Ringkasan Terkini II
Kerja
Sebelum ini aku ada menulis mengenai status aku pasal kerja. Syarikat yang hired aku sebelum ini akhirnya memberikan jawapan kepada aku. Itupun setelah beberapa kali aku telefon untuk update kedudukan aku dengan syarikat berkenaan. Seperti yang aku sudah jangka, mengecewakan! Dengan memberi jawapan melalui SMS (kejam!) yang mengatakan
… offer job hr tu mgmnt tak nak proceed. bust masa skrg tak de job kosong
Kejam kan!? Aku tak tahu nak cakap apa, aku terus telefon menelefon Pengurus HR (Sumber Manusia) untuk kepastian. Malangnya tiada jawapan yang pasti. Dah macam gantung tak bertali… @$&*! Tak professional langsung! Sepatutnya kalau ya pun, bagi tau aku siang-siang supaya mudah aku uruskan cara lain.
Nasib baik aku dah melakukan beberapa persediaan mencari-cari kerja ditempat lain dan melakukan beberapa kerja offline. Tanpa buang masa aku terus menghubungi rakan-rakan, vendor-vendor yang pernah melakukan kerja dengan aku dan beberapa kenalan kerja. Harap aku dapat peluang pekerjaan dalam masa terdekat!
Ulangtahun Pertama Nuffnang
Selamat Ulangtahun Nuffnang! Usia nuffnang sudah setahun. Semoga ia lebih meriah dan lebih menjaga hati pelanggan nya eheh. Dilihat dari lamannya, nuffnang menjemput dengan syarat untuk ke parti pajamanya.
Dan di laman nuffnang (akaun pengguna) sudah update tab baru iaitu komuniti di ruang analisis!
Tip-tip akan datang
Anda sudah menelaah tentang tip-tip bina blog bukan!? Akan datang aku akan cuba sampaikan tip-tip bagaimana cara untuk mempromosikan blog anda! Harapan aku semoga rakan-rakan lain dapat terus beri galakan dan bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing untuk dirujuk oleh rakan baru.
Technorati Tags: tip, blog, komuniti, analisis, kerja, sms, nuffnang
Entri-entri lain yang menarik
Entri ini telah di pos pada Friday, February 15th, 2008 at 10:14 am dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa, Diari Penulis, Kisah Santai Dan Kisah Hidup dan tag . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.
February 15th, 2008 at 11:16 am
jangan harap sangat nak keje syarikat orang nih. lagipun, mungkin ada hikmah di sebalik semua tu. aku tumpang simpati. apa kata buat sementara ni ko tumpukan pada ebiz. kalo masyuk (kalo kena caranya) teruskan je la. jelirkan lidah pada pengurus angkuh itu nanti (bila ko dah berjaya la) haha.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 4:15 am
Memang tak boleh mengharap. Dari dok sibuk mengayakan orang lain. Baik aku cari cara tersendiri untuk mengayakan diri aku sendiri eheh
[Balas Komen]
February 15th, 2008 at 5:31 pm
Saya bersimpati dengan nasib en megat.Maybe kesulitan ini antara langkah awal untuk en megat merasa bahagia/kesenangan di masa akn dtg…saya sokong apa yg affuan katakan.buktikan kemampuan kita dan bila berjaya nanti maka itu adalah ganjaran buat usaha dan kesabaran kita. Anyway…sebagai rakan,saya doakan yg terbaik dan akan membantu setakat yg terdaya…mungkin belum tiba masa untuk kita,tapi sy amat yakin,org yg ada kebolehan tersendiri spt en megat pasti mampu! Cahiyo!Chaiyo! :P
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 4:19 am
Terima kasih cik shila. Saya amat menghargai sokongan dan pendapat dari orang seperti cik shila dan blogger yang lain. Kejayaan tak akan tercapai dengan hanya berpeluk tubuh bukan!? Bantuan dari orang lain adalah satu bonus bagi saya. Tetapi kejayaan yang mutlak hanya bila kita lakukan di atas ‘kaki sendiri’ ;)
[Balas Komen]
February 16th, 2008 at 3:39 pm
Aduh, cik megat… Lenkali kongsilah masalah dengan saya dan kengkawan yang dok johor ni.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 4:21 am
Terima kasih en azhar. Saya faham apa yang en azhar maksudkan. Tetapi tentu anda faham bila hati diguris dan tidak seperti yang dirancang. Tapi saya dapat menerimanya.
