Salah Satu Cara Tangani Stress

Rakan-rakan aku memang sudah sedia maklum dengan stress yang aku alami, dan aku masih dalam usaha memperbaiki keadaan aku. Ianya semakin runcing apabila memikirkan penyakit yang tidak diundang mendatangi aku, apa yang aku perlu lakukan!? Ya, aku lebih mendekatkan diri aku dengan-NYA dan bersama anak-anak aku.

Dua hari lepas dan kelmarin aku membawa anak sulong aku, Danish Iskandar (abang) bersama-sama menghiburkan diri dengan mononton di panggung berhampiran. Rasanya sudah lama aku tak bermesra sebegini dengan anak-anak aku. Walaupun ianya nampak mudah tapi sebenarnya ianya penuh makna.

Sekurang-kurangnya aku terlupa seketika masalah-masalah yang menimpa diri aku. Sekian lama tak mengunjungi panggung wayang terasa teruja pula. Seperti yang korang dapat lihar pada foto-foto diatas, kami menyaksikan filem Kungfu Panda dan The Incredibles Hulk.

Hiburan seperti ini ternyata mengurangkan stress dan melegakan sedikit apa yang aku hadapi. Aku cadangkan kepada korang yang hadapi masalah sama seperti aku walau pun masalah yang aku sebenarnya lagi besar!

Terima kasih kepada sahabat baik aku, momok. Beliau telah banyak ajar aku teknik pengambilan foto dengan baik. Walaupun aku menggunakan kamera kompak.

Technorati Tags: , filem, stress

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

13 Responses to “Salah Satu Cara Tangani Stress”

  1. ikoko kata :

    eh.. camner.. best tak citer tu??

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    ikoko - bagi saya, mmg memenuhi citarasa hiburan saya ;)

    [Balas Komen]

  3. acai kata :

    slm bro megat..waa siap tengok skali dua filem lagi tu,hehe..
    emm dah tengok kunfu panda tu je..mmg lawak giler..
    smoga semuanya bertambah baik bro ye..:) bykkan doa dalam solat..insyaallah hati lebih tenang..

    Entri terakhir acai yang dikemaskini : Aku dapat kontrak baru..!!

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    acai - salam acai. mmg lawak, dah lama tak gelak camtu. terima kasih cai, insya allah.

    [Balas Komen]

  5. al-momok kata :

    hehhehe.. mati ketawa tgk panda :P release tensions kena camni… sekali skala bantai g tgk wayang arr :P

    Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : Program Motivasi & Bimbingan Komputer

    [Balas Komen]

  6. Hairul kata :

    Assalamualaikum….

    Waa, best dapat g tengok wayang ngan anak.
    Kitorang yang teruna lagi ni, keluar ngan member2 je la. :)

    Salam perkenalan abg Megat. Thanks sebab lawat blog saya.
    Oh, beza umur kita 10 tahun ek? hehe
    Nice to meet you, nice to read your blog.

    Entri terakhir Hairul yang dikemaskini : Aku Bukan Warganegara Malaysia

    [Balas Komen]

  7. al-momok kata :

    cam kenai jerk stoke shoot pict tuh huhuhuu…

    Entri terakhir al-momok yang dikemaskini : Program Motivasi & Bimbingan Komputer

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    momok - seronokkan. aku tak sangka sampai macam tu sekali dia olah cerita kungfu panda tu eheh.

    hairul - wa’alaikumsalam. terima kasih hairul dan salam perkenalan. perbezaan umur bukan ukuran untuk menghasilkan sesuatu karya bukan!? teruskan menulis dan selamat menulis blog!

    momok - ya la. dah tentu ko yang ngajo aku :p

    [Balas Komen]

  9. Adi kata :

    cite kungfu panda walaupun aksi x byk mana tp cukup utk merelaxkan jiwa

    Entri terakhir Adi yang dikemaskini : Selamat Hari Bapa Wahai Abah

    [Balas Komen]

  10. Shila kata :

    Ianya bukn sahaja cara utk mengurangkan stress,tapi ianya juga merupakan saat-saat untuk en megat merapatkan lagi diri dgn anak-anak. Hmm..well,semoga dikurniakan kesihatan yang baik…Amin!

    Entri terakhir Shila yang dikemaskini : Cara-cara Menjimatkan Minyak..

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    adi - setuju!

    shila - betul tu, lakukan satu perkara yang terdapat banyak perkara selesai. terima kasih… amin.

    [Balas Komen]

  12. titan kata :

    Hehe. esok aku gi tengok wayang. dah 2 tahun aku tak gi..

    Entri terakhir titan yang dikemaskini : Look Of The Year - Online Beauty Contest

    [Balas Komen]

  13. Megat kata :

    titan - lamanya 2 tahun!? apa pun selamat menonton.

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.