Renungkanlah Demi Muhasabah Diri, Minda Dan Emosi.
Di pagi penghulu segala hari yakni jumaat, tiba-tiba hati ini merintih pilu. Tiada angin tiada ribut, tetapi diri tidak dapat mengawal perasaan ini dari merasakan sedemikian. Perasaan apakah ini!?
Terasa diri ini begitu kerdil. Terasa diri ini begitu memerlukan pertolongan dari-NYA. Terasa diri ini perlukan perlindungan dari-NYA. Terasa diri begitu berdosa.
Tatkala merenung akan musibah yang menimpa, diri, aku memohon dari mu yang ya allah semoga aku dapatkan cekalkan hati dan kuatkan semangat.
Sesungguhnya ya allah, kau maha berkuasa. Maha penyayang. Malah Pengampun. Itulah antara sifat-sifatmu ya allah yang terkandung dalam 99 nama mu ya allah.
Sesungguhnya pesuruhmu jualah pemimpin yang agung lagi bijaksana. Bisa memimpin umat-umatnya disamping menerima tanggungjawab darimu melalui wahyu-wahyu. Baginda berkhalwat denganmu semata menjalankan tanggungjawab yang terlalu besar demi kesejahteraan dan keselamatan umat-umatnya.
Sungguh aku tak terdaya untuk menyela, mahupun mempertahankan apa yang berlaku di dalam dunia ini ya allah. Dimanakah kedudukan mereka ya allah, yang mengaku umat muhammad dan kununnya menuruti apa yang kau suruh!?
Aku merenung kembali apa yang telah aku lakukan, apa yang telah dipertanggunjawan ke atas aku untuk menuju jalan keberkatan dan diredhaimu ya allah.
Amin. Amin Ya Rabbil Alamin.
Technorati Tags: agama, islam, nabi muhammad, rasulullah
September 19th, 2008 at 3:36 pm
Renungkanlah Demi Muhasabah Diri, Minda Dan Emosi. | MEGAT…
Di pagi penghulu segala hari yakni jumaat, tiba-tiba hati ini merintih pilu. Tiada angin tiada ribut, tetapi diri tidak dapat mengawal perasaan ini dari merasakan sedemikian….
September 19th, 2008 at 5:54 pm
runtun hati aku membaca senandung kau ini. apakah gerangan hal yg berlaku megat?
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 4:34 am
ntah lah syam. aku rasa mungkin terlalu banyak kesilapan yang secara sengaja atau tidak aku lakukan.
mungkin ianya datang dari hati yang tidak tenteram. mungkin juga ianya datang hasrat muhasabah diri.
[Balas Komen]
affuan Reply:
September 20th, 2008 at 10:34 am
ni mesti semayang lewat atau tak semayang ni. ehe. aku senang je nak tahu kenapa aku rasa hati tak tenteram. sebab, aku jauh dari Allah ketika itu. so, aku akan cepat2 ambik wudhu’ dan lepak masjid, solat serat iktikaf sampai hati aku tenang balik. aku tak akan keluar sehingga aku boleh tersenyum kerana rahmat Allah itu ada bersama dengan aku. aku sayang Tuhan aku dan Nabi aku. lalala. :D
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 11:25 am
sembahyang itu asas, tiang agama dan keimanan seseorang. xperlu menjadi persoalan sebab ianya perkara wajib.
sebagai manusia biasa banyak perkara yang membuatkan kita gelisah. kena lihat dalam skop yang lebih luas.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 9:49 pm
bagus la beb…hari2 jumaat…nak2 lg bulan baik ni..kita patut insafkan diri..aku selalu gak muhasabah diri ni….tp dia datang sendiri perasaan tuh…bukan tunggu hari2 tertentu…bulan2 tertentu..hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 4:36 am
ya betul bergantung kepada masa yang kita punyai untuk bermuhasabah diri. kadang-kadang masa kita sibuk kita tak terfikir sejauh ini.
aku mengambil kira keseluruhan perjalanan hidup aku. aku renung demi untuk memperbaiki hidup ini.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 10:12 pm
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.Hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 4:37 am
berkatilah kami ya allah, amin.
[Balas Komen]
September 19th, 2008 at 10:56 pm
tu gambar tsunami hari tu kan. berpusing2 ombak datang
tak mampu kita kekang, masa untuk berserah kepada Allah swt. sahaja…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 4:38 am
ya betul, peristiwa itu benar-benar mengejutkan dunia. tidak mustahil segala apa boleh berlaku dengan kuasa-NYA.
mungkin umat islam sudah lupa atau terlalu taksub dengan kehidupan dunia sehingga mereka lupa akan kejadian yang menimpa.
[Balas Komen]
September 20th, 2008 at 12:51 am
Setiap bala, ujian dan juga rezeki adalah nikmat kurniaan Allah. Kadangkala manusia mudah alpa, didatangkan ujian atau sedikit rintangan buat kita - tandanya Allah sayangkan kita…
Muhasabah - Saidina Umar ada menyatakan: ‘Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan oleh Allah, dan timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang oleh Allah’….
Entri terakhir Muhasabah Trading yang dikemaskini : I’m still fasting…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 20th, 2008 at 4:40 am
benar bagai dikata. tuhan masih sayangkan kita dengan memberi peringatan sebegitu rupa. terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada ingin menimbang semula amalan.
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 9:41 am
Bertawakal kepada Allah itu terbaik,En Megat…
Tapi bila membaca entri ni sayu sungguh hati saya…Faham benar bagaimana rasanya hidup di dalam keadaan yang seringkali tak menybelahi kita…
Bertahanlah sebentar saja lagi…Mudah-mudahan Allah turunkan rahmat baru sempena ramadhan ini….
Saya benar-benar tersentuh…. :|
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Manuskrip Baru…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 2:12 pm
ya cik shila, tawakkal. mungkin apa yang saya tulis tidak menggambarkan keseluruhan rasa hati saya memandangkan saya bukan penulis yang baik dari pengolahan bahasa hati.
yang mampu saya katakan, saya sunyi… mungkin perkataan lain yang lebih sesuai.
senyum selalu ;)
[Balas Komen]