Insya allah en azhar kita akan ketemu nnt! ;)
[Balas Komen]
February 17th, 2008 at 1:20 am
salam.
semoga en.megat bersabar..
tak pe, kalau tak dapat kerja tu…
(err…tapi kadang2 kalau terkena mcm en.megat ni, menyakitkan hati jugak kan?-err..sebab saya pun pernah terkena!)
Anyway..gambaruyo!
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 4:23 am
Terima kasih sue. Insya allah. Niat baik dibalas baik. Mungkin saya perlu usaha lebih :)
[Balas Komen]
February 17th, 2008 at 4:05 pm
cari kerja laen :) ekekeke… dont wowi..dimana2 ada rezeki.
ish! tapi mmg susah gak nak cari kerja zaman skrang,kan?
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 4:25 am
Insya allah akan ada keje lain. Cuma sementara nak dapat keje lain sy perlu usaha utk dapatkan punca pendapatan memandangkan dah berkeluarga.
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 5:18 am
aku pun tgh dok mencari keje skrg ni..kalo ade lubang inform2 la erk….
anyway gud luck kat ko harap dpt carik kerja ngan secepat yg mungkin. kesian kat keluarga ko
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 5:26 am
Insya allah. Saling bantu membantu ;)
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 6:38 am
alahai, siannye bro..biasalah tu..smoga ko tabah hadapi semua ni dan dapat keje yg stabil akan datang,amin..:) mmg ada rezeki bro, cuma kena usaha je nak cari,chaiyok2!!!!
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 8:19 am
Terima kasih Acai. Insya allah semua akan pulih. Cume aku tak nak terkena seperti itu lagi.
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 7:38 am
Semoga dipermudahkan segala urusan ko..megat!! Mungkin Allah ingin memberi rezeki yang lagi baik daripada apa yang ko dapat sebelum ini…insyaALLAH
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 8:23 am
Terima kasih En Afzai. Mungkin juga. Insya allah dan aku diberi peluang untuk perbaiki diri aku.
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 8:26 am
Sabor la megat ya…seperti yang aku ckp semalam , mungkin allah merencanakan sesuatu yang lebih baik utk ko. Cuma kesabaran Usaha dan doa yang ko kena maintenkan, insyallah aku sebagai kawan akan membantu semampu yang mungkin. kepada rakan2 blog yang lain…marilah kita bantu kawan kita ini…berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 18th, 2008 at 9:03 am
Terima kasih zam. Insya allah kita cuba rencanakan balik apa yg kita tahu.
Uiks jangan la camtu Zam. Macam berat sgt je masalah aku :p
[Balas Komen]
February 18th, 2008 at 4:17 pm
Semoga anda berjaya dengan cara lain…
Setiap orang ditentukan rezeki masing2…
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 19th, 2008 at 3:55 am
Insya allah. Terima kasih zool ;)
[Balas Komen]
February 19th, 2008 at 3:40 am
alahai megat.. sayu lak aku dgr cite ko ni.. udah2 ler tu.. Allah tu sbrnya nk menduga umat nya, byl2 brsabar la ek? mebi xde rezki kat situ..
*thnks singgah blog hakuu..
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 19th, 2008 at 5:35 am
Cuma melepaskan geram jer. Itu lah kelebihan blog eheh. Betul mungkin ada hikmah sebaliknya.
Terima kasih ;)
[Balas Komen]
February 19th, 2008 at 3:54 am
Insya-Allah selepas melalui detik yang sukar pasti akan bertemu titik permulaan yang mudah dan lancar. Semoga mendapat yang lebih baik lagi.
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 19th, 2008 at 5:43 am
Insya allah. Aku sentiasa berdoa moga-moga dimurahkan rezeki pada akan datang.
Terima kasih Abooain ;)
[Balas Komen]
February 19th, 2008 at 6:38 am
memang susah nak dapat kerja sekarang ni…so baik kita kerja sendiri…senang
[Balas Komen]
Megat Reply:
February 19th, 2008 at 7:47 am
Betul. Setuju ;)
[Balas Komen]
February 22nd, 2008 at 10:02 am
[...] rasa korang dah sedia maklum kedudukan aku dalam karier aku. Aku cuma ingin maklumkan yang aku masih belum dapat mana-mana tawaran kerja. Tapi dalam satu [...]