
terima kasih doakan aku. terharu rasanya.
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 12:02 am
knizam… cantek! aku pun akan buatkan bacaan yasin di hari jumaat utk megat.
aku belajar di hari jumaat, allah anugerahkan satu masa yang sangat singkat kepada umat muhammad yang mana kalau di waktu itu kita berdoa akan terus sampai ke Allah tanpa ada hijab pun. ada riwayat mengatakan antara dua khutbah. jadi aku sarankan kau cuba amik peluang keemasan ini untuk penyembuhan penyakit kau…
[Balas Komen]
August 15th, 2008 at 12:39 am
syam
terharu aku. insyaallah aku lakukan perkara sama. terima kasih syam.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 5:44 pm
bagi aku, bende ini semua tak mustahil. Setiap perkara yang terjadi, baik atau buruk, mesti ada asbab dan natijahnya. :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:38 pm
setuju. cerita aku diatas hanya gambaran semasa aku di tempat kejadian.
yang lebih penting adalah aku berusaha untuk kembali pulih dan dapat lebih cekap meneruskan kerja-kerja tergendala aku.
[Balas Komen]
sue Reply:
August 19th, 2008 at 1:15 pm
Aku pun tenga berubat ngan K Lin (Dr) ni…Next week 27hb Aug, sebulan
slps last appt..hari tu Dr(ghaib) da buat x ray tapi lps 1 week aku pegi result
masih kat lab..Insyaallah next week aku jumpa k lin. Apa pun kita cuma berusaha
sebagaimana kita jumpa dr di alam nyata…
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 19th, 2008 at 7:38 pm
setakat ini bagaimana ada perubahan tak!? esok (rabu) aku akan pergi rawatan seterusnya.
benar hanya berusaha
[Balas Komen]
sue Reply:
August 21st, 2008 at 8:37 am
nak kene tunggu result x ray minggu depan. 1st aku p cam biasalah dia x leh
nak komen lagi masalah apa…2nd time p ( 1 week after) k lin kate dr dah buat
x ray tapi masih kat lab…lepas sebulan dia suh dtg smula. Tak sabar juga nak
tau result x ray tu…selalunye aku berpeluang lah jugak berbual ngan regular
patient k lin…so far alhamdulillah…”Sesungguhnya kita hanya berusaha
tapi Allah jua yg menentukan segala-galanya”…Ko punyer treatment camna?
Mudah2an recover soon.tq
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 21st, 2008 at 5:33 pm
insyaallah diiringi doa dan izin-NYA, sakit ini akan sembuh. lama juga proses x-ray ya!?
nnt klu ada keputusan x-ray dan perubahan yang bagus sue update kat sini ya?
August 27th, 2008 at 3:14 pm
korang semua cuba masuk web ni.. aku nak kumpul semua bomoh dalam malaysia ni kat situ… http://www.xfile.wartabaru.com ..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 28th, 2008 at 12:03 am
kumpul bomoh!? aku rasa banyak bomoh spam lak nanti. hu3.
[Balas Komen]
August 28th, 2008 at 4:44 pm
xpe spam, itu dah lain cerita.. yg penting dpt letakkan dorang ni suma dlm satu web.. buat dulu..then baru tau kesannya huhuhu
[Balas Komen]