Rencah Kehidupan

Dua tiga hari ini aku amat sibuk dengan kerja. Kerja yang aku rasa luar dari spesifikasi kerja aku sendiri. Amat letih dan penat. Aku pun kurang pasti, keletihan ini nyata bukan disebabkan apa yang berlaku sehari-hari tetapi apa yang badan aku telah alami iaitu sakit.

Sebelum ini aku mampu bergerak cergas dan membuat kerja ‘multitask’ dari mula waktu kerja sehingga waktu habis kerja. Sebab itu aku dah rasa lain… hairan!!?? Mungkin disebabkan aku cuba ubah tabiat makan, pengambilan makanan dan waktu makan.

Sejak 2 minggu lalu, makan pun macam terpaksa jer, walaupun aku kelaparan tapi ‘bedal’ jer dan hasilnya aku tidak menikmati dan mancapai kepuasan dalam santapan aku. Aku tak pasti apa yang aku alami tapi secara automatik aku mengelak makan makanan laut dan daging. Walhal aku rasa aku tidak bermaya kalau aku tak makan daging. Dan makanan yang aku ambil sekarang hanya ikan yang direbus, masak stim atau dibakar.

Futsal

Pengumuman! Kepada VF South Futsal Team! Malam ini, jam 10pm di Apollo, Larkin. Perlawanan persahabatan!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

2 Responses to “Rencah Kehidupan”

  1. azreen kata :

    urmm… hati tak senang, makan pun tak kenyang. hehehe…

    :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kurang khasiat mana nak senang hati wakaka

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